“Kau tahu tak perbezaan antara kasanova dengan playboy?”. Hani mendongak. Wajah sahabatnya di pandang sekilas, lalu dia kembali tunduk. Matanya tidak lepas menghadap ‘makanan’ kegemarannya itu. Apa lagi kimia lah. Soalan temannya tidak dihiraukan. Walaupun penggal sekolah baru bermula, tetapi dia mahu membuktikan kepada kedua orang tuanya,dia tidak akan bergantung kepada harta ibu bapanya. Akan dihadiahkan kejayaan cemerlang dalam SPM tahun ini. Harapan kedua ibu bapanya,tidak akan dihampakan.
“Niey, kau tahu tak?’’ shiela bertanya lagi. Dia menggoncangkan bahu sahabat karibnya itu. Mereka sudah lama berkawan baik. Ke mana saja mereka pergi, pasti selalu bersama. Maklumlah best friend forever. Hani tersenyum.
‘’Ermm, setahu aku,tak ada bezanya pun, dua-dua buaya darat”. Hani membalas perlahan. Matanya masih di muka buku kimianya itu.
“ Hah, ini satu lagi, buaya darat tu dalam spesis mana?”. Shiela bertanya lagi dengan muka innocentnya. Hani menutup bukunya. Di padang kelab bola sepak sedang berlatih dengan giat sekali. Tahun ini, mereka harus menjadi juara. Sebab tahun lepas sekolah dah kalah. Jadi cikgu Roslan kenalah ‘seksa’ mereka sikit. Baru seminggu sekolah bermula dah giat berlatih. Kesian diaorang. Hani berpaling kepada Sheila.
“Shiela, yang kau nak fikir benda macam tu, apasal? Buat pening kepala je. Macam ni la syie, konklusinya,tiga perkataan yang kita cakap tadi tu...semuanya sama.. pemain hati wanita”. Hani menjawab bersahaja. Tudung sekolah yang dipakainya dibetulkan sikit.
“Jom..” Shiela mengangkat kening.
“Mana?”.
“Kantin.” Balasnya sepatah. Hani mula memasukkan semua buku-buku diatas rumput tu kedalam beg. Kali pertama dia rasa not in mood to study. Ni semua pasal kasanova dengan playboy tu lah. Aku memang benci dengan mereka ni. Aku harap mereka ni dapat balasan sebab permainkan perasaan pompuan. Huh.. hani menarik tangan shiela bangun. Mareka sama-sama bergerak ke kantin kolej Sri Jaya Garden.
******************************
“Hai hani” dia tersengih, lalu mengambil tempat bertentangan dengan wajah manis di hadapannya ini. Hani masih mengadap makanan di hadapannya. Sheila disebelahnya buat muka bodoh. Malas masuk campur. Hani meneruskan suapan. Rasanya makanan kat kantin ni selalunya sedap. Tapi kenapanya aku rasa nak muntah. Dia menjeling jejaka dihadapannya ini. Masih lagi tersenyum sumbing.
“You look so beautiful today”. Tegurnya romantis. Terus terhenti suapannya. Hani terbatuk-batuk kecil,sebelum sheila menghulurkan segelas air kepadanya. Apasal pula cantiknya memang hari-hari aku pakai seragam sekolah ni. Nampak sangat menipu..
Nama mamat ni Rayyan bin Dato’ Ahmad. Ayah dia chinnese muslim. Mak dia melayu. Memang orang cakap muka dia hensem giler. Tapi bagi aku muka setakat macam tu, hensem abah aku lagi. Kawan-kawan dia panggil dia Ray. Weikss nak muntah aku. Budak ni satu kelas dengan aku. Memang cop player lah. Mak lumlah hensem,bijak, kaya pula tu. Hani mencebikkan bibir.
“ Why hani? thinking of me..?” Rayyan tersenyum menggoda. Kalau pompuan lain bolehlah tergoda. Ni hani lah. Nak terloya aku mendengarnya. Sheila cuma menggeleng-gelengkan kepala. Kawan aku ni memang ramai peminat. Kenapa tidak, hani cantik, bijak pula tu. Ramai yang cuba mendekatinya. Tapi satu pun tak layan. Katanya no puppy love. Tak bawa kemananya cinta waktu sekolah. Baginya SPM yang akan kami duduki tahun ini yang terpenting. Yang akan mencorakkan masa depan. Tapi masalahnya palyboy terhebat sekolah ni, selalukacau dia. Kesian hani. Sheila mengeluh.
“ Syie..jom masuk kelas. Waktu rehat dah nak habis ni”. Hani menarik tangan Sheila supaya bangun. Rayyan juga bangun dari tempat duduknya. Sempat lagi dia melemparkan senyuman manis kepada Hani. Huh. Aku ganyang juga mulutnya dengan pinggan ni. Biar mulut jadi senget. Baru tak boleh senyum. Hani terus berlalu dari situ. Tanpa sepatah kata sheila mengikuti langkah hani yang semakin jauh meninggalkannya.
****************************
“Okey semua,saya harap esok semua soalan latihan yang saya beri hari ini, siap dan pagi-pagi besok berada di atas meja saya. Faham!”. Cikgu Maznah sudah mengeluarkan arahan mandatorinya. Semua pelajar mengeluh sesama sendiri. Lagipun,apalah Cikgu Maznah ni,ada ke bagi soalan punya lah banyak sampai boleh susun buat menara. Hailah. Terover pulak. Hehe..
Hani menyusun kerja sekolah yang diberi cikgu Maznah tadi ke dalam beg. Shiela di sebelahnya termenung panjang.
“Syie, yang kau duduk termenung situ ,kenapa? biasanya kau kalau bab-bab balik rumah ni,cepat. Apasal tak dek mood nak balik ni. Kau gaduh dengan adik kau ke?” hani menyiku lengan sahabatnya. Syiela tersentak.
“Apa lah kau ni, terkejut aku tau. Mana ada aku gaduh dengan adik aku. Yang tu dah settle lah”. Hani tersengih. Mana lah dia tahu. Hari tu shiela dengan adik dia bergaduh sakan. Pasal adik dia lah. Keluar dengan jantan lepas habis sekolah. Tup.. tup.. sheila ni jumpa adik dia tengah jalan nak balik rumah. Sheila apa lagi, ada ke dia seret adik dia ikut balik rumah. Memang adik dia kenalah bila diaorang balik rumah. Abah syie tu memang garang lah. Lagi pun siapa suruh budak tu gatal sangat, baru tingkatan satu dah pandai ikut jantan. Apalah nak jadi dengan remaja zaman sekarang. Hani tergeleng-geleng apabila teringat cerita Sheila tentang adik dia tu.
“Yang kau ni kenapa pula?”. Sheila menegur. Aneh dia melihat Hani yang tergeleng-geleng tu. Hani tersenyum.
“Jom balik. Kelas dah kosong ni”. Hani mengajak. Sheila mengangguk.
“Hani, boleh tak aku pergi rumah kau hari ni?” pintanya mengharap. Hani terdiam. Matanya tadi yang mencari kelibat pemandu peribadi abahnya terhenti di seraut wajah yang hitam manis di hadapanya ini.
“Boleh je. Tapi kau nak buat apa?”. Dia bertanya sambil menarik tangan Sheila ke kereta abahnya. Pak Mat tersenyum apabila melihat kelibat anak majikannya itu. Dia sudah menganggap Hani seperti anaknya sendiri. Lagipun hani seorang yang merendah diri. Itu yang membuatkan dia selesa bersama anak majikanya yang ini.
“Kau ajar addmaths ye? Aku tak faham lah soalan yang cikgu Maznah bagi tu. Susah sangat”. Sheila menjawab sambil tersengih. Tangannya yang penuh dengan buku-buku itu hampir jatuh. Dia membetul-betulkan sedikit keadaan buku-buku itu. Hani mengangguk setuju. Dia tersenyum manis. Mareka bersama-sama menaiki kereta menuju ke banglo Hani. Opss..bukan Hani punya. Bapak dia yang punya.
**********************
Pagi ni subject Sejarah. Beznya.. Tapi pagi-pagi ni dah ada yang buat aku naik hantu. Ada surat cinta bawah meja. Pink colour. Siap dengan bungan ros sekali. Ini bukan kali pertama aku dapat surat cinta. Tapi still, aku tak suka. Aku memang anti lah surat-surat cinta ni. Not my type ok. Aku pasti,masa aku datang kelas pukul tujuh tadi,benda ni tak wujud lagi. Lepas pergi jumpa Cikgu Ramli kejap,aku balik kelas semula. Tiba-tiba je ada dalam meja. Ni mesti kerja dia. Tak ada orang lain punya. Baru je nak koyak surat ni. Minah kepoh ni datang.
“Woi,Hani apasal ni. Muka garangnya.”. Sheila mengambil tempat di sebelahnya. Sheila yang tadinya ke bilik guru untuk menghantar kerja sekolah addmaths. Maklumlah dia kan penolong kelas. Si amir tu pemalas. Kalu nak harapkan dia pergi hantar kat meja cikgu Maznah tu. Alamatnya tunggu berjanggut dulu lah.
Hani mengangkat wajah. Mukanya walaupun tengah marah, still comel. Tak nampak macam marah pun. Hani mendengus. Wajahnya kelat.
“Ni, cuba kau baca. Gelilah aku”. Hani menghulurkan surat cinta kepada Sheila siap dengan gaya geli geleman lagi.
Sheila menyambut huluran sahabatnya.
“Apa ni? Surat cinta lagi”. Sheila mengangkat kening.
“Baca je lah”. Hani mengarahkanya. Dia perlahan-lahan membuka lipat surat tersebut. Dia pula terlebih berdebarnya. Saja buat saspen.
“My love,
Hani Syakila binti Dato’ Razak,
Your smile makes me wanna smile too..
Your love makes my heart sings..
Your beautiful face make my day..
You mean so much for me..”
Sheila berhenti sekejap sebelum meneruskan bacaannya. Dia menoleh sekilas ke arah suspect yang sedang leka berbual dengan kawan-kawannya. Dia membelek kertas ke belakang seraya meneruskan bacaanya.
“Hani, aku tahu kau pun suka aku kan? Mengaku je lah. Actually kau memang perfect one for me. Kau cantik,aku memang sah-sah lah hensem. Aku boleh je spend time untuk Hani Dato’ Razak ni. You are in my heart.. <3
yang e-class,
Jejaka paling hesem sekolah.”
Sebaik saja dia menghabiskan bacaanya itu. Terus dia memandang tajam ke arah jejaka yang di maksudkan. Siapa tak tahu dengan perangai Rayyan yang terlebih perasan tu. Jejaka paling hensem konon. Boleh blah. Rayyan yang menangkap pandang sheila kerahnya melempar senyum segaris. Dia mengangkat keningnya sedikit. Naik meluat Sheila dibuatnya.
“kau tengok lah tu..” Sheila mencebik sambil matanya mengisyaratkan ke kanan di mana lelaki itu berada. Hani menoleh. Tidak lama, dia terus menoleh kembali kepada Sheila. Rayyan sedang berbual mesra bersama sahabatnya. Soal apa entah. Ada saja mereka mahu bualkan,pasal keretalah,motor lah,pixie pun ada.
“Menyampahnya. Aku tak fahamlah kenapa dia popular sangat kat sekolah ni. Aku dengar dia ada fanclub sendiri. Dikendali oleh budak form 1 yang paling cantik tu.Ermm.. Cantiklah sangat.” Dia menyambung perlahan. Hani tertawa sedikit.
“Assalamualaikum semua”. Suara Cikgu Razila mengejutkan semua pelajar yang kebanyakan berbual kosong sesama sendiri. Diam. Terus semua pelajar berdiri. Di sebelahnya berdiri seorang jejaka kacak. Para pelajar perempuan sudah mula berbisik-bisik. Sheila memandang Hani.
“Aik, budak mana pula ni. Tak pernah nampak pun. Hensemnya..”. Sheila menyiku lengan sahabatnya. Matanya bersinar-sinar. Bling..bling. Gaya dah macam nampak greyson chance depan mata je.
Hani menoleh kearah pelajar yang berdiri di sebelah Cikgu Razila. Sekali pandang biasa je. Dua kali pandang, lelaki itu mempunyai raup wajah yang tersendiri. Wajahnya yang serius. Mata yang tajam. Mempunyai renungan yang boleh mengoyahkan perasaan wanita. Hatinya berdebar-debar. Terus di singikirkan perasaan itu jauh-jauh. Aku tidak boleh kalah dengan lelaki. Tekad hatinya. Wajahnya dipalingkan dari memandang ke arah lelaki itu.
“Ok pelajar semua, ini Zafril Izham. Mulai sekarang dia merupakan pelajar sekolah kita dan akan belajar di sini”. Cikgu Razila yang merupakan guru matapelajaran sejarah merangkak guru tingkatan 5 cerdas melenyapkan teka-teki di minda para pelajarnya. Izham tersenyum segaris. Mak ooi, kalau tak senyum dah manis, bila senyum terus lebur hati ini.
“Niey, kau perasan tak muka Rayyan? Kelat semacam je kan?”. Semua pelajar duduk.
“Dia takut populariti dia jatuh lah tu.” Mereka ketawa perlahan.
“Izham, kamu boleh duduk di sana”. Cikgu Razila memberi arahan. Lelaki ini patuh sahaja. Tangannya digenggam erat. Mejanya berada betul-betul di belakang meja Hani. Kebetulan meja itu memang dah lama kosong. Rayyan yang berada selang semeja dari kanan dari meja Sheila cuma memandang tajam ke arah lelaki itu yang kelihatan bergerak begitu perlahan untuk bergerak dari hadapan ke meja nya itu.
“Hai” tegurnya singkat. Lantas kertas yang dipegangnya tadi diletakkan diatas meja Hani. Gadis itu mendongak. Izham tersenyum. Matanya tepat memandang gadis dihadapannya ini. Ermm..nampak macam susah nak dapat. Hatinya berdetik. Dia terus duduk di kerusinya.
Hani terus terpandangkan secebis kertas di hadapannya kini. Dia membacanya perlahan.
“Salam perkenalan untuk si gadis cantik”. Dia terus membuang kertas itu. Kasanova juga rupanya. Habislah aku. Bila masa dia tulis tu agaknya?
Izham tersengih. Sebenarnya memang sebelum subuh lagi, dia tulis atas kertas tu, maklumlah kasanova,sentiasa alert. Memang target girl-girl yang cute lah. Malangnnya target salah lah bro.hehe..
“Ok pelajar semua,buka buke teks muka surat......”. para pelajar terus mengikuti arahannya tanpa banyak soal.
************************
Sejak dua minggu si Izham ni datang sekolah kami ni, populariti Rayyan dah berkurang. Mana taknya, ada orang lebih dari dia. Dengar-dengar Izham dah menjadi ahli kelab bola sepak juga. Budak-budak kelas cakap dia terer main bola,sampai Cikgu Roslan terus ambil dia jadi striker utama. Sebab tu, Mr.Playboy kita ni tak puas hati. Tak apalah Rayyan oii. Kau dah mendominasi sekolah ni lima tahun dah. Bagi chance kat orang lain gak.
“Hani,kau dah hantar paper kimia tu kat Cikgu Mimie?”. Lelaki ini menegurnya kasar. Hani mendongak. Owwh..patutlah, Nizam rupanya. Mamat skema yang memang genius habis. Ketua pengawas sekolah yang garang gila. Selalu dapat nombor pertama dalam kelas. Hani pula,pegang gelaran second choice jelah. Orang kata mamat ni tak ada perasaan. Muka dia macam tu juga. Tak pernah senyum. Rambut belah dua,pakai kacamata tebal pula tu. Hani mengangguk. Dia menghadiahkan senyuman tidak ikhlas kepada jejaka itu. Terus lelaki itu meninggalkannya.
“Hani!”. Bahu rakannya disentak kasar. Sheila tersengih. Hani menjeling tajam.
“kau ni tak habis-habis dengan buku kau tu kan. Exam lambat lagi lah. Rileks-rileks lah dulu”. Sheila menepuk bahu rakannya manja. Hani memandang wajah manis sahabatnya. Dia meletakkan buku fiziknya di atas riba.
“Ish kau ni, sedar tak SPM tahu ni tahu tak. Exam ni paling penting dalam hidup kita tahu?”. Terus dia mengambil buku, dan meneruskan bacaanya. Sheila menggeleng-gelengkan kepalanya. Kawan aku sorang ni memang gila buku.
**************************
“Woi! Kau nak cari pasal dengan aku ke?” lelaki di hadapannya ditolak kasar. Buku lima di genggam erat. Tanda bersedia melepaskan tumbukan padu bila-bila masa saja. Lelaki di hadapannya tersenyum sinis. Rayyan terus panas hati.
“Ray,rileks dulu. Tak kan kau nak gaduh dengan dia. Hancur lah reputasi kau nanti”. Hazim menyampuk. Kawan-kawannya yang lain pun nampak risau. Mereka takut kalau kejadian tidak enak berlaku,pasti mereka akan di panggil pengetua.
“Entah, kau dengarlah cakap kawan kau yang pengecut tu..haha”. dia ketawa mengejek. Rayyan sudah hilang sabar. Dia menumbuk lelaki di hadapannya ini. Ketawa lelaki itu menyakitkan telinganya. Izham senyum mengejek. Rayyan mahu menyerang lagi. Terus ditahan Hazim.
“Hoii,korang buat apa tu!!”. Semua terpaku. Hazim sudah pucat mukanya. Pengetua. Habislah aku, mak bapak aku kawan rapat dengan pengetua. Habislah... Rayyan merenung tajam wajah Izham yang kelihatan selamba.
*************************
Dah seminggu sejak kejadian tu. Dan sejak seminggulah kita orang kena buat kerja amal kat sekolah. Kemas library,kemas kelas, kutip sampah kat padang setiap pagi,dan paling aku tak tahan bila kena cuci tandas. Kalau pak cik cleaner tu tak sanggup cuci tandas lelaki sekolah. Apatah lagi kita orang. Betapa terseksa rasanya. Ini semua pasal si Rayyan bongok tu lah. Apa kes dia nak cari pasal dengan aku. Dah memang aku menang perlawanan tu,dia kalah, tak boleh terima kenyataan pula. Izham mendengus. Dia memandang baldi dihadapannya.
“Sebagai hukuman kepada kamu semua, saya arahkan kamu membuat kerja amal dekat sekolah selama sebulan. Faham!!”. Mereka tersentak. Pengetua ni janganlah kejam sangat. Tapi nak buat macam mana aku tiada kuasa untuk melanggari hukuman pengetua tu. Kalau aku langgar,maknanya aku tempah maut lah tu. Sekali lagi Izham megeluh. Dia memandang Rayyan yang sedang meyimbah air dalam sinki. Rayyan yang terperasan jelingan Izham itu menunjuk buku limanya. Izham senyum sinis.
Rayyan memandang sinki dihadapannya. Budak-budak ni kenapanya?. Tong sampah disediakan, kenapalah nak juga buang kulit pisang dalam sinki. Rayyan mengeluh. Memang lah salah dia. Dia yang cabar Izham bertanding bola sepak. Bila kalah tak nak terima pula. Habis lah reputasi dia. Sekarang ni kena denda cuci tandas pula. Sakit hatinya.
“Riz,kau tolong buang kulit pisang ni”. Rizman yang ketika itu hampir termuntah mencuci mangkuk tandas menjenguk keluar.
“What?? Kau nak aku ambil benda tu dengan tangan aku? Tolong lah Ray, kau agak-agak lah. Lagipun,korang bagi task tak adil. Aku juga yang kena cuci tandas.”. Rizman terus meneruskan kerjanya. Dia sempat mengerling Izham yang sedang mencuci lantai dan Hazim yang sedang mengelap dinding. Rasa tak adil betullah. Kenapa,,kenapa aku yang kena cuci mangkuk tandas? hatinya menjerit melempiaskan rasa sakit hati. Dia memang selalu kalah dalam permainan talalitamplom ni.
Rayyan memandang kulit pisang dihadapannya lama. Dengan tangan yang terketar-ketar dia mengambilnya lalu dicampakkan ke lantai. Mak oii,macam tu sekali ke. Harap muka je hensem, tapi mummy boy lah.
“Oii.. kau tak nampak ke aku tengah cuci lantai ni?”. Izham sudah mula marah. Kebetulan memang mood dia hari ni tak berapa baik.
“Peduli apa aku..”. rayyan membalas selamba. Dia tersengih sinis. Budak ni tak ada masalah cari masalah. Bang!!! Izham menyepak baldi yang ada di atas lantai. Habis basah seluar si Rayyan tu.
“Woii..kau gila ke?”. Rayyan memandang tajam wajah lelaki yang dibencinya kini. Betapa bengang hatinya. Izham tidak membalas sebaliknya terus meninggalkan tandas lelaki tersebut.
“Woi..kau nak pergi mana tu?”. Dia menjerit. Dengan cepat langkah kakinya dihayun mengikut alunan suaranya yang merdu itu. Waduh,,merdu..Hazim memandang Rizman. Matanya bagai berkata. “nampaknya kita berdua je lah yang kena buat benda ni”. Mereka berdua sama-sama mengeluh.
Laju kaki Rayyan menginguti langkah Izham yang semakin laju. Mereka sampai di atas bumbung kolej SJ Garden ni. Termengah-mengah Rayyan apabila kakinya sampai di tangga yang terakhir. Dia terpegun. Selama ini pelajar tidak dibenarkan berada di bumbung sekolah. Entah apa sebabnya. Jadi dia tidak pernah ke sini. Permandangan di sekeliling sangat cantik. Dikelilingi taman yang cantik.
“Kau nak apa?”. Izhan membuka mulut.
“Aku tahu kau suka Hani kan?”. Rayyan senyum segaris. Dia sudah merencanakan rancangannya.
Izham terdiam. Aku suka Hani ke? Memanglah,dia cantik. Tapi rasanya suka biasa je lah. Izham berbicara kepada diri sendiri.
“Aku cabar kau. Aku tahu kau pun suka bermain kan?”. Mukanya bertukar serius.
Izham menjongketkan bahunya. “Apa cabaran kau? Main bola sepak lagi ke?”
“Heh, aku cabar kau siapa yang dapat Hani dulu,dia menang. No time limits for this time.Siapa kalah kena ikut arahan orang yang menang tu selama dua bulan.Tapi aku ingatkan kau supaya kau beralah jelah. Aku lebih lama kenal dia, dan aku rasa aku akan menang”. Rayyan terus mahu berlalu dari situ. Kalau tahu dek pengetua pasal ada pelajar pergi ke bumbung sekolah. Tidak tahu apalah yang akan jadi.
“Aku terima cabaran kau. Tapi kau akan kalah. Sebab kau kenal Hani lama dari aku kan,so kenapa dari dulu dia tak suka engkau. Haha. Nak tahu jawapannya....sebab you not her type”. Izham menepuk bahu Rayyan yang tidak berganjak dari tempatnya. Terus dia berlalu dari tempat itu sambil tersenyum bagai meraikan kemenangannya tak lama lagi. Rayyan mengenggam penumbuk.
**********************
Sudah dua bulan berlalu. Nampaknya kebanyakan pelajar tingkatan lima di sekolah kami ni masih belum sedar akan peperiksaan yang akan kami hadapi nanti. Dan sekarang ni,aku makin rimas, aku tak faham lah. Kenapa,diaorang selalu ikut aku sejak dua bulan ini. Pergi library ada,kantin ada. Kat mana-mana aku pergi, dia orang ni mesti ada sama. Aku pernah bagi amaran dekat dia orang, tapi apa yang aku dapat. Satu senyuman yang aku sendiri tak tahu maksudnya itu. Hani mendengus.
Fikirannya rimas mengenangkan dua lelaki yang sering menjadi perhatian pelajar perempuan di sekolah. Mereka seperti sengaja mahu menganggu ketenangan hidupnya. Mungkin sebagai seorang remaja, dia juga ingin disayangi dan menyayangi. Tapi dia tetap mengeraskan hatiknya,kerana dia tahu cinta zaman sekolah tidak akan kekal,kalau ada yang kekal,mungkin bilangannya terlalu sedikit. Lagipun,dia tidak mahu membuang masa untuk melayan perasaan.
Dia tida ingin menjadi seperti kakaknya, Hana Syakira yang hanyut degan cinta dan akhirnya, dia mendapat keputusan yang teruk dalam SPM. Kini, dia cuma bergantung kepada abah dan umi, dia tetap diberi jawatan yang tinggi dalam pejabat Dato’ Razak. Hana tidak pernah kisah dengan hal sekelilingnya. Perangainya semakin teruk dari masa ke semasa. Selalu keluar bersama beberapa lelaki yang berbeza setiap minggu. Bila abah suruh dia kahwin,alasanya. ‘’taknak lah bah, Hana tak sedia lagi, hana nak hidup bebas”. Hani menggeleng-gelengkan kepalanya. Baginya hidup tanpa ilmu lebih teruk dari hidup tanpa harta.
Lamunannya terhenti apabila Sheila tiba-tiba menyergahnya dari belakang.
“engkau ni syie,terkejut aku. Kau ni apahal?”. Hani buat-buat muka garang.
Shiela cuma tersenyum manis. Mengakui kesilapan sendiri. Lantas diambilnya tempat duduk di sebelah sahabat karibnya.
“Kenapa dengan kau ni. Tak happy pun. Kenapa ya? Selalunya bukan main happy lagi. Sejak akhir-akhir ni,aku tengok kau macam tak selesa je”. Sheila mengangkat keningnya.
“Alah,macam lah kau tak tahu masalah aku”. Hani mendengus.
Sheila tersenyum tipis.
“Kau buat tak tahu je. Teruskan hidup kau macam biasa”.
“Cakap senang . Try kau yang ambil tempat aku. Boleh naik gila tau. Hari-hari kena kacau. Sekarang ni si rayyan tu dapat nombor aku. Mana dia dapat entah.” Hani merungut-rungut. Setahunya tiada sesiapa yang tahu nombor telefonnya kecuali Sheila dan.... ish-ish tak mungkin dia.
Hani memandang Sheila tajam.
“Wait,kau suspect aku ke?”. Sheila menggeleng laju. Tak kan tak percaya bestfriend sendiri kot..
Hani cepat-cepat memintas.
“Tak lah. Cuma aku ada bagi no fon aku kat Cikgu Salina sebab hari tu aku minta nombor fon cikgu, so dia minta aku punya pula. Aku tak tahu lah. Kalau engkau,tentu tak mungkin kan? Sempat lagi Hani menjeling Sheila. Sheila buat muka. “Cikgu??” buat sekian kalinya Hani mengeluh.
“I don’t think so”. Hani terus bangun. Malas dia memikirkan masalah ini lagi. Rasanya lebih baik jika dibiarkan misteri je...
“Hei,kau nak pergi mana tu?”. Sheila cepat-cepat bangun. Mahu menginkuti sahabatnya.
“Tandaslah”. Hani memusingkan badannya. Sheila terus duduk di kerusinya kembali. Hani terus memalingkan badannya. Dia tersenyum. Langkah di atur untuk ke tandas.
***************************
Dia tersenyum senang. Tiba-tiba senyum manisnya mati. Lelaki di hadapanya ini menghalang laluannya.
Izham tersenyum segaris. Buat apa depan tandas perempuan ni? Hani terfikir sejenak. Lepas ngorat awek lah tu.
“Hai Hani, kebetulan kau ada kat sini,aku nak confess sikit lah ni”. Hani mengangkat keningnya sedikit. Gagal meneka.
Izham senyum tipis. “ Actually aku suka kau. Kalau kau rasa tak nak terima aku. Kita kawan?”. Izham menyandarkan diri di dinding. Tangannya dihulur.
Hani memandang kosong wajah dihadapannya. Tidak boleh dinafikan hatinya terasa getaran apabila jejaka ini merenungnya. Tapi, lelaki semua sama. Kata suka tapi ngorat awek lain. Bukan satu tapi banyak pula tu. Ini yang aku tak suka dengan kasanova atau playboy ni.
Hani tampal senyum plastik. Cute sangat lah tu.
“Of course. Why not?”. Tangan Izham tidak disambut. Mana boleh bukan muhrim lah. Lelaki itu terus menarik kembali tangannya. Matanya tidak lepas dari merenung gadis dihadapannya kini. Tidak dapat dinafikan,memang susah nak dapat.
Apasal ni,pandang macam nak tembus. Hani sudah mula rasa tak selesa.
“Ehem, can i go now?”. Hani sudah mahu berlalu. Kalau makin lama disini,makin lemas lah dia.
“Sure”. Lelaki ini mengangkat keningnya sedikit.
Izham memandang kosong langkah Gadis keras ini. Dia tersenyum sumbing. Telah merencana adegan seterusnya. Memang dulunya niatnya cuma ingin memenangi pertandingan antara dia dan Rayyan tu. Tapi niatnya dengan perlahan-lahan mula berubah setelah semakin lama mengenal gadis hati batu ini. Makin susah nak dapat,makin dia ingin memiliki gadis itu. Peperiksaan entah kemana, pelajaran entah kemana. Lansung tidak diambil peduli. Lambat lagi kot..
*************************
‘’Hai hani, boleh join study?’’. Rayyan sudah mengambil tempat berhadapannya. Hani dan Sheila terus berpandangan. Bila masa pula budak ni minat belajar? . Dan mana mamat ni tahu kat mana library? Dulu,bukan setakat nak jejak kaki kat library,nak lalu pun susah.
“Hani kau kan pandai addmaths. Ajar aku please.”. Rayyan terus menunjukkan buku latihannya yang bersih sebersihnya itu. Dia sengih selamba.
“Syei, kau ajar dia. Aku nak ambil buku kat rak sana kejap”. Hani terus berlalu.
Sheila memandang lelaki di sebelahnya ini. Dia mengeluh. Hani kenapa aku jadi mangsa...otaknya tersa serabut.
“Hah Ray,kau tak faham apa?”. Buku Rayyan ditarik kasar. Hani..gagal lagi. Sheila dihadapannya ditenung. Tajam.
“Hey,kau ni. Takut aku tau”. Buku ditangannya dihempuk keras ke bahu jejaka ini. Rayyan mengaduh kesakitan.
Hani yang memerhati kejadian itu dari rak biologi tak boleh menyebunyikan senyumnya.
“Senyum sorang-sorang nampak”. Suara di belakangnya menegur. Izham senyum segaris. Hani mengurut-ngurut dadanya. Terkejut apabila disergah begitu.
Izham tersenyum lucu apabila melihat reaksi dari gadis ini.
“Buat apa kat sini”. Hani cuba mahu berborak sedikit
“Kat library,buat apa lagi,study lah’. Izham mencapai buku rujukan di rak. Longman,essential biologi. Dia mahu meminjam buku itu. Hai Hani,apasal soalan bodoh ni??
“Erm,,dengar kata perlawanan dah dekat?”. Hani menoleh sekilas kepada Sheila yang sedang mengajar Rayyan addmaths. Mukanya serius saja.
“Ha’aa. Bulan empat nanti. Sekarang ni tegah berlatih gila-gila lah”. Dia ketawa sedikit.
“Good luck”. Hani senyum nipis. Dia ingin kembali ke meja dimana sheila berada.
‘’Wait, Hani boleh aku join korang?”. Dia meminta mengharap. Hani mengangguk. Belajar ramai-ramai pun best. Izham terus menginguti langkah Hani . Dia senyum segaris. Well ada respon.
“Hai Ray”. Izham menyapa. Suaranya dibuat-buat ceria. “Sheila...”. dia menghadiahkan senyum untuk gadis itu.
Rayyan terus mendongak. Izham senyum mengejek kearahnya. Terus naik suhu hatinya. Relaks Ray..sabar..dia menenangkan dirinya
Izham mengambil tempat di sebelah Hani,berhadapan dengan Sheila. Suasana tegang seketika.
‘’Erk.. ok apa kata kita study addmath dulu,dia memandang jam dinding di library itu. Pukul tiga. “Pukul empat nanti,kita balik”. Hani cuba mengurangkan suasana tegang antara dua lelaki itu. Kesemua mereka menganguk.
****************************
Bulan empat..
Hani mengeluh,terasa masa sangat pantas berlalu. SPM juga semakin hampir.Hujan diluar turun menggila. Dia menyelak langsir dibiliknya. Esok sekolah, rasa tak sabar pula untuk ke sekolah.teringat perbualan bersama abah dengan umi tadi.
“ Kila, nanti lepas SPM,abah hantar UK ya”. Wajah abah penuh pengharapan. Tak sanggup pula untuk kata tidak. Walaupun dia lebih berminat untuk sambung pelajaran di negara sendiri.
“Abah ni,biarlah budak tu habis SPM,baru cakap pasal ni.”Datin Maznah menyampuk apabila melihat anak daranya tidak memberi sebarang reaksi. Sebagai ibu,dia lebih tahu perasaan anaknya. Hani menarik nafas lega.
“ Nanti Kila fikir Abah”. Akhirnya dia memberi jawapan sebelum berlalu ke biliknya.
Dan sekarang,fikirannya memikirkan usul abahnya. Buntu. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya. Allah tentu takdirkan yang terbaik untuk hambanya.
**********************
‘’Hai Syie, petang ni jadi tak?”. Sheila mendongak. Rayyan. Keningnya terangkat sedikit. Rayyan ketawa sopan. Huh. Sopan lah sangat.
“Tak kan kau lupa kut?”. Sheila buat muka. Apaper jelah.
“Petang ni kan janji naktang ni kan janji nak study sama-sama”. Belum sempat Sheila mahu menjawab. Izham sudah bertenggek tepi meja.
“Hoi,kau lupa ke? Hari ni hari Isnin lah. Petang ni latihan. Kalau kau ponteng cikgu mesti denda the whole pasukan. Kan dapat pergi final. Mau cikgu tak mengamuk kalau ada yang ponteng latihan”. Bahu Rayyan di tolak kasar. Terus buku fizik di atas meja Sheila dihempuknya ke atas badan Izham. Rayyan sengih selamba. Cari pasal dengan aku sangat.
Sheila tergeleng-geleng. Budak berdua ni entah bila nak berdamai. Walaupun sekarang ni,study group bersama,diaorang macam tu jugak, ada je benda nak buat gaduh,pasal pemadam pun boleh dijadikan hal. Tapi memang enjoy lah study ramai-ramai. Lagipun Tasya, Rizman dan budak Hazim tu join sekali. Tak ada lah bosan sangat bila study.
Hani dah awal-awal warning diaorang,suruh belajar serius. Kalau main-main, baik tak yah join study group ni. Itulah katanya. Cakap pasal Hani, apasal dah nak dekat tujuh setengah pagi,tak datang-datang lagi ni.
“Hai korang”. Suara gadis ini mengejutkan semua. Sheila menghela nafas lega. Panjang umur..
“Ingat tak datang sekolah hari ni. Kenapa lambat?”. Sheil bertanya apabila budak-budak tu dah berambus dari meja diaorang. Baru je tadi dia halau budak berdua tu.
Hani tersenyum. “Macam biasalah..”. Dia mula mengemas meja. Buku-buku mata pelajaran bahasa melayu disusun kemas. Malas mengulas lanjut. Kringgg......
Bunyi loceng menghalang Sheila dari terus bertanya. Lepas ni pergi dewan, perhimpunan mingguan. Hal yang paling pelajar benci. Kalau tak lama tu,dia boleh jugak terima, ni nak dekat sejam setengah. Kadang-kadang tu hampir dua jam. Terasa longgar semua skru tulang-tulang sendi.
************************
Sekarang ni dah bulan lapan dah. Spm dah dekat. Kelas tambahan makin giat nampaknya. Letih.. matanya masih terpaku pada muka surat sama dari tadi.
Tahun ni sekolah dapat gelaran juara dalam bola sepak. Thanks to our striker and team leader. Lepas menang je game tu, diaorang tak henti-henti riak depan kita orang. Tapi demi menjaga hati diaorang,dengar jugak lah apa yang diaorang cakapkan tu,walau telinga dah naik bernanah je dengar diaorang puji diri sendiri.
Dia meneruskan bacaan. Tak mahu melayan memori. An hour after her teacher left,there came the sound of feet coming up the steps and............ Buku The Curse tu dah dibaca beberapa kali. Jalan ceritanya yang menarik membuatkan dia mengulang kembali buku literature component tingkatan lima itu, walau keseluruhan cerita itu masih terlekat di mindanya.
Entah kenapa perasaanya asyik terganggu. Hatinya selalu tidak keruan apabila bertemu dengan dia. Tapi fikiranya cepat mematahkan mainan perasaan di hatinya itu.
Ingat Allah Hani. Allah sentiasa ada untuk hambanya. Cintai lah Dia. Tiada kasih sehebat cinta Allah. Jadilah Hamba yang sentiasa taat akan perintanNya dan meninggalkan laranganNya. Amar makruf nahi mungkar. Sentiasalah meminta perlindungan Allah.
Masih ingat kata-kata lelaki itu. Ketika itu. Kita orang tengah study sama-sama, semua ada.
“Hani, what do you think about kasanova and playboy?”. Dia merenung wajah didepannya ini dengan pandangan tidak dapat ditafsirkan. Aneh.
“Aku macam pernah dengar je soalan ni, tapi di mana yew?”. Dia membuat gaya seolah-olah tengah berfikir. Kemudian Hani ketawa perlahan.
“Hurm, pemain hati wanita?”. Buku sejarah kembali disambarnya.
Izham tersenyum mendengar jawapan gadis didepannya ini. “You right..and..wrong!”. Pen ditangannya digerak kekiri kanan di hadapan wajah Hani. Hani mengangkat kening. Wajahnya melempiaskan pertanyaan. “hurm??”. Keningnya terangkat sedikit. Apa yang betul dan salah tu?
“Playboy memang pemain hati wanita”. Seraya pandangannya diarah kerah Rayyan yang tengah elok je study dengan Hazim. Hani turut megalih pandangan kerah yang dituju Izham. Senyum terukir dibibirnya. “ Kasanova?”. Hani terus bertanya.
“Percinta wanita..” dia mengenyitan matanya.”..like me”. Sambungnya dalam ketawa. Happy sangat lah tu.
Hani mengeleng-gelengkan kepalanya,menghalau bayangan lelaki itu terus menerjah di kotak fikirannya. Memang salahnya membuka sedikit ruang mesra kepada lelaki itu. Dia mendegus. Hani,,please.. be strong!! You can do it. Otaknya terus melemparkan kata-kata semangat kepada diri sendiri. Buku diambil dan dia terus membacanya. Agaknya nak baca sampai otak jadi tepu kot...
************************
And now...bebas!!!!!!! akhirnya SPM tamat juga. Dah habis dah seksa bersekang mata study siang malam sampai tak ingat nama sendiri..huhu..
Si Izham dengan Rayyan pun,dah mula rasa kebebasannya. Maklumlah,time SPM ni,dia orang bersara kejap..sekarang dah start balik. Hani senyum sendiri.
“Woi,apa senyum-senyum ni,teringat aku ke?”. Sheila menegurnya dari belakang.
“Haisshh,terkejut aku tau. Kau selalu macam ni. Tak boleh ke kau tegur aku elok-elok sikit. Bagi salam ke?. Lagipun,tak ada maknanya aku ingat kat engkau”. Hani senyum tipis.
“Yelah tu,nanti,jangan pula lepas ni,kau call aku hari-hari sebab rindu kat muka aku yang cute ni”. Hani mencebik. Banyaklah..
“ Aku rasa yang nangis tak berlagu tu engkau sebab terlalu rindu kat aku”.
“Kita rindu sama-sama nak?”. Mereka terus ketawa
“What korang rindu aku?”. Rayyan yang kebetulan lalu disitu terus berhenti dan duduk di bangku kosong di kawasan padang tu. Dia senyum segaris. Cam gatal je. Sheila dan Hani terus berpandangan. Datang dah mamat perasan ni. Mereka sama-sama mencebik.
“Alah korang ni,aku gurau je lah. Tu pun ingat serius ke?” Rayyan tersengih. “tak sangka dah habis sekolah”. Mamat ni drama lah pula. Tadi bukan main lagi drama dengan si Kaira tu. Aku tengok bukan main lagi bagi bunga segala bagai. Hani menggelengkan kepalanya.
“Ray jom main bola. Izham kata perlawanan semula dua lawan dua.”. Rizman mendekati bangku yang diduduki Rayyan. Dia terus berlalu selepas memaklumkan kepada Rayyan. Di padang Izham tengah serius pegang bola. Bola itu dituju kepada Rayyan. Rayyan senyum sinis. Dia terus berlari ke padang. Hani dan Sheila berpandangan sama sendiri.
“Apa kata kita tengok diaorang main bola dulu”. Sheila mengajak Hani dekat degan padang. Hani cuma menginkuti langkah Sheila. Rasanya tak pernah orang buat. Lepas SPM main bola. Nak buat macam mana, dah gila bola.
“Iz,kau nak fight for the second time ke? “ Rayyan dah tercegat depan Izham. Izham menggeleng.
“Yang ni for our friendship. Kau geng aku,Hazim dengan Rizman”. Mereka sama-sama senyum. Mereka bersalaman dan saling meminta maaf. Akhirnya berbaik juga budak berdua ni. Hani tersenyum senang di luar padang.
**********************
“Hani!!! Kau tak rasa takut ke? Aku takut sangat ni. Result dah keluar esok”.
“Woit kau ni, pekak telinga aku tau”. Hani berpura-pura memarahi sahabatnya.
“Sorry lah Niey,aku takut sangat ni. Semalaman aku tak bolah tidur tau”
“Sheila,kau nak takut apa,peperiksaan dah lepas pun,sekarang ni,kau berdoalah banya-banyak”.
“kau tak pe lah lah Niey,kau budak bijak,confirm result ok punyer. Aku ni cukup-cukup makan je lah”.
“Don’t be so negative lah Syie,Ish. Drop the subject. Petang ni jom datang rumah aku”. Hani cuba mengalih topik. Makin difikir,makin berdebar rasa hatinya. Tetapi,apa pun result SPMnya nanti,dia kena lah terima apa adanya.
Sheila tersenyum. Tahulah dia Hani malas berbincang soal ini lagi. “ aku okey je, pukul empat nanti,aku tercegat je depan rumah kau”
‘’Okey,aku tunggu kau. Bye syie. Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam,jumpa kau nanti”. Sheila terus meletakkan ganggang telefon. Dia melepaskan nafas.
**********************
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pelajar sudah datang. Result dah keluar. Pagi-pagi lagi Hani dah keluar rumah, pergi rumah Sheila. Nak pergi sama-sama.
“Tahniah Hani”. Sheila memeluk sahabatnya. Hani dapat semua A+.
“Thank Syie,sayang kau”. Sheila mengangguk. Dia dapat tujuh A. Pencapaian yang membanggakan juga.
Rayyan,Izham dah yang lain semua mengucapkan tahniah kepadanya. Hani rasa amt terharu.
“Congrate,Hani, aku tahu kau memang akan dapat result cemerlang punya”. Lelaki ini tersenyum. Rasanya in kali pertama Nizam menghadiahan senyuman buatnya.
Hani tersenyum. Ikhlas. “kau pun sama straight A+ juga kan. Aku sampai bila pun tak boleh lawan kau”. Mereka ketawa.
“Ok tak apa lah Hani, I have to go now. My parents tunggu. Tak sempat nak duduk lama sikit kat sekolah . bye. Assalamualaikum”. Nizam terus berlalu tanpa menoleh lagi kearah gadis itu.
Waalaikumussalam. Salam itu hanya dijawab didalam hati. Entah kenapa,pandangannya kepada ketua pengawas tu berbeza. Mungkin sebab dia tak pakai seragam sekolah kut. Dia tersenyum. Sheila disebelahnya memandang pelik kepada Hani.
“Niey,kau kenapa? tak kan Happy sangat sampai kepala kau dah senget kot”. Sheila menepuk bahu sahabatnya itu.
“Tak ada apa-apa lah syie,it just,Nizam nampa ok pula dia hari ini”. Hani ketawa. Sheila menggeleng-gelenkan kepala.
“syie aku nak cari barang sekejap. Lepas ni, kita balik ye”.
“ye lah,kau selalu macam ni. Cepat sikit. Dah naik lenguh dah kai aku ni”. Hani sengih selamba. Dia terus ke belakang dewan sekolah. Sheila memerhati aneh tingkah laku kawannya. Nak buat apa belakang sekolah?. Hatinya melempiaskan soalan.
“Iz,kau tak rasa bersalah ke?”. Rayyan bertanya. Ketika itu diaorang tegnah berbincang dekat belakang dewan. Hani menyorok di belakang dinding berdekatan dengan Rayyan dan Izham. Sebenarnya dia sudah mendengar perbualan Rayyan dan Izham. Dia orang cakap nak jumpa di sini. Mereka cakap nak bincang pasal dia. Pasal Hani!!. Jadi dia nak tahu juga apa yang budak berdua ni nak bincang.
Izham menyandarkan diri ke dinding. Dia mengeluh. “Game is a game you know?”. Dia menjawab perlahan.
“Kalaulah Hani tahu,selama ni,kita dekat dengan dia sebab nak menang pertandingan tu,macam mana lah agaknya?” Rayyan turut bersandar di dinding. Hani terkedu. Dia masih tak berganjak dari tempat itu. Masih samar-samar terhadap perbualan mereka itu
“Pertaruhan tu tak kan berakhir selagi salah seorang dari kita dapat Hani ok, just continue with our game”. Izham senyum sinis. “ ke engkau nak mengalah?” dia menambah apabila Rayyan tidak menunjukkan respon.
“Sorry sikit, ini Ray lah. Apa yang aku nak,aku akan dapat ok”. Dia senyum segaris.
Hani terus berlari dari situ. So,aku ni bahan taruhan dia oarang ke. Dia orang ingat aku ni piala ke nak main rebut-rebut. Hatinya menanam rasa benci. Dia terus mendail nombor abahnya.
“bah, boleh tak ambil Hani kat sekolah”. Senafas dia menuturkannya kepada abahnya. Dia terus berlari ke luar pagar sekolah. Perasaan marah terbuku di hatinya. Dia sempat menghantar mesej kepada Sheila.
“Mana Hani ni”. Matanya melilau-lilau mencari wajah sahabatnya. Tettt..tett.. ada mesej masuk . sheila terus mengeluarkan handphonenya.
“Syie,aku balik dulu,sorry”. Sheila mengeluh. Kenapa dengan Hani ni. Sahabatnya tak pernah begini. Walau apa-apa pun,hani tak pernah pergi tanpa berjumpanya dulu. Kalau ada hal penting pun,dia akan memaklumkan dulu. Hatinya dipagut bimbang. Matanya tertacap pada dua budak lelaki yang baru keluar dari belakang dewan.
“Iz,,Ray!!”. Sheila memanggil . Rayyan dan Izham sama-sama menoleh ke arah suara yang memanggil mereka.
“”Sheila,kenapa?”. Sheila sudah tercegat di depan mereka.
“Nampak Hani tak kat belakang tadi?”
Izham dan Rayyan seolah-oleh memikirkan sesuatu.
“Dia cakap nak cari barang kat belakang dewan tu, tapi,lepas ke sana dia terus balik,tak jumpa aku pun. Aku risau lah. Tu yang aku tanya korang nampak tak dia,aku tengok korang pun baru keluar dari sana juga kan?’’ sheila menyambung perlahan.
Izham dan Rayyan terus berpandangan. Alamak!!
*******************
8 tahun kemudian....
Arggggg...Akhirnya Malaysia,tanah tumpahnya darahku..kalau boleh kat airport ni juga nak menjerit sepuas hati. Tapi nanti orang ingat aku gila pula. Hani tersenyum lebar.
Dah lima tahun aku kat university of cambridge..and now Malaysia.. Abah dan umi melambai-lambai tangan. Hani terus memeluk uminya.
“Really miss you mummy”. Pipi umi dicium. Tanganya dihulur kepada abah. Abah tersenyum. Dia tersenyum bangga. Anak bongsunya kini bolehlah memimpin syarikatnya bersama-sama kakaknya. Lagipun dia sudah tua,rasanya sudah ingin bersara.
“jom pergi makan,Kila lapar”. Dia merengek manja.
“Kila ni, ingat makan je”. Hana menyampuk. Tadi dia pergi beli buku. Lelaki di sebelahnya tersenyum.
“Kakak!!”. Hani terus memeluk kakaknya. “Kila ingat tak datang”. Sambungnya perlahan.
“Dah-dah lah tu buat drama kat sini”. Farid menyampuk. Lelaki ini lah yang telah mengubah kakanya. Kini mereka bahagia sebagai sepasang suami Isteri. Mereka sama-sama ketawa.
Mereka sama-sama bergerak ke restoran terdekat. Masih banyak lagi belum selesai, wait for me kasanova and playboy.. hatinya berdetik. Senyum di bibirnya terloret.
********************
“Ray,jom aku belanja lunch. Bukan selalu pun”. Dia tersenyum. Sehabis mesyuarat tadi,dah masa untuk lunch,so apa salahnya lunch sama-sama kan..Rayyan sengih bersalah. Memang sejak habis SPM,hubungan mereka menjadi lebih akrab. Lagipun,mereka rakan kongsi di syarikat ni.
“La,kau dengan siapa pula lunch ni?”. Izham yang sudah mahu melangkah berhenti semula. Kaca mata hitam,ditanggalkan,menonjolkan lagi karisma dalam dirinya.
“Jenny”. Dia menjawab sepatah. Izham baru je nak buka mulut. Dah dipintsnya.
“Eh..Eh,sorry sikit.aku tahu kau nak fitnah aku. Yang ni,aku tak ajak ok,dia yang ajak,so dah rezeki,tak baik tolak”. Dia sengih selamba.
Izham mengeleng-gelengkan kepala. “kau ni,Tasya kau nak campak mana? Kalau bagi aku tak apa juga. Ini nak bolot semua”. Izham senyum segaris. Sudah masak dengan perangai sahabatnya.
“Alah,lelaki boleh kahwin empat lah. Dah lah,aku rasa Jenny dah tunggu tu”. Rayyan ketawa . Izham mengeleng-gelengkan kepalanya. Sanggup kau ye Ray. Kawan kau sendiri kau tinggal. Tengok nanti Ray. Aku balas dendam. Hatinya ketawa. Telefonnya ditekan-tekan,mendail nombor seseorang...
“Hai, Mel,you free tak,teman I lunch”. Izham tersenyum sendiri apabila ajakannya tidak ditolak.
******************
“Hani! Lama tak jumpa macam mana kau sekarang. Makin berseri-serilah aku tengok. Engkau dekat overseas tu, lupakan aku. Sedih tau tak”. Mereka berpelukan.
“Kau ni Sheila . Emo lah. Aku call engkau tiap-tiap bulan tau. Lari budget aku kat sana tau. Aku tengok engkau ni yang berseri semacam. Maklumlah seminggu lagi nak kahwin. Nasib baik aku sempat balik”. Sheila tersenyum manis. Dia dan Hazim dah lama merancang. Akhirnya tertunai juga hajat mereka. Tangan Sheila ditarik duduk. Makanan dan minuman dipesan. Mereka berbual-bual kosong beberapa minit,melepaskan rindu masing-masing. Berkongsi pelbagai cerita.
“Syie,budak berdua tu,ada tanya pasal aku tak?”. Sheila mengangguk memahami pertanyaan sahabatnya itu.
“Kau masih fikir pasal dulu ke. Kadang-kdang aku kasihan dekat diorang tau. Tak habis-habis minta maaf.”
“Kau ada cakap apa-apa ke?’’.
“Tak kan aku nak mungkir janji kut. Aku dah zip mulut aku rapat-rapat”. Sheila ketawa
Hani senyum segaris. “Engkau still contact diaorang kan?”
Sheila mengangkat keningnya sebelah.
“Aku nak kau call diaorang,cakap aku dah balik and nak jumpa diaorang”. Hani senyum penuh mkna.
“Engkau nak buat apa? Tak baik dendam tau Niey”. Sempat lagi dia menasihatkan sahabatnya.
“Tak ada lah. Dah lama aku maafkan diaorang tu. Hidup dengan dendam dan benci buatkan aku tak tenang syie,jadi aku decide nak lupakan dan mulakan hidup baru.”. Hani tersenyum
“lega aku dengar. Kau nak aku call sekarang ke,Niey?”. Sheila sudah mengeluarkn telefon bimbitnya. Nombor rayyan mahu didailnya. Pantas dihalang gadis dihadapanya.
“Aku nak kau buat macam ni.....” hani membisikan rencananya ditelingan Sheila. Senyuman tersungging dibibirnya. Wajah sheila berkerut-kerut memandang wajah Hani yang tersenyum manis. Biar betul kawan aku ni.
***************
“ok,nanti aku datang”. Talian dimatikan. Kerutan diganti dengan senyuman. Hani. Kakinya diangkat melangkah ke pejabat naib pengerusi. Hatinya merasa kesenangan yang amat selepas menerima panggilan daripada Sheila itu.
Pintu diketuk. Terus tangannya berhenti dari menaip proposal di komputer.
“Masuklah”. Terjenggul muka izham depan pintu. Rayyan menghadiahkan senyuman kepada sahabatnya itu.
“Apa kau nak? Aku tengah sibuk ni”. Tangannya meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi. Sebentar tadi dia menerima panggilan dari Sheila,sebab itu lah tidak sempat menyiapkan proposal yang diminta papanya esok. Rayyan mengeluh. Kalaulah dia tidak menyiapkan proposal ni,pasti papanya melucutkan jawatannya sekarang. Papa tu kejam sikit.
“Nonthing. Just wonder what are you doing now”. Dia sengih selamba.
“Kau ni,sibuk je lah,pergi keluar! Pergi keluar”. Matanya masih tidak lepas dari skrin komputer.
‘‘Alah Ray,aku nak tanya,pasal game kita dulu. Still on kan?”. Rayyan terdiam seketika.
“game mana ni?”. Malas dia memikirkannya.
“pasal Hani lah’’. Matanya dilarikan keluar tingkat. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Wajahnya bertuar serius.
“Dengar kata,dia dah balik”. Sambungnya perlahan. Rayyanyan mengeluh
“Tak kan kau..”belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya Izham sudah memintas.
“kau jangan salah faham,aku tanya sebab,i think dalam perjanjian kita tu you say,no time limits,right”. Dia senyum sinis
“lagipun, kalau aku dapat Hani ,aku tak kan cari lain dah”.
“Iz,kau tak ingat ke pasal ni juga,Hani langsung tak contact kita. Sekarang ni dia masih nak jumpa kau ke tidak”. Izham senyum segaris.
“i think,i cat get her. And you,please don’t disturb me. You have Tasya right?”. Izham mahu berlalu dari situ.
“Iz,kalau aku cakap i’m still like her. Lagi pun,kau dah banyak menipu perempuan Iz,takkan aku nak biar Hani pun kau tipu?”.. rayyan menduga.
“I know you lie. Kau tak layak nasihatkan aku. Kau pun sama. Kau dah lah permainkan Tasya tu, dia tunggu kau dah lama. Aku tahu kau pun suka dia. “. Izham terus memulas tombol pintu.
Rayyan memutarkan pen yang diambilnya atas meja tadi. Dia masih memirkkan panggilan dari Sheila dan kata-kata Izham tadi. perlukah dia menemui Hani. Tapi buat apa. Tasya. Sepintas wajah gadis itu terlayar di minda. Gadis tu memang baik. Tapi... sekali lagi dia mengeluh.
*******************
Izham membetulkan rambutnya. Dia tersenyum sendiri. Nampak hemsem. Alah aku hari-hari memang dah hensem lah. Dia memuji dirinya sendiri. Hadiah yang siap dibalut itu dibawa keluar. Ini dia. Tempat yang dijanjikan. Dia pasti, restoran ini lah tempat yang sheila katakan tu. Sekali lagi dia tersenyum sendiri. Rasanya cuaca sanagt baik pagi ini.
Hani tenang ditempatnya. Di depannya kini. Rayyan yang kelihatan gelisah. Gadis itu senyum sinis. Blaus biru lengan panjang dikenakan dengan selendang biru lembut memaniskan lagi wajahnya.
“Ray,are you ok? You nampak tak sihat”. Suaranya dibuat-buat memberi perhatian.
“Hani,I’m sorry. I tahu you kecewa. Tapi i dengan Iz masa tu,remaja,kami buat ikut rasa hati. I, bagi pihak dia we appologise.”. Matanya sayu memandang tepat ke wajah Hani. Senyuman dihadiahkan.
“Rayyan, you masih tak berubah. I tahu you try tackel i kan? I tahu macam mana senyuman ikhlas you,Ray. You buat i rasa kelakar”. Wajahnya serius. Kemudian dia ketawa pula.
Rayyan memandang gadis dihadapannya. Dia rasa tengah berhadapan dengan orang yang berbeza dari lapan tahun dulu. It seem like she not hani. That pure girl is gone. Penampilannya nampak lebih matang dan menawan,tetapi wajah lembutnya masih sama.
“Relaks Ray, i berlakon je lah”. Hani masih ketawa.
“Ray apa kau buat kat sini?”. Rayyan jelas terkejut dengan kehadiran Izham yang tiba-tiba.
“Izham,you dah sampai. Have a seat”. Hani berlagak macam biasa. Suasana sepi sebentar.
Izham memandang tajam wajah Rayyan. Macam mana dia boleh ada dekat sini. Hatinya melontarkan pertanyaan. Hatinya merasai api cemburu bila melihat Hani yang ketawa mesra bersama rayyan tadi.
“Hai Hani. This is for you”. Dia menyerahkan bungusan itu kepada Hani.
“owhh,thanks Iz”. I belanja korang hari ni ye. Belum sempat mereka menjawab, hani sudah memanggil pelayan.
“Waiter!”. Hani memesan beberapa makanan untuk mereka.
“Sorry guys, i nak pergi ladies kejap”. Handbagnya dibawa bersama. Kakinya laju meninggalkan meja mereka. Tangannya menaip sesuatu di skrin telefonnya. Dia tersenyum.
“Ray,whats your plan actually. Kenapa kau jumpa Hani?”. Izham terus melontarkan persoalan yang bermain dihatinya sejak tadi.
“Iz,kau jangan salah faham, aku tak ada niat apa-apa dengan Hani. Walaupun,aku ni idaman setiap wanita, tapi tak adalah sampai,aku nak mainkan Hani tu. Aku anggap dia macam adik aku sendiri ok”. Rayyan menjelaskan dengan panjang lebar. Sempat lagi dia membuat lawak.
“Iz,aku nak nasihatkan kau,walaupun kau cakap aku tak layak,tapi kau kawan aku kan. Aku tak nak kau tipu diri sendiri. Aku tahu kau bukan cintakan dia. Mungkin kau suka dia. Tapi bukan cintakan?. I think you should stop it now. Don’t be so egois lah Iz,aku tahu aku nak dapatan Hani sebab nak kalahkan aku kan? Iz, dah lah tu, stop it”. Izham terkedu. Dia rasa tercabar. Belum sempat dia membalas kata-kata Rayyan itu, Hani sudah sampai.
Hani tampal senyum Ikhlas pada mereka dihadapannya.
“You all mesti tertanya-tanya kenapa i nak jumpa you berdua kan?”. Kening Rayyan terangkat, manakala Izham senyum segaris.
“i just nak betulkan semua yang tak betul supaya menjadi betul diantara kita”. Hani ketawa bila melihat reaksi lelaki-lelaki di hadapannya ini.
“Mesti orang kat restoran ni,fikir I playgirl kan? Keluar dengan dua lelaki sekaligus”. Gadis ini masih ketawa. Izham memandang Rayyan aneh. Lelaki itu cuma mengangkat bahu.
“ok. I will straight to the point of this meeting”. Wajahnya berubah serius.
“Thats better”. Izham menganggukkan kepalanya. Rayyan tetap menjadi pendengar setia.
“Macam mana kalau i cakap I nak kahwin dengan salah seorang daripada you all”. Hani senyum. Tapi senyumannya tidas ikhlas.
“Hani, are you serious?”. Izham sudah mula menumpukan sepenuh perhatiannya kepada gadis dihadapannya ini. Jadi siapa pilihannya?
Hani ketawa. Ketawanya dibuat-buat. Rayyan sudah rasa ada yang tak kena.
“of course i’m joking”. Gadis itu masih ketawa.
Izham sudah mula berang. Rayyan masih tenang.
“ you tak patut bergurau perkara macam ni,Hani”. Izham cuba meredakan perasaanya.
“apa perasaan you Iz, bila i cakap macam tu?”. Hani meneguk jus dihadapannya
“i rasa tertipu. Marah pun ada juga. You tak macam dulu hani”. Izham berterus terang dengan apa yang dirasakannya.
‘’What about you Ray”. Dia bertanya lembut.
Rayyan mengangkat kening. Dahinya berkerut. “ Apa yang you nak ni Hani?”
Hani senyum nipis.
“Korang tak pernah fikir ke, perasaan perempuan-perempuan yang korang permainkan tu? Rasa tertipu, marah or what ever. You all rasa keseronokan mempermainkan orang lain kan?”. Hani melepaskan nafasnya. Wajahnya menampakkan ketenangan di hatinya.
“please change for good. I rasa dah tiba masanya untuk korang berubah. Jangan gunaan kelebihan yang ada pada korang untuk bermain-main. Be mature”. Hani memandang wajah-wajah dihadapannya ini.
“I rasa i faham apa yang you cuba sampaikan Hani, and i think you right. Time to change maybe”. Raya senyum segaris. Dia rasa hani betul sudah tiba masanya untuk berubah. Hatinya sudah tetap. Dalam fikirannya hanya wajah gadis itu yang ada. Jadi kenapa tidak dia menyuarakan saja rasa hatinya kepada gadis manis yang baik hati itu. Tasya. Dia tersenyum.
“Hani, i sukakanya you. I rasa kalau you ada di sisi i,mungin lebih senang untuk berubah”. Wajahnya menunjukkan kesungguhan. Hani menghadiahkan senyuman. Kali in benar-benar ikhlas dari hatinya
“Iz,i rasa perasaan you tu,bukan lahir dari hati you. Mungkin perasaan bersalah pada apa yang you buat kat i dulu. You carilah seseorang yang you betul-betul cinta. Jangan tipu diri sendiri”. Izham terdiam. Fikirannya mengakui kata-kata gadis itu.
“I’m sorry Hani”. Izham menundukan wajahnya. “ I akan cuba berubah”. Dia tersenyum.
“Assalamualaikum”. Lelaki itu memberi salam. Lalu dia menghulrkan tangan untu bersalaman dengan dua jejaka dihadapannya ini. Mereka terus menyambutnya. Mulut masing-masing masih terkunci.
Dia menghadiahkan senyuman kepada Hani. Gadis itu membalas seadanya. Lelaki itu terus mengambil tempat di sebuah kerusi kosong bersebelahan Hani. Rayyan dan Izham berpandangan sesama sendiri. Aneh. Kenapa lelaki yang tidak dikenali ini tiba-tiba sahaja menyertai mereka?
“Guys. Actually i ada pengumuman nak buat. Ini juga salah satu sebab i nak jumpa orang. Dan nanti Sheila dengan Hzaim pun akan datang sini tau.”. hani senyum segaris. Dia dan lelaki itu saling berpandangan.
“i dengan Nizam akan kahwin next week”. Wajahnya jelas keriangan bila mengumuman hal itu.
“By the way. Korang tak kenal aku ke”. Nizam sudah tersengih-sengih disitu. Izham dan Rayyan terdiam memikiran sesuatu.
“Nizam, owh i remember you. Ketua pengawas right. Tak sangka kau boleh berubah sampai jadi macam ni”. Izham mula mengecam lelaki dihadapannya ini. Tak sangka ketua pengawas yang dulu skema dan tak reti bergaya,sekarang ni,nampak begitu berkarisma. Dan tak sangka aku kalah pada dia juga. Rayyan juga sudah terangguk-angguk. Mula mengecami wajah lelaki tersebut.
Nizam cuma tersenyum. “Masa di Uk dulu,kami satu university. Aku tackle dia punya lah susah. Tapi akhirnya sangkut juga”. Nizam tersenyum mengingati saat-saat itu.
Izham mengangguk. Dia juga tersenyum. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,begitu juga sebaliknya. Baru terasa betapa dia tidak layak berdamping dengan Hani. Rasa sudah sampai masa untuk berubah. Semoga dia juga menemui gadis yang dapat dicintai dan mencintainya sepenuh hati. Dia tersenyum melihat pasangan bahagia didepannya ini. Mereka nampak sungguh serasi.
#########################
TAMAT DAH LAH
p/s: suatu hari nanti aq nak tulis sal playgirl plak..:)
6 comments:
asal pnjang cgt..?hahaha
n0p wat gnew..idea dtg tibe-II ><
Dah agk dah mesti Hani dgn Nizam. Suka citer ni, tp pjg sgt. Nice story... :)
nice
Bst
Not bad ..