This Is My Story... The Life Pattern Of Gadis Mystery: April 2012

Panik ke clumsy?

 
Hai both readers and bloggers..
 
 
 
Oke,skang aq nak ckp skit sal panik ni..
yg aq tahu penyakit panik ni memang dtg bila kita rasa stress..?
p aq tak tahu lah btol ke tak..
so,pd mlm yg disinari gemerlapan bintang-bintang,,
aq nak buat reasearch sikit sal panik ni,
sebab kdg-ii aq p0m adew maslah tu,,
sehingga aq rasa tak leh fikir..
tpi tak de lah teruk..
dan rasanya aq tak dek pnykit panic disorder tu..
mungkin aq ni jenis minah gadis kelam kabut kot..
****
Waa..dah 10 minit dah aq reasearch kat intenet..
p ta mmbntu pun..
tak jumpe..haha
aq cari 'panic' kat google
jumpe satu band panic..
ape kes lar..

oke nak dijadikan cerita,,
nak cerita pengalaman aq yg panik/kelam kabut ni..
minggu lepas,aq tolong
kakak ipar aq yg ke-8 
menjual kat ko'op skula..
satu per satu pelajar pergi beli kat s2..
bila ramai sgt,dtg lah perangai aq yg cpt panik tu..
dah camtu.. kakak ipar tu boleh je buat tak tahu..
aq rse terseksa t0l lah..
tak dek bkt jdi businesswoman lar camni..
emang lar,aq amik sains ape..

SITUASI 1: aq ni kalau dah kelam kabut
memang semua aq lupe..
memang kalu bab-ii mngira ni,memang aq lemah..
yg bdak ni plak mnyusah kan aq plak..
duit dia RM10..
dye beli
3 bungkus roti,satu kotak air,lgi satu mende aq lupe..
6pak duit RM10 tu yg aq tak sanggup..
aq duk ngadap bdak tu lam 5 minit gak,duk kira mnde yg dy beli tuu..
pening-II..
 malu lar dng bdak tu..
memang aq tak suke mengira pom..
kalkulator kan ade..
apa guna kalkulator?
kalau tak nak gune..
P/S: apa guna akal dekat otak tu??
huhu..

SITUASI 2:
Bila aq dah tahap serabut..
bdak sorang ni..
beli air sekotak dengan kerepak..
yg ni senang sebab semua RM1.50..
senang nak bgi baki...
tak silap dia bagi RM2..
yg aq rasa otak aq dah senget tu..
aq dah bagi air yg dia nak,
pastu dia hulur duit. aq ambil air tu balik,
apasal aq ambil air kat tangan dia?
Boleh plak buat dialog depan budak tu..
dengan muke aq yg pening-pening lalat tu.. aq bgi blk air dia,
dan aku ambil duit dye,,bgi baki..
bdak tu boleh plak gelakkan aq..
Ish-II tak patut..
Kpd bdak lelaki comel tu: aq ingat muke kau!

SITUASI 3:
aq terluka..
Nie,bdak pompuan plak..
mase tu ramai org dan aq tak tahu nak lyn yg mne satu..
dtglh bdak pompuan sorang ni..
dye beli ape ntah..
dia bgi duit cam biaselah aq bgi baki..
smpat aq ckp kat dia..
kira blk dik,takut salah..
dan aq pergi lyn orag lain
maklumlah ramai org..
lpstu dy ckp kat kwn dye..
"eh kau tengok dy bagi berapa".
aq tak tahu,tpi cam b'lgk je..
dia bagi blk duit yg t'lbh tu kat aq..
ntah,p bt0l kata-II dy kasar dan aq t'luka..
huhu.. kalau ye p0m..
hormatlah aq sbgai senior jugak kat si2..
Tahu tak pompuan,matematik aq mase PMR 'A' tau..


Oke lah. rasanya stakat ni dlu lah..
lth dah menaip ni..
camni lah diri aq..
cpt sgt panik,tertkn dan kelam kabut..

P/S: aq rasa cara penulisan aq agk kasar..
maaf bgi yg lbh berumur dari aq..
Awak,saya minta maaf :)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

CERPEN: Fantasi Cinta Kruseldia

 
dunia akan lebih indah,
jikalau kita melihatnya dari
dasar hati...
 
Hai readers,
WARNING: mende kat atas tu tak dek kena-mengena langsung pun dengan cerpen ke-4 aq,
 saje je merapu di tengah hari..hehe
oke,aq hapy sebab dapat juga siapkan cerpen terbaru ni..
semua watak,jalan cerita dan sebagainya 
hanyalah rekaan dan penipuan sahaja..
harap boleh terima dan enjoys cerpen ni..
segala kesilapan tu,maknanya aq tak perasan..
sorry!

 
 
                                     FANTASI CINTA KRUSELDIA..

Kruseldia merupakan salah satu Negeri yang berlainan dimensi dan antara dimensi termoden yang terdapat di planet bumi. Negeri kami tidak diperintah oleh Raja ataupun sesiapa. Rakyat Kruseldia memiliki paras rupa yang sangat menarik berbanding makhluk lain.
 Di sini, seorang gadis akan dipilih oleh permata sakti untuk menjadi seorang puteri,lambang kruseldia. Walaupun begitu,seorang puteri tidak dibenarkan memerintah berkahwin seinggan puetri baru dilantik. Dan aku lah puteri yang terpilih itu. Hanya menjadi seperti patung cantik dalam sangkar emas,tidak mampu melakukan apa-apa pun.
Malah,nyawa seorang puteri akan sentiasa terancam,kerana terdapat sesetengah rakyat Kruseldia percaya bahawa darah seorang puteri,adalah suci. Sesiapa yang berjaya membunuh puteri Kruseldia,dia akan menjadi sakti,tetapi tentulah ada keburukannya,jika darah puteri Kruseldia menyimbah tanah Kruseldia,maka Kruseldia akan hancur. Jadi apa kebaikkannya?
Kerana itu lah,seorang puteri sentiasa dilindungi. Selama ni aku tak pernah terfikir pun,terdapat rakyat Kruseldia akan tergamak menghancurkan dimensi sendiri demi kesaktian yang entah betul atau tidak itu. Tetapi itulah hakikatnya.
 Aku memandang kosong makanan dihadapanku ini. Tidak langsung bersentuh.
“Meylia,kau ni kenapa? Kalau kau tak nak ayam tu,aku ambil”. Gadis itu tersengih sengih.
Aku membalas sengihannya. “Ambillah kalau kau tak malu”. Dia mencebik. Inilah sepupuku, Zania. Orangnya sangat cantik,selalu menang pertandingan ratu cantik. Kenapa ea? Sebab aku tak masuk! Kalau aku dibenarkan masuk pertandingan ni,dah lama aku menang.
“Woi,berangan”. Dia menampar bahuku. Aku menjeling geram kepadanya.
“Nia,apasal aku tak boleh keluar dari istana ni. Bosan sangat lah asyik terkurung dekat sini. Nasib baik kau selalu datang teman aku kat sini?”. Aku tersengih. Dia terdiam seketika.
“Hmmm,sebab kau puterilah”. Aku menunjukkan buku limaku padanya, dia hanya mencebik,tak takut.. Apasal lah sepupu aku sorang ni susah sangat nak faham keadaan aku sekarang ni. Aku tak suka dipanggil puteri. Bagi aku untuk menerima jawatan ni amatlah payah. Papa yang memujukku itu pun kerana aku memikirkan nasib Kruseldia.
“Nia,kau tak pelik ke,apasal Negara kita ta diperintah oleh Raja?”. Aku mula mencapai seketul ayam.
Dengan suara diperlahankan,bibirnya mula mendekati telingaku. “Mey,ini rahsia tau,atuk pernah cerita kat aku,dulu Negara Kruseldia ni diperintah oleh keturunan diraja, tetapi entah dimana silapnya,keturunan raja tu hilang sekelip mata. Tak siapa tahu”. Kepalanya mula menjauhiku.
Aku mencebik. Mungkin cerita rekaan.. fikirku..
“Dulu,,dulu tu bila?”. Aku memperlinya.
Dia memandang aku semacam. “Alah,suatu masa yang sangat lama dulu lah. Mungkin moyang kepada moyang atuk kot”. Dia melawak. Tak kelakar pun..
“Oit,apasal atuk tak cerita kat aku pun?”. Aku sengaja menyoal. Best jugak soal sepupu aku yang lurus dan luhur ni..
“Sebab kau puteri lah”. Sekali lagi dia mengeluarkan ayat tu. Aku mahu mencubit lengannya,pantas dia mengelak dan menyambung ayatnya tadi.” Kalau kau nak tahu, aku pernah tanya atuk,kenapa kau yang jadi puteri? Kan kita sama darah? Lagipun,bukankah aku lagi cantik?”. Aku membeliakkan mata. Dia tersengih.
“Pastu atuk cerita lah pasal Raja tu,dan dia cakap,semuanya takdir,kalau kau nak tahu sebenarnya kau dipilih oleh permata tu untuk menjadi seorang permaisuri,bukannya puteri..”. aku langsung tidak memahami maksud sepupuku ini.
“Permaisuri? Boyfriend pun tak ada,inikah pula suami..”. aku memandang tajam wajah sepupuku itu.
“Hei,kau janganlah pandang macam tu,takut tau tak”. Dia mencubit lenganku perlahan.
Aku mengeluh. Menarik juga cerita rekaan atuk ni.”Hah,apa lagi,sambung lah”. Aku menyergahnya.
“Yelah,yelah..kau tahu,permaisuri mesti ada Rajanya kan? Atuk cakap macam ni, sampai sekarang pihak istana masih belum mengetahui, kenapa permata itu masih berfungsi dan masih memilih gadis-gadis Kruseldia ini untuk ditabalkan. Tak silap aku kau puteri yang ke enam dipilih.”
“So,maksud kau,sepatutnya aku menjadi permaisuri kepada Raja lah ye?”. Dia mengangguk. “Mengarut.. dah lah, kalau kau dah siap makan tu,pergi balik,aku nak masuk bilik dah”. Zania mencebik. Sampai hati halau sepupu sendiri..
                                                        ********

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Gadis Mystery