This Is My Story... The Life Pattern Of Gadis Mystery: December 2011

AKHIRNYA~

Akhirnya dapat jugak aq 9A..Alhamdulillah..
masih ingat diriku saat peperiksaan sedang berlangsung
(huhu..apasal klasik sngt niey?)
Aq demam..memanglah kan..
aq,,kalau pekse je..automatik demam..
psikologi kot..UPSR p0m camtu gak..
kwn2 aq semua cakap mse lam pekse 2..
aq batuk,,semua orng pndang..
diaorang kate kesian aq..huhu
sampai merah-merah mata..

Sekolah aq p0m dah cpai peningkatan..
semua atas jasa cikgu jugak lah..
BTW aq x bolah selesa sngt sbb..
SPM penentu segalanya..

Kepada yang tidak cemerlang,,
don't be sad..
even more failture make you be better
(btol x grammar niey)..
x kisah lah,,bantai je..

Yang cemerlang tu,,truskan usaha anda..
agar lebih cemerlang dan terus cemerlang..
di masa akan datang..
wish you all gud luckk..

~jangan lupe brsyukur kpd Allah..
~jangan tnggal solat jugak..

PERINGATAN kepada diri sendiri jugak.. ^_^
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Ni yg buat aq tak lalu makan..

hall0!!!

x sangka pejam celik-II es0p dah result PMR..huhu..
emang aq rse nervous sngt..
sbb aq tk0wt kalau,,x cpai target..huhu..
rmai orang taruh harapan kat aq..
aq tkut kalau hmpakn diaorang n diri sendiri aq jugak....
huahua.. x ley dbyangkan...
arap-II aq dpt lar straight A's tu..
walau apaper p0m.. kena lah redha kan..
rezeki masing-II


dah 3 mlm brturut-turut,, ssh nak td0w..
rsau sngt..huhu
arap-II,mlm niey dpt td0w dngn lena.. :)

tu lah, pgi semalam mimpi ngeri..
(ngeri lah sngt)..
mimpi,,emang susah nak describe lah..
aq mimpi,,mulut kucing terkoyak..
ish2..trus aq trsedar..hehe..
gangguan syaitan kot..
ni lah bahana anak dara td0w lpz subuh                                    
(kena ubah perangai niey)..
aq td0w lpz subuh p0m,,
cuti punya pasal.. kalau musim sekolah..
x de lah mcm niey.. :D
jgn tiru tau.. rezeki susah dpt nanti..



Pengubat hati lara..
Dear Mario Maurer..
dah lalu makan balik!
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

FIRST THING CALLED LOVE


 CINTA??

aku memang tak leh cakap pape pom sal ni..coz aku x dek pengalaman p0m..hehe .. but utk spe2 yang kpel 2..aku prnah tg0p vid niey.. USTAZ AZHAR IDRUS. dye ckp.. memang brdosa kalu kpel untk sje2..
dye ckp utk lps dosa kena niat kahwin..iklas lah tu.. tpi kan.. kalu dah suka tu..x payah 2ggu kpel2 p0m..nikah je..

bencinya!!! aku sbagai remaja yang bawah umur x sepatutnya 2lis sal cinta2 nie..waa.. aku tak gedik!!!.. 2 je nak ckp..


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

tu je k0t kte2 h0k bley aku kumpul.hehe.. actually aku nk cari yang tokoh Islam punye cam Saidina Ali 2.. tpi x jumpe lak.. aku x ingat ape yang dy ckp..lupe ..p aku prnah bce lah..hehe

oh yew..spe2 pmnt citer cinta tu..crilah citer ni.. bez ssngt..
ade vid dye..tpi..x leh upload plak.. ntah ape mslh dye..aku kan orang bru..mne reti bab2 bloging ni..hehe.. sory..but citer ni..emang bez lah.. her0 yew p0m encem..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

CERPEN PERTAMA( kau takdirku)


                                                    KAU TAKDIRKU

 ‘‘Awak kahwin dengan saya lah ya....please..’’ lelaki ini terus menerus memujuk ku. Aku terus saja meneruskan kerja ku yang tertangguh tadi. Kalau terus macam ni,aku boleh gila rasanya.Hmph..aku mendengus. Kenapalah dengat mamat sekor ni. Aku rasa seumur hidup aku,tak pernah aku jumpa mamat ni. Lebih tepat aku tak kenal pun dia. Yang dia ni gila sangat,nak ajak aku kahwin ni kenapa?
“Awak,kalau awak nak kahwin sangat,pergilah cari orang lain,saya tak sudi. Lagipun awak tak kenal saya pun,kenapa pula nak kahwin dengan saya?”. Kesabaranku semakin tipis. Tanganku lincah membersihkan meja. Raut wajahku tegang.
“Lia,mari ke sini kejap,tolong angkat bakul ni,letak atas meja depan ye!” dari jauh aku dengar laungan mak jah.
“Nanti lia buat,mak jah. Aku ingin berlalu,tetapi dihalang oleh jejaka tampan depan aku ni. Hish boleh pulak aku puji dia ni.
“Hmm..awak nak apa ni?”aku terus menyoalnya.
‘’Lia,cantik nama tu,macam orangnya jugak.”Dia mengukir senyuman manis. Apahal pulak ni main senyum-senyum pulak. Aku lempang baru tahu. Takut tergoda. Sweet sangat dia senyum. Hehe..
“ Lia, awak cakap je apa yang awak nak,saya boleh bagi,janji kahwin dengan saya,kalau awak nak rumah saya boleh beli,kereta ke, or awak nak barang kemas?” dia tersenyum sambil mengeyit matanya kepadaku. Aku tak tahu apa yang dia maksudkan dengan kata-katanya itu. Tapi aku rasa macam dia pandang rendah dengan orang miskin macam aku ni. Buat aku rasa panas je.
‘’Awak rasa awak boleh beli saya dengan harta ke? Saya tahu awak orang kaya,tengok kereta , saya dah tahu. Tapi saya bukannya pandang harta. Saya tak akan memperjudikan hidup saya demi harta.” Aku membalas kasar sambil menolak keras lengannya yang menghalangi aku. Aku lihat ada perubahan pada wajahnya. Sedikit kecewa atau...marah?
Aku dengar deringan telefon dari telefon bimbit lelaki itu. Terus saja dia menjawabnya. Mukanya serius saja. Dengan tergesa-gesa, dia meninggalkan kedai makan mak jah dengan menaiki kereta sportnya itu. Ada masalah mungkin,lagipun dia nampak macam seorang yang bekerjaya. Tak silap aku hari tu dia kata namanya Rizal Syahri bin Tan Sri Zainal. Nak jugak nama bapak dia tu. Tak heran. Aku mengeleng-geleng bila teringatkan telatah lelaki itu.
                                                  *********************

“Pa, riz tak kenal pun Emy tu,riz tak nak kahwin dengan dia”Tan sri Zainal tidak peduli dengan bantahan anaknya itu. Yang dia tahu,anaknya harus berkahwin dengan anak temannya itu.
“Riz,papa dah janji dengan kawan papa tu. Tak baik memungkiri janji. Papa cuma nak mempereratkan lagi persahabatan kami. Lagipun anak dia cantik,sopan santun,lemah lembut...”belum sempat Tan Sri Zainal menyudahkan kata-katanya. Rizal sudah menyampuk.
“ Wait  pa,you know her?”. Tan Sri Zainal cuma tersenyum.
“Riz,sudah lah tu,pergi naik atas,tukar baju,lepas tu turun makan. Kita makan sama-sama.” Mamanya, Puan Sri Rohaya mengingatkan anaknya itu. Rasanya kalau dia tidak menyampuk tadi,mungkin anaknya dan suaminya masih bertekak. Rizal mengeluh sambil matanya memandang  wajah ayahnya. Mohon simpati mungkin. Terus dia naik ke tingkat atas.
“Riz,kamu ada dua bulan sebelum majlis pertunangan kamu berdua”. Tan Sri Zainal menjerit sedikit. Tidak tahu lah anaknya itu mendengar atau tidak.
                 
Di dalam bilik,dia memikirkan kata-kata papanya itu. “Dua bulan.” Dia bersuara perlahan. Lia, dua bulan lebih dari cukup  untuk aku menakluki hatimu,sayang. Azam hatinya. Dia tersenyum sendiri apabila mengingatkan wajah gadis itu,manis dan menawan. Kali pertama dia terpandang wajah mulus itu,terus dia jatuh cinta. Dia akan buktikan kepada papanya bahawa dia mampu memiliki gadis idamannya sendiri.
                                                 ****************************
Datin Suraya termenung mengingatkan anak gadis kesayangannya itu. Sudah seminggu berlalu sejak anaknya itu pergi. Perbualan mereka masih tersimpan utuh di fikiranya.
 “ Abah, umi, Emy minta tak lama, dua bulan je. Emy mesti buat pilihan yang tepat, Emy perlu tenangkan fikiran dulu umi,abah sebelum Emy buat apa-apa pilihan.” Emy bersuara tegas. Dia perlu fikir masak-masak sebelum membuat persetujuan tentang perjodohan mereka. Dia tahu restu ibu bapa adalah penting untuk keharmonian dalam rumah tangga. Tapi, kalau boleh, dia mahu hidup bersama dengan orang yang dicintainya.
“ Baiklah, abah akan minta kawan abah bagi tempoh dua bulan tu.”Datuk Zamri memberi persetujuan.  Datin Suraya mengeluh lagi. Dia teringatkan persetujuan dari suaminya sendiri untuk membenarkan anak gadisnya pergi menenangkan fikiran. Bagaimanakah keadaan anak gadisnya itu? Risau dia memikirkan. Dia tahu,Emy kecewa dengan perjodohan ini. Lagipun, Emy baru selesai pengajian di UK. Tentu dia mahu jadi seorang yang berkerjaya dulu sebelum menjadi seorang isteri. Dia mengeluh lagi.
“Apa yang awak menungkan tu?”. Dato’ Razman menegur isterinya. “Tak ada apa-apa lah abang, Cuma teringatkan Emy tu,degil sungguh dia. Dato’ Razman tersenyum kecil. Sebenarnya dia pun risau akan keadaan anak gadinya itu sekarang.
 “Sudah lah tu,lepas dua bulan dia balik lah tu”. Datuk Razman memegang bahu isterinya itu. Dia tahu isterinya memang sukar melepaskan anak dara mereka itu. Kalau dulu Emy berkeras ke UK,isterinya tidak henti-henti menangis dalam tempoh seminggu selepas itu. Tapi mahu macam mana lagi, anak gadisnya memang seorang yang keras kepala.
                                                 *****************************
Sudah sebulan berlalu,hatiku mula merindui jenaka mesra jejaka itu.senyumnya selalu mengubat hati yang lara. Rizal tidak pernah menyerah dalam memenangi hatiku. Setiap kali makan tengah hari, rizal selalu makan di kedai makan mak jah, tetapi sudah seminggu, bayang pun tak nampak. Adakah dia sudah mula menyerah. Arggghh..aku tidak mahu itu terjadi, aku mahu lelaki itu terus cuba menakluki hatiku. Lagipun hati ini sudah terbuka sedikit untuk bercinta setelah kegagalan cinta pertamanya dulu.
 Tidak sangka dalam merangka mimpi indah bersama, tunang kesayanganku pergi meninggalkanku. Dia terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya. Aku membawa diri ke UK dengan alasan menyambung pelajaran. Sejak itu hati ku payah menerima kehadiran lelaki dalam hidupku,tetapi Rizal Syahri Tan Sri Zainal sedang merobohkan tembok dihatiku. Kalau bukan cinta mengapa hatiku merinduinya.
“Lia, ada orang nak order tu.” Mak jah mencuit lengannya.
 “Sory mak jah. Lia tak perasan” aku  tersenyum sambil menghadiahkan senyuman manis kepada mak jah. Mak jah cuma mengeleng-geleng kepalanya. Aku sudah menganggap mak jah dan abang zakri macam keluarga sendiri. Mereka terlalu baik kepadaku. Ketika aku mula-mula sampai sini, abang zakri lah yang memberi aku kerja di gerai ibunya ini. Aku berasa amat bersyukur kerana berjumpa dengan orang sebaik abang zakri dan ibunya.
“Ehem..  teringatkan siapa tu?” lelaki dihadapan ku ini menegur. Aku termalu sendiri kerana di depan orang ini pun aku sempat mengelamun.
 “err.. encik nak makan apa?” aku cuba untuk mencover malu aku tadi. Dia membuang cermin mata hitamnya,lalu meletakkannya di atas meja. Dia tersenyum. Lagi lah aku malu. Rupanya rizal patut pun macam kenal je.hehe.. 
Dari tadi dia asyik memerhati  wajah gadis itu yang sedang mengelamun. Lia memiliki mata yang menawan yang boleh menambat hati sesiapa yang melihatnya. Tiada tanda-tanda gadis itu mahu tersedar dari lamunanya, dia terpaksa menegur. Nanti tambah malulah gadis dihadapanya ini.
“Saya tak nak makan.”Rizal tersenyum. Hai mengada-ngada pulak mamat ni.
“Kalau tak nak makan buat apa datang sini. Sini gerai tempat orang nak makan, kalau awak tak nak makan,pergilah dari sini. Ramai lagi orang yang lapar nak duduk sini”balasku kasar. Sebenarnya aku geram dengan dia ni, seminggu menghilang tiba-tiba terpacak kat sini pula. Buat sakit hati jelah.
“Saya nak awak, Just marry me.”bicaranya romantis. Tegak bulu roma aku ni. Pandai betul dia buat aku berdebar debar. Rasa macam jantung aku ni nak pecah.
 “ Just nasi minyak please.”tambahnya lagi. Dia tersenyum penuh makna. Apa makna nya? Manalah aku tahu.
“Emm.. air?”aku menyoalnya lagi.
 “Don’t you miss me?’’dia  mengangkat keningnya. Ahh sudah. Aku tanya air, dia tanya lain. Dia tak tahu ke aku tengah kerja ni. Ramai lagi orang yang nak order. Bukan dia sorang. Nasib baik abang Zakri ada boleh lah juga dia ambil order yang lain.
 Memang pun,saya rindu awak gila-gila. Ingin saja aku katakan begitu, tapi mana boleh aku kan perempuan. Tak boleh, tak boleh. Tak sangka aku pun tergeleng-geleng sekali.
“ Apa yang awak tergeleng-gelengkan tu? Awak tak rindu saya ke?” dia menyoal ku. Aku tetap mengeleng- gelengkan kepalaku,lantas aku mengangukkan kepala ku pula. Apahal ni?Aku pun tak tahu. Rizal tersenyum.

 “Sebab awak kata awak rindu saya, so saya belikan ni untuk awak”. Dia menghulurkan sebuah kotak empat segi sederhana kecil kepada ku. Bila masa pula aku kata aku rindu dia? Ish..ish musykil betul.
“Apa ni?” aku menyoalnya. Tangannya masih menghulurkan kotak itu.
 “Ambil je”. Saya ada kursus lima hari di Kuala Terengganu, minggu lepas. Jadi saya beli lah
cenderahati kat awak, menunjukkan bahawa awak selalu dalam ingatan saya. Dia tersenyum  senang apabila AKU aku menyambut huluran kotak itu. Jangan lah senyum macam tu,Rizal oit. Awak tahu tak ramai yang tergoda kalu awak senyum macam tu. Saya cemburu tau.
‘’Thanks” balasku sepatah.
“Sebenarnya saya baru sampai KL,saya datang sini bukan untuk makan, but l want to meet you first. I miss  you.” Dia berbicara romantis, lantas meninggalkan meja makan itu. Macam tu je? Hantu punya orang buat letih aku je terpacak kat sini dari tadi nak ambil order dia. Aku memegang erat hadiah pemberiannya. Kenapalah hatiku berasa sangat gembira bila dia cakap aku ni selalu dalam ingatan dia. Kemunculanya hari ini membuatkan aku dibuai rasa bahagia.
                              **********************************
Aku membuka balutan kotak itu berhati-hati. Gelang? Aku terus mencubanya di tangan. Sangat sesuai. Aku teringat pertanyaannya dua minggu yang lepas, seminggu sebelum kursusnya di Kt.
 “ Awak suka apa ye, kalau pergi ke pantai?”Kalau tak silap macam ni la pertanyaan dia tu. So, aku  cakap lah kalau aku pergi pantai, aku selalu kutip cengkerang untuk dibuat hiasan. Mungkin sebab itu dia beli gelang yang dihiasi cengkerang. Aku suka sangat hadiah ni.
Telefon yang berdering terus ku angkat.
“ Assalamualaikum, Emy?” suara di corong telefon menyapa.
“ Waalaikumussalam, umi. Aku menjawab girang .
 “Emy sihat tak?”. Datin Suraya terus bertanya apabila terdengar suara anaknya menjawab salam. Aku tersenyum sedikit.
 “Sihat umi. Umi  dan abah macam mana pula? .”
 “Umi sihat, abah pun sihat. Emy, ni dah masuk sebulan, Emy tak nak balik ke sayang? Umi rindu Emy. Dulu Emy tinggal umi dua tahun,baru seminggu balik,Emy minta dua bulan pula ye..”sayu kedengaran suara Datin Suraya. Aku mengeluh.
 “Umi jangan lah sedih, Emy baliklah sebulan lagi. Emy pun rindu umi”.
“Emy, kamu dah buat keputusan nak?”.
 “Umi, kalau tak teruskan perjodohan tu tak boleh ke?” aku bertanya perlahan.
 “Emy, kenapa macam tu pula. Emy, sedarlah sayang,Zafril dah tak ada, kenapa Emy nak hidup dalam bayangan Zafril. Berapa lama Emy nak lari dari takdir?”. Teeet...Talian terputus. Emy.. Datin Suraya mengeluh 
                           ***********************************
“Lia, kenapa mata bengkak?tegur abang zakri.
“Tak ada apa-apalah abang”. Tak kan aku nak jawab sebab aku menang
menangis semalaman kot.
“Lia berehat lah hari ni, tak payah kerja,nanti abang cakap kat ibu”.
 “ Tak apa lah abang. Bukan apa-apa pun”jawabku. Sebenarnya aku tak mahu Mak jah risau.
“Balik je lah,lia. Lagipun si Zakri ni ada. Kamu tak perlu risau.”sampuk Mak jah. Entah bila dia  berada di belakangku. Aku terdiam sekejap sebelum membuat keputusan.
 “Kalau macam tu, Lia balik dululah Mak jah.” Aku mengalah akhirnya.
                                          *******************************
Aku ke taman berdekatan. Orang kata kalau tengok alam semula jadi,boleh tenangkan fikiran. Teringat apa yang aku buat pada umi semalam. Rasa berdosa sangat. Aku tak berniat nak buat macam tu pada umi, cuma bila umi sebut pasal Zafril, aku jadi sedih sangat. Tak semena-mena air mata ku jatuh. Zafril, satu-satunya lelaki yang aku cintai. Kami berkenalan di sekolah menengah lagi. Kami berjaya ke universiti bersama.
Tak lama selepas itu, dia mengaku bahawa dia mencintai aku. Aku terus menerimanya kerana aku juga amat mencintai dia. Tapi siapa yang boleh salahkan takdir kalau aku dan Zafril tidak ditakdirkan bersama. Tapi umi silap. Emy tak nak dijodohkan bukan kerana Zafril, tapi..... Lagi pun Emy sudah lama menerima takdir kehilangan Zafril dari hidup Emy.
“Hai,dari tadi saya perhatikan awak, kenapa menangis?”suara yang menegurku tadi menarik perhatian ku. Rizal. Sebenarnya dia cuma lalu di kawasan ini. Cuma apabila ternampak Lia yang murung. Hatinya terasa sayu. Apalah agaknya yang difikirkan gadis itu.Umi, kerana lelaki ini.. Aku masih berdiam diri.
‘‘Cantik gelang tu. Sesuai sangat dengan orang cantik macam Lia”aku tersenyum. Dia juga. Aku yakin perasaan ku kini. Aku cinta kan lelaki di hadapan ku ini. Maafkan Emy, Zaf..mataku tidak berkelip memandang wajah lelaki di depan ku ini.
“Riz, i will marry you.” Aku membuka mulut.aku lihat dia terkejut. Malunya rasa.
                                          *****************************
“Pa!Pa!”terjerit-jerit dia memanggil papanya.
“Ya Allah,riz, Kenapa ni?” Puan Sri Rohaya menegur kelakuan anaknya. Wajah rizal bukan main berseri lagi.
“Ma, i will marry”berkali-kali dia mengulangi  ayat itu.
 “Baguslah tu, tak sabar papa nak cakap kat kawan papa, bolehlah mempercepatkan majlis
pertunangan kamu tu” Dari mana entah datangnya Tan Sri Zainal yang menyampuk tu.
 “ No pa. I’m not marrying her. I love somebody else. I will marry my girl”. Balas rizal. Dia mahu kedua orang tuanya merestui perhubungan dia dan Lia.
“What? Riz, kamu tahu kan papa orang yang tak suka mungkir janji. Putuskan hubungan kamu dengan perempuan tu”. Tan Sri Zainal membantah. Suaranya yang kuat telah menggoreskan hati gadis yang berada di ruang tamu rumah mereka.
“Tan sri dan Puan sri, saya minta maaf, kalau kehadiran saya dalam hati rizal, satu bebanan untuk keluarga ni. Saya tak mahu mengeruhkan hubungan kekeluargaan dalm keluarga Tan Sri. Saya minta maaf.” Selepas mengungkapkan kata-kata tersebut, aku terus berlari meninggalkan rumah ini. Rizal yang bawa aku ke sini untuk berjumpa dengan ibu bapanya. Dia yakin aku akan diterima keluarganya,tetapi sangkaannya meleset. Rizal akan dijodohkan dengan orang lain. Batinku menjerit. Sekali lagi aku gagal dalam pencintaan ini. Tetapi kali ini, aku tetap bersyukur, kerana caranya berbeza dari cara perginya Zafril dari aku.  Aku terus menahan teksi.
“Lia! dia menjerit memanggil namaku. Tapi sudah terlambat. Aku sudah masuk ke dalam perut teksi. Rizal mengeluh hampa.lia aku cuma sayangkan kau. Jeritnya dalam hati.
 “Pak cik, ke Taman Sri Permai”. Aku tekad. Aku sudah penat. Aku akan terima perjodohan dari kedua ibu bapaku. Umi, abah. Emy balik.
Rizal kembali masuk ke dalam banglo milik keluarga mereka. Wajahnya sugul.
“Riz, Papa tak tahu dia ada di sini tadi. Kenapa kamu tak beritahu papa dulu kalau nak bawa anak dara orang jumpa mama dan papa?” Tan Sri Zainal juga menyesali dengan kelakuaanya tadi.  Dia tidak tahu akan hal kedatangan gadis yang berjaya mencuri hati anak lelakinya itu. Rizal diam membisu,lalu terus ke biliknya tanpa menjawab soalan papanya tadi. Tan Sri Zainal mengeluh. Riz, kalau perempuan tu yang kamu cintai, kamu takkan menyesal dijodohkan dengan Emy.
                                      ****************************

Tempoh dua bulan sudah tamat. Hmmph..aku mengeluh. Hatiku ini masih tidak bisa memadam nama lelaki yang berada di hati ini. Tidak semena-mena,rasa bersalah terhadap bakal tunanganku, aku tidak boleh mencintai lelaki lain. Hatiku berazam. Umi cakap, esok Tan sri Zainal sekeluarga datang rumah,nak tengok bakal menantu rasanya..hehe. aku tersenyum sedikit. Walau macam mana pun rupa bakal suamiku, aku akan terima. Aku akan cuba mencintainya.
“Emy,malam-malam ni,tak baik anak dara duduk luar sorang-sorang. Mari masuk sayang” Datin Suraya menegur dari dalam rumah. Tudung ku, aku betulkan sedikit.
“Kejap umi, nanti emy masuk”aku masih fikirkan Rizal. Kenapa aku mesti jumpa dia, lalu aku jatuh cinta padanya, sedangkan aku dan dia, tidak ditakdirkan bersama? Wajahku mendung. Aku mengeluh.
“Emy, emy fikirkan apa?” Datin Suraya sudah melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan anaknya.
“ Nothing umi,” aku membalas selamba. Anaknya yang ini memang perahsia. Tidak seperti abang-abangnya. Datin Suraya mengeluh perlahan.
“Umi,jom masuk. Lewat dah ni” aku menarik tangan umi manja. Kami masuk beriringan ke dalam rumah.
                                **********************************
Risau rasanya melihat satu-satunya,anak lelakinya berkurung dalam bilik sejak semalam lagi. Makan malam langsung tidak disentuhya.
“Tunjuk protes lah tu. Anak awak” bisik Tan Sri Zainal kepada isterinya. Lalu dia menuju ke dapur. Puan Sri Rohaya mengetuk pintu bilik anaknya. Lalu menolaknya perlahan
“Riz, sudah lah tu, tak hensem la, anak mama macam ni.”Puan Sri Rohaya berjenaka sedikit. Lampu di  dalam bilik itu dipasang. Namun sedikit pun tidak mencuit hati anak lelakinya.
“Dah solat isyak”. Puan sri rohaya mengingatkan anak lelakinya.
“Dah, ma”. Rizal menjawab sepatah.
“Esok bangun awal, Papa cakap, pagi-pagi lagi,kita dah kena bertolak ke rumah Datuk Zamri” Puan Sri Rohaya terus keluar dari bilik anaknya sesudah memberitahu  pesan suaminya kepada  anaknya itu. Lagipun, Rizal nampaknya tidak mahu menceritakan apa-apa kepadanya. Dia tidak mahu menganggu anak lelakinya itu. Rizal mengeluh. Macam mana lah Emy tu? Cantik kah dia. Papa cakap cantik. Buat apa kalau cantik, tapi rasa cintanya pada Emy tiada? Hatinya malontarkan pertanyaan. Akhirnya dia tertidur dengan seribu satu pertanyaan di hatinya.
                                             ******************************
Aku mendengar gelak ketawa di tingkat bawah. Kenapa berdebar sangat ni? Relaxs..relaxs emy. Aku meyakinkan diri sendiri. Dengan lemah lembut dan sopan santun aku menuju ke bawah. Sesampai  saja di tingkat bawah, aku terus menuju ke dapur. Takut untuk melihat bakal suamiku. Aku melihat umi dan Puan Sri Rohaya sedang menyiapkan hidangan.
“Umi,aunty, Emy tolong ya?” aku terus saja mencapai teko, dan tanganku lincah menyiapkan air teh.
 “ Emy, jangan lah panggil aunty, panggil mama,Emy kan bakal menantu mama juga.” Puan Sri Rohaya tersenyum. Aku mengangguk sambil tersenyum manis. Umi dan Puan sri Rohaya membiarkan saja aku berseorang di dapur. Mereka berlalu ke ruang tamu. Selesai membuat air, aku meletakkan sedikit kuih diatas pinggan, lalu menghidangnya di ruang tamu.
Mataku meliar mencari bakal suamiku tetapi cuma umi dan mama yang berada di situ. Entah kenapa aku macam kenal je Puan Sri Rohaya ni. Otakku ligat mengingati di mana aku pernah berjumpa dengan wanita anggun ni. Arrrgg.. Pelanduk dua rupa mungkin.
“Emy pergilah panggil bakal suami kamu tu, rasanya dia ada kat belakang tu.”umi tersenyum. Puan Rohaya juga tersenyum. Semakin pelik aku melihat senyuman mereka berdua. Apa-apa je lah. Aku terus melangkah ke taman bunga di belakang.
Dari belakang aku memerhati lelaki ini. Hatiku terus berdebar-debar. Macam mana nak tegur dia. Hai awak,umi suruh masuk. Bolehke? Cakap jelah.
“Ehem,saya rasa bunga tu boleh layu kalau tenung dia macam nak telan”aku menegurnya sedikit menyindir. Hai apalah, lain nak cakap, lain yang terkeluar. Nak buat macam mana mulut comel aku ni yang sebut.hehe..
Dari tadi dia termenung, sambil melihat sekeling taman bunga ini. Cantik juga. Sehingga ada satu suara menegurnya tadi. Mendengar suara yang merdu itu sedikit menyindir. Lamunannya terhenti. Terus dia memalingkan wajahnya mengadap wanita itu.
“Lia??” rizal terkejut.
“What are you doing here?” dia bertanyaku perlahan. Wajahnya sedikit cengkung.
“You know what? Saya cari awak rata-rata. Mak jah risau sebab awak menghilang begitu je. Kenapa buat saya macam ni?” dia terus menerus melontarkan pertanyaannya. Aku rasa semua persoalannya bagai sebuah batu besar yang menghempah diatas bahuku sehingga membuat aku lemas.
Aku memandang wajahnya yang merenung tajam kepadaku. Aku menundukkan wajah. Kenapa aku tidak pernah perasan sebelum ini, dia pernah memberitahuku namanya Rizal Syahri bin TAN SRI ZAINAL!! Kenapa aku bodoh sangat. Dia adalah bakal suamiku. Sudah berapa kali umi dan abah menyebut nama Tan Sri itu. Tapi aku tidak pernah mengambil berat akan hal itu. Aku mendengus.
Aku kembali mengangkat muka. Wajahnya kini redup. Mungkin berasa bersalah kerana memarahiku sebentar tadi.
“ I’m sorry” aku meminta maaf.
“ Kenapa menipu?” dia bertanya kasar.
 “Tipu apa?” aku bertanya kembali.
 “Awak tahu tak, awak bukan saja menipu saya,malah orang yang amat mengambil berat tentang awak, mak jah. Mungkin bagi orang macam awak ni,perasaan orang lain tidak penting. Walaupun hal remeh, awak tetap menipu. Awak tipu nama awak pada mak jah, pada saya. Awak menyamar jadi orang miskin!!” Wajahnya kembali tegang. Kasar suaranya.
Aku merasa sedih mendengar segala tuduhan Rizal terhadapku. Air mataku menitis. Sangat murah harga air mataku. Aku merasa sayu mendengar tuduhan tidak berasas daripada lelaki yang aku cintai. Rizal terkedu melihat air mata gadis kesayangannya.
“Saya tak pernah tipu sesiapa!”aku menjerit marah.
 “Memang nama saya Emy.. dan Lia. It was Emylia binti Datuk Zamri. Saya tak pernah cakap pada sesiapa yang saya ni miskin ataupun kaya. Bagi saya itu semua tak penting. Saya berharap dapat berjumpa dengan lelaki yang mencintai saya seadanya. Tetapi dia bukannya orang yang dapat memahami saya”. Aku terus meninggalkan dia berseorangan di taman itu. Rizal terkedu. Dia memanggilku dari belakang.
“Kenapa dengan Emy Riz?”  Tan Sri Zainal terus bertanya. Satu banglo mewah ini mendengar jeritan marah Emylia. Rizal diam membisu. Memikirkan perkara yang disebut gadis tadi. Lelaki tu tak memahami awak atau awak yang tak memahami dia. Rizal tersenyum sinis. Awak tak tahu betapa besarnya rasa cinta pada awak, emylia. Wajahnya bertukar sayu.
“riz..riz.. apa yang sebenarnya ni. Apa kamu buat sampai si emy marah sangat” Tan Sri Zainal mengocangkan bahu anak lelakinya itu.
 “err..nothing,pa.” Jawabnya gugup.
 “Kenapa papa tak cakap Lia tu Emy? Riz tahu papa tahu tentang hal ini kan?”Tan Sri Zainal cuma terdiam.
“riz,papa kamu bukanya apa. Kami cuma ingi menggembirakan anak-anak kami”. Datuk Zamri menyampuk.
 “riz,papa memang tak tahu, sehingga kamu bawa Lia ke rumah kita, then, kamu cakap kamu nak kahwin dengan dia. Memang kalau Lia bukan Emy papa tak akan setuju. Tapi papa bertuah kerana anak papa memang cintakan Emy. Pertama kali papa tengok Lia,papa yakin budak tu anak kawan papa. Emy. Jadi papa cuma tunggu hari ini.Papa bukan mahu rahsiakan dari riz,tapi papa mahu kamu berjumpa sendiri, dengam Emylia tanpa perlu papa cakap apa-apa pun.” Tan Sri Zainal bersuara. Rizal mengeluh.
“ Emy mana aunty?” rizal bertanya pada Datin Suraya.
“Kamu pergilah ke halaman depan sana tu. Ada tepi kolam tu.”Datin Suraya menjawab sambil tanganya menunjukkan halam hadapan rumahnya. Rizal terus berlalu.
“Budak-budak tu. Orang dah jodohkan, bergaduh pula. Kalau dah suka sama suka. Kenapa lah tak setuju terus. Nak juga menyusahkan orang” Pua Sri Rohaya merungut.
 “Biasalah tu. Nak buat drama pujuk memujuk”balas Datin Suraya. Mereka sama-sama ketawa.                                                 *****************************
“Emmm...saya rasa saya tak payah tanya kot. Kita kahwin jelah. Buat apa susah-susah  main tarik tali macam ni? Lagipun awak dah lama setuju dengan lamaran saya kan?”rizal menegur. Dia tersengih. Haih tak tahu malu betul lah mamat ni. Aku ni tengah merajuk boleh pula dia selamba ajak aku kahwin. Air di dalam kolam ditenungku sekilas.
 “mm..oklah” aku terus angkat punggung. Malas duduk situ lama-lama. Lagipun marahku padanya sudah padam dek senyumannya yang manis itu..hehe. Tak nak lah jual mahal, nanti melepas. Aku juga yang nyesal.
“ wait.! Itu satu jawapan ke?” dia menyoalku kembali. Suka hatilah. Malas nak layan. Dia tersenyum lalu mengekoriku masuk kedalam rumah.
‘‘Kira jadi lah ye datuk”. Tan Sri Zainal dan abah sudah membuat keputusan. Bertunang minggu depan,nikah 2 minggu akan datang. Yang nie aku bangkang sangat.
 “Abah,erk..papa, Emy tak sedia lagi bah,pa”.
 “Lia, kenapa? Riz rasa kalau lagi cepat,lagi baik lia..” si rizal ni,menyampuk pula dia.
“Umi rasa, lebih baik kamu berdua bincang dulu. Datin Suraya memberi cadangan. Aku dan rizal terus mengangkat punggung ke halaman depan.
“ Riz, Lia tak sedia lagi, Lia nak kerja dulu”. Rizal mengeluh.
“Habis tu, bila Lia akan bersedia?” soalannya seolah-olah menyindirku.
“Riz, Riz boleh tunggu Lia setahun tak” takut-takut aku bersuara.
 “What? Setahun Lia..”. dia merengus. Wajahnya bertukar mendung. Baginya setahun, lama sangat.
 “Riz, please” aku mematahkan kata-katanya. Mataku dikedip-kedipkan meminta simpati.
“ok lah..” aku dah agak, kalau buat muka kiut macam tu,mesti mengalah punya mamat ni.hehe..
“Tapi..” apa tapi-tapi ni.
 “Tapi apa,riz?”aku menyoalnya.
“Kita bertunang minggu depan, then nikah lepas setahun” dia mengeluh sedikit selepas membuat keputusan itu. Aku terdiam sebentar, saja buat saspen.
 ‘’Ermm..ok”. Dia tersenyum lega.
                                                       ****************************
Sudah 5 bulan berlaku. Hubungan kami tiada masalah. Aku berkerja di syarikat abah. Tengah hari ni ada lunch dengan my fiancee..hehe. Deringan lagu twinkle-twinkle mengejutkan aku dari lamunan tadi.
“Lia, lambat lagi ke? Riz tunggu setengah jam dah depan pejabat Lia ni”kedengaran suara di talian merungut. Salam tak bagi, main terjah je.
 “Erk,ok,Lia turun sekarang. Tadi kerja banyak”bohongku. Sebenarnya kerja aku dari tadi duk termenung je.hehe..
 “Ermm..” talian diputuskan. Sejak akhir-akhir ni. Dia yang dingin ke perasaan aku je? Aku mengeluh. Janganlah ada apa-apa jadi dalam perhubungan kami. Aku sempat membetulkan selendang yang dipakaiku sebelum berlalu turun.
Satu keluhan terbit dari bibirnya. Entah kenapa perasaannya kurang senang sejak akhir-akhir ini. Sesuatu akan jadi ke? Dia berfikir sendiri. Aku tidak mahu sesuatu yang tidak baik antara kami.
“Riz, jom!” aku menegur. Rizal tersenyum, pintu kereta di buka untuk ku.
“Lia,”panggilnya lembut.
“Kenapa senyap je? Lia sakit ke?” tanyanya prihatin.
“Tak , Cuma ada masalah sikit kat pejabat tadi”. aku membohonginya.
 “Lia,you can’t lie to me. I know who you are. Lia marah Riz ke? Lia, walau apa-apa pun yang riz buat. riz nak lia tahu. Riz sayang Lia sangat-sangat” bicaranya sayu. Wajahnya redup.
Aku rasa bersalah melihat wajahnya begitu.
“Tak riz, riz tak salah apa-apa pun dengan Lia”. aku tersenyum.
“Lia apa yang Lia akan buat kalau riz pergi  dari hidup lia?” tanyanya lembut. Wajahnya sayu. Aku tidak mampu meneka apa yang ada di dalam fikiran lelaki ini.
 “ I’ll make sure you come back” aku tersenyum. Dia juga. Senyumannya tampak hambar.
 “Riz,lia dah bersedia.”ujarku lembut. “Sedia? Dia mengangkat keningnya. Tidak memahami bicaraku  tadi kut.
“Lia rasa,kita boleh percepatkan majlis pernikahan kita. Riz macam mana? Setuju?”. Aku lihat dia mendiamkan diri.
 “Riz rasa belum bersedialah lia” wajahnya sayu. Aku terkedu mendengarnya. Kalau dulu, dia sering memujukku mempercepatkan majlis pernikahan kami. Tapi..kenapa tidak bersedia sekarang? Persoalanku cuma bermain di mindaku sahaja. Sejak kebelakangan ini, sikap Rizal semakin aneh.
“Kalau macam tu,tidak mengapalah. Lia balik dulu”. Aku terus mengambil tas tangan di atas meja. Entah kenapa aku bersa sangat sedih dengan perubahan sikapnya. Aku terus berlari melintas jalan tanpa melihat sebuah lori sedang menghampiriku.
“Riz!!!!!!!!!” aku menjerit apabila tubuhku melayang ketepi. Tubuh tegap yang menolakku tadi terlantar di bahu jalan. Bajunya berlumuran darah. Aku menangis sedu- sedan. Orang ramai sudah mula menghampiri kami. “please..call the hospital” aku meminta sayu kepada salah seorang saksi di situ.
                                                          ***********************
Mama menangis terduduk apabila doktor memberitahu riz sudah tiada. Umi menenangkan mama. Papa dan abah terdiam tidak terkata. Aku rasa dunia macam berputar seketika. Aku sudah tidak mampu menangis. Rizal juga menerima nasib yang sama seprti Zafril. Kenapa? Hatiku merintih pilu. Saat ini aku masih berharap agar dia kembali ke sisiku.
“doc!!..doc!..pesakit kembali bernafas” teriakan nurse dari bilik icu mengejutkan kami. Rizal masih punya harapan. Doktor razak bergegas masuk semula ke ruang icu. Hatiku tidak berhenti berharap. Semoga Rizal akan selamat.
“umi, Emy ke surau sekejap ye?”pintaku sopan.  Umi mengangguk. Aku terus menuju ke surau di hospital itu. Aku ingin menunaikan solat hajat dan bacaan yasin. Semoga Rizal cepat sembuh.
                                                           ******************

Dua bulan sudah berlalu,kaki rizal sdah 95% sembuh.  Dalam tempoh itu, aku sentiasa berada di sisinya. Tinggal seminggu  lagi sebelum majlis pernikahan kami. Aku dan rizal sudah memutuskan tidak mahu melambat-lambatkan hari bahagia kami. Sejurus sahaja kaki rizal sembuh, kami akan terus menikah. Lagipun, kami sudah lama bersedia. Aku tidak mahu lagi perkara buruk terjadi. Lagipun orang kata, tunang lama-lama ni tak elok.
“Riz, why,masa Lia ajak Riz kahwin dulu,Riz tolak”. Aku bertanya lembut. Ketika ini kami perlu membeli barang hantaran. Rizal masih membelek-belek 2 pasang kasut lelaki yang mahu dibelinya. Tidak mampu membuat pilihan kut. Aku mendekatinya.
“Ambil yang ni je..” aku mengambil salah satu kasut yang ada di tanganya lalu aku bawa ke kaunter. Dia cuma tersenyum. Murah betul dengan senyuman. Biarlah senyumam kan sedekah. Sebenarnya aku cemburu kalau boleh aku cuma dia tersenyum kepadaku saja. Tapi, mana boleh, aku tidak boleh menjadi seorangnya pentingkan diri sendiri. Senyumannya boleh mencairkan hati wanita. Begitu juga aku. Kerana senyumnya, aku jatuh cinta. Haih..apalah. Itupun rasa tergugat ke. Sakit hati aku,lebih-lebih lagi masa dia senyum kat gadis kaunter. Pompuan tu pulak cam tergedik-gedik je. Sengih tak henti-henti. Sabarlah, wahai hati. Cemburu buta pula. Tak sukalah. Hatiku berperang sama sendiri.
Penat berjalan. Dia mengajakku makan di restoran berhampiran.
 “Lia, rasanya lia tanya Riz sesuatu masa kat kedai kasut tadi kan?”. Sesampai saja di restoran dia terus bertanya. Bibirnya mengukir senyum. Matanya meliar-liar di sekeliling restoran. Aku merengus. Nampak sangat dia tidak memberi perhatian padaku.
“Tak ada apa-apalah”. Balasku senang.
 “Marah ke?”. Dia bertanya sepatah. Keningnya di angkat. Senyuman masih tidak mati di bibirnya. Aduishh.. ni kalah ni. Perbualan kami terganggu dek kehadiran pelayan restoran itu. Selepas mengucpkan terima kasih. Matanya tidak beralih dari mangadap wajahku. Makanan yang ada di hadapannya langsung tidak di pandang. Gugup. Inilah yang aku rasa. Apahal pulak si Riz ni. Saja lah tu. Aku tidak mempedulikannya. Aku memulakan suapan.
“Lia..” panggilnya lembut. Terus suapanku terhenti. Senyuman manis terukir di wajahnya. Matanya yang tajam terus merenungku. Kemudian dia tertawa kecil. Aku semakin pelik dengan sikapnya.
“Riz sengaja nak sakitkan hati Lia ke?”. Tanya ku kasar. Mataku tajam memandang wajahnya. Dia masih merenungku.  Arhh aku menyerah. Aku terus tunduk. Berpura-pura meneruskan suapan.
“Mungkin masa tu, riz tak nak Lia sedih kut”. Dia memulakan suapan pertama. Aku terus mengangkat wajah.
“Kenapa pula Lia yang sedih?”.aku bertanya. Aneh.
 “Entah lah Lia, masa tu, Riz rasa tak sedap hati. Sebab tu Riz cakap macam tu kat Lia. Riz tahu Lia sakit hati. Riz minta maaf. Tapi percayalah Lia,Riz sayang Lia sangat-sangat.” Rizal menjawab sambil tersengih.
 “Riz tak patut minta maaf,Lia yang patut minta maaf dengan Riz sebab Lia, Riz accident”. Mataku mula berkaca. Aku merenung lantai.
 “Dah lah tu, perkara dah lepas, Riz tak kisah. Lagipun, Riz selamatkan. Riz sanggup buat apa-apa pun demi Lia”. Dia membalas sambil tersenyum. Aku turut tersenyum. Perhatiannya padaku membuatkan hatiku terus terkunci untuk bersamanya. Aku rasa amat bertuah kerana dapat memiliki hati lelaki ini. Kini aku pasti takdirku untuk bersama dengan lelaki ini.
                                                   **************************
“Cantiknya anak umi”. Umi terus memegang tanganku. Sejuk. Matanya tak henti-henti menatap wajah anaknya. Anak dara kesayangannya. Yang dijaga sepenuh hati.
“Umi tahu Emy gugup, tapi Emy pernikahan perkara biasa bagi seorang gadis. Sepatutnya Emy tak perlu risau banyak sangat. Yang patut risau, si Rizal tu.” Umi ketawa sedikit. Aku mengangguk sambil menghadiahkan senyuman termanis untuk umi. Aku memeluk umi. Kasihku pada wanita ini dan abah tak kan pernah padam. Umi tersenyum,lantas mencium pipiku.
“Apa kamu anak beranak buat ni, pengantin lelaki sudah datang tu, Emy boleh keluar sekarang. Dengar lafaz akad nikah”. Teguran abah menyentap jantungku. Dadaku mula berdebar-debar. Perlahan-lahan dan penuh sopan-santunnya aku dengan diiringi umi tercinta melangkah ke ruang tamu.
Aku terpandangkan Mak Jah yang duduk bersimpuh di sebelah saudara maraku. Dia tersenyum. masih ingat apabila aku menyatakan kebenaran akan hal kebenaran kepada Mak Jah. Alhamdulillah dia masih memaafkan aku dan terus menganggap aku seperti darah dagingnya sendiri. 
Hatiku mula tenang bila suamiku melafazkan akad nikah tadi. mukanya yang tenang itu terus melenyapkan segala debaran di hati. Aku yakin,rizal sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar ini. Dia  tersenyum. Kami saling berbalas pandangan sebelum menadah tangan mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami di satukan.Ketikka acara pembatalan air sembahyang dilakukan, cincin bertahtakan belian itu disarungkan ke jari manisku. Aku terus mencium tangannya. Dia terus mengucup dahiku penuh cinta sambil membisik.
“Abang akan membahagiakan Lia sehingga akhir hayat abang”. Aku terkedu. Bisikannya membuat aku diselubungi rasa bahagia. Aku tersenyum. Semoga cinta kami berkekalan hingga akhir hayat. Amin.
                    ###################################################
                                                               TAMAT




P/S: memang lah kalu remaja cam aku ni,,msty orang ingat aku ni gatal lah, gedik lah dan seangkatan dengannya. but NO. aku niey anti gak bab kpel2 n aku tak prnh kpel pom smpai skrng.... dah memang minat aku penulis.. but aku tak nak jdi penulis pom..hobi je kut..hehe.. bila bce balik apa yang aku tulis,memang rasa menyampah p0m.. haha.. tpi x pe lah..aku cube..XD

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Gadis mystery

Hai,today aku baru start blog ni. 8/12/2011..

hari ni jugak bday kawan aku.
actually.. aku ni bknnye misteri sangat pom. juz like a normal girl..
tpi aku sebenarnya kurang pasti siapa aku?
apa akan aku jadi?
apa yang aku nak dalam hidup aku?
and aku takkan publish gambar aku..
sbb?
 xdek sebab..
orng kate blog ni sebagai diary..bt0l ke?
so,aku rse aku akn taip ikut sukahati aku je..

rasanye 2 jelah untk pengenalan..
http://www.youtube.com/watch?v=zQMM0OaczHo
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Gadis Mystery