This Is My Story... The Life Pattern Of Gadis Mystery

Kerana kadang kita alpa



Lama gila dah tak update..
kemalasan menguasai diri..
Actually rajin update hari ni coz tengah stress..final exam next week dah..
Adoiyaa...

Kerana kadang aku alpa..asyik sangat dengan mende2 yang tak berfaedah..sampai lupa apa yang utama dalam hidup (buat masa sekarang larr)..

Nasihat orang: Belajar lah bukan kerana exam tapi belajarlah kerana Allah.. (kalu study sbb xam jah..lagu mano nop dpt keseronokn n knkmatan study tuh)..
Btol..btol sngt lar tu...
Tapi org mcm aq ni..yg memang susah nak study..kadang2 study tu menyiksa aq..
Padahal Allah suruh kita menuntut ilmu..
Bkn susah pom..study je..(senang ler..ckp mulut..memang sng)
Aq 2lis..ni sbb nak bagi motivasi kat diri sendiri jugak..bia rajin blaja..
N engat..kita blaja ni selain dari untuk masa depan,untuk mak ayah, kita sebenarnya sedang memenuhi tuntutan agama..
So,fikir lar ye..
(Kalu awop nop brrjaya..nop smbg study ke prngkt lebih tinggi,xsey v umi ayoh sedih..awop usaho lah..jange pulok nyesal dkemudian hari)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Meyakiti kerana Disakiti??

 
Hai awop-awop semo!(haha)
 
aku kadang-kadang pelik tengok sikap sesetengah manusia ni..
rasa benci, marah, dendam
terhadap orang lain sentiasa ada..
kita nak cakap sikit ni..
semua rasa ini adalah makanan syaitan
yang membuatkan diri kita semakin mudah dipengaruhi nafsu
dan dihasut syaitan untuk melakukan keburukan~
 
 
 Sekarang berbalik kepada apa yang aku nak kupas,siat dan rendam dalam air panas
adalah mengenai isu playboy@playgirl ..
hurm (isu yang memang hot)
 
 Disini aku ingin melontarkan sedikit pertanyaan..
Mengapa?
berdasarkan pengalaman aku(erk?),
ada antara golongan ini sering memberi alasan
"Aku menyakiti kerana pernah disakiti"
nonsenses betul
why? why?
why should you?
Bagi aku alasan ni memang tak masuk akal
Kita tak berhak menghukum orang yang tak bersalah
hanya kerana apa yang kita pernah lalui
 

tetapi ada juga antara mereka yang tak pernah disakiti
tetapi suka meyakiti(Dasar!)
 yang jenis ini adalah mereka-mereka yang
1-lemah iman
2-memang tak ada kerja
3-jenis perasan
4-mencari keseronakan (yang hanya membawa keburukan)
 
 
 
kepada mereka-mereka yang pernah disakiti~
kemaafan adalah dendam terindah..
apa salahnya memaafkan dan mendoakan
agar mereka yang berbuat jahat ini juga berubah..
Anda juga perlu berubah ke arah yang lebih baik

 
 
Sabda Nabi s.a.w : "Allah akan mengangkat derajat orang yang memberi maaf kepada orang lain." (HR.Muslim)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Hikmah Kehidupan

 
Wah! cepat giler rasanya masa berlalu..
dah pertengahan bulan 2...
kadang-kadang terfikir juga..
apa yang aku nak buat lepas ni..
kadang-kadang kehidupan ini rasa macam tak ada arah tuju..
mungkin sebab terlalu bosan kot..(?)
don't worry..semua orang ada matlamat..
yang penting perlu dicari~
sebab sesuatu yang kita mahu tak akan datang bergolek tanpa usaha kan?




Jom ayat bunga-bunga sikit~hehe!

Kita inginkan setangkai bunga orkid,
diberi kaktus berduri,
kita nak tengok kupu-kupu,
apa yang kita nampak cuma ulat berbulu,

Kita mungkin kecewa,
namun apa yang kita lupa,
setiap perjalan kehidupan adalah sangat berharga
dan penuh hikmah..
 
Cubalah lihat dari sisi yang berbeza,
pasti kita dapat jawapannya..
lama-kelamaan kaktus itu akan berbunga juga,
indah sekali,
durinya boleh melindungi
Dan ulat itupun menjadi rama-rama yang cantik,
punya sayap,
dapat terbang ke lebih banyak lagi tempat yang menarik..

Itulah hikmah daripada TUHAN,
indah pada masanya,
senang pada waktunya,
ALLAH tidak memberikan apa yang kita harapkan,
tapi DIA  memberikan apa yang kita perlukan~


mungkin apa yang kita benci itu 
adalah yang terbaik untuk kita..
kekadang kita sedih, kecewa dan terluka,
tetapi jauh di atas segalanya adalah ALLAH
telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..
ALLAH Tuhan yang Maha mengetahui
lagi Maha mengasihani~


"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
 
 ~Surah Al-Baqarah Ayat 216



Lastly Don't choose the wrong path..
We are responsible for our choices
pray to ALLAH for His blessing on our choices~

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Gadis Mystery