This Is My Story... The Life Pattern Of Gadis Mystery: February 2012

Surah Al-Fatihah..

Assalam..
sebagai manusia yang juga tidak sempurna
aku juga sering melakukan kesilapan..
siapa yang tak pernah buat salah kan?
huhu..

K lah.. pernah tak kita hayati makna surah Al-fatihah
dalam solat?
Jawab lah sendiri..
apa salahnya kita mghayti makna surah al-fatihah kan?
surah yang wajib di baca dalam solat..
kat sini aq ase cam nak bagi makna surah ni lah.. :)




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

CERPEN: 3 lamaran



                           
“Hoi bibik!”. Mia adelia mengangkat wajah. Hai mamat ni. Muka aku yang cun melecun ni nampak macam orang Indonesia ke? Suka sangat mengacau aku. Tak boleh ke bagi kehidupan aku ni tenang sikit? Dia tampal sengih diwajahnya. Kalau tidak kerana pak longnya. Tidak mungkin dia disini. Dan tidak perlulah dia berpura-pura baik dengan semua orang dalam keluarga ni. Lagipun di rumah ini,dia rasa terkurung. Boring.. empat orang je tinggal sini, tiga pembantu rumah,termasuk aku.. dan.. anak kepada pemilik rumah ini. Mak cik Esah masak, aku kemas rumah. Dan kak Nani datang sebelah petang sebab kerja dia laundry je.
Zafran senyum sinis. Suka betul hatinya dapat mengenakan gadis ini. Mia Adelia tidak pernah melawan kehendaknya. Dengan orang gaji lain dirumah ini,dia tidak pernah sekejam ini. Tetapi bila berhadapan dengan gadis ini. Kehidupan sunyinya bagai diserikan semula. Dan cara untuk menyerikan lagi hari-harinya adalah dengan melihat wajah gadis lurus ini yang menurut segala kata-katanya.
“Tuan nak apa?”. Dengan selemah dan selembutnya dia bertanya. Peraturan yang ditetapkan oleh lelaki ini. Ingat lagi ketika hari pertama terserempak dengan lelaki ini. Dengan rambut kusut masainya, jambang tidak dicukur. Langsung tidak kemas dan memang aku tak sangka dia tuan muda kat rumah ni. Ingat ke pemandu peribadi datuk. Aku suruh dia cuci kereta. Boleh je dia gelak,lepas tu blah macam tu je. Nasib baik aku tak ‘sound’ dia, nanti tak pasal-pasal kena buang kerja . Mak cik Esah yang beritahu aku masa tu.
Esoknya, memang aku kena dengan dia. Banyak betul peraturan yang mamat ni bagi. Aku panggil dia ‘awak’ pun, kena potong gaji. Apa jenis peraturan la..tapi aku masa tu terkejut juga lah. Sebab masa dia bagi tugasan kat aku. Semua jambang-jambang dah cukur. Rambut pun dah potong sikit bagi kemas. Terpegunlah juga aku seminit dua. Hensem juga rupa-rupanya dia ni. Aku tersenyum sendiri.
“Hoi! Mengelamun ea?”. Lelaki itu menggeleng-geleng. Kau dengan tak aku cakap tadi bibik oi?”.
‘’Hah?”. Mia adelia tersentak. Dia kurang jelas dengan arahan lelaki itu tadi. Lagipun, perasaannya juga tercuit dengan rasa pelik. Kenapa lelaki ini memanggilnya bibik? Nak kata muka aku macam muka orang Indonesia,aku cakap melayu apa. Dengan Mak cik Esah tu,elok je dipanggil mak cik. Tapi, kalau dia tak panggil aku bibik,tak kan nak panggil aku mak cik kut. Lantaklah.
“Engkau ni, bila-bila, kalau aku tengah cakap,bagi perhatian,jangan  mnegelamun je. Aku nak kau masak empat jenis lauk hari ni. Masakan kampung tau.. aku tak nak western.”
‘’Tuan,kalau tuan lupa saya nak cakap sikit. Kerja masak memasak  ni bukan kerja saya. Kerja saya mengemas je. Nanti saya suruh Mak cik Esah masak ye”. Sehabis mungkin dia cuba berlembut dengan lelaki ini.
“Aku bagi dia cuti hari ni, so kau jelah yang masak. Cepatlah aku dah lapar ni. Pukul 1 nanti aku nak makan.” Dia terus beredar dari situ dengan senyuman yang ditahan-tahan. Kali pertama dia berasa sangat gembira. Ibunya dah lama meninggal. Manakala, papanya pula selalu sibuk ulang alik ke luar negara atas urusan kerja. Jarang-jarang sekali papanya menjenguknya disini.
Mia adelia masih membatu disitu. Jari-jarinya dinaikan satu persatu sehingga dia berhenti di jari keempat. Dia terkedu. Banyaknya .Aku nak masak apa? Dia tak cakap pun nak suruh masak apa. Dia mengeluh. Apasal pula Mak cik Esah cuti hari ni? Kak Nani petang nanti baru sampai, macam mana ni?
                                                    ************
“Hai adel, kenapa call I ni? Ada masalah dekat sana ke?”. Suara di sebelah corong telefon kedengaran bimbang. Mia Adelia mengeluh.
“Tak ada apa-apa lah mir. Cuma ada masalah sikit je.”
“Apa?”. Suara lelaki ini masih kedengaran risau.
“Anak Dato’ Rashid ni, nak makan masakan kampung. You pun tahu kan, I tak pandai masak”. Amir sudah terletus tawanya.
“You nak I buat apa?”. Senada dia bertanya. Senyuman lucu masih tersungging dibibirnya.
Mia adelia tersenyum segaris. Dia tahu lelaki ini tidak akan mengecewakannya. “ You suruh Laila masak masakan kampung lepas tu, you hantar dekat kedai mamak depan Taman Seri Wijaya ni. You tahu dekat mana tempat ni kan?”
Amir senyum nipis. Pembantu rumahnya,laila memang pandai masak masakan kampung. Permintaan Mia adelia itu sangat mudah untuknya. Dia akan tetap membantu gadis itu sehingga semuanya selesai.
“Easy sayang”.
“Mir,kan I dah cakap,I tak suka you panggil I macam tu”. Mukanya bertukar kelat.
“Adel. So sorry ok. Walaupun I tak salah. You bakal isteri I juga kan?”. Selepas mengungkapkan itu. Talian terus diputuskan. Mia Adelia mengeluh. Amir..
                                                     *************
“ Wow, tak sangka kau pandai masak masakan kampung”. Dia terkedu. Ini kali pertama Zafran Irham  memuji dirinya, walaupun bukan dia yang berjasa.
‘’Erm, biasalah tuan, saya orang kampung,dah biasa dengan masakan macam ni”. Sekali lagi dia menipu. Zafran terangguk-angguk. Dia makan dengan berselera sekali.
“Tuan, boleh saya tanya sikit?”. Lelaki itu mengengkat muka. “Huh?”. Keningnya diangkat sedikit.
“Tuan tak kerja ke?”. Dengan berhati-hati dia bertanya. Takut menyinggung perasaan lelaki ini.
“Kenapa? Kau rasa semak ke tengok muka aku kat rumah hari-hari?”. Lelaki itu kembali meneruskan suapan.
“Tak adalah tuan,saya cuma pelik sikit. Kenapa tuan tak kerja?”. Dia masih meneruskan pertanyaan. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Zafran  tersenyum sinis.
“Kau pandang rendah atas kebolehan aku ke? For your information, aku sekarang ni dalam cuti sebulan. Malas pergi kerja. Aku dah letih pening-pening dengan masalah syarikat. So, aku berehat lah sebulan. Syarikat tu, milik papa aku juga kan? Sukahati aku lah nak buat apa-apa pun. Tak ada sesiapa yang nak marah.”
“Tuan memang tak bertanggungjawab”. Spontan komen itui tetluncur laju dari bibirnya. Terus dia menekup mulut gatalnya itu.
“Apa? Aku macam dengar sesuatu tadi”. Dia berpura-pura tidak mendengar, walaupun jelas di perdengaran lubang telinga lagi perkataan tu disebut orang gajinya. Jauh di sudut hatinya mengakui kebenaran kata-kata Mia Adelia. Sebenarnya bukan dia yang mahu bercuti. Papanya yang arahkan. Sebab kata Dato’ Rashid anak tunggalnya ini tidak henti-henti berkerja dari pagi hingga ke malam.
“Esok aku dah nak mula kerja balik”. Perlahan dia menyambung tapi masih jelas di pendengaran orang-orang normal macam Mia Adelia. “Baguslah tu”. Dia mengambil pinggan-pinggan kosong terus dibawa ke singki dapur untuk dibasuh.
“Woi bibik,esok siapkan baju aku tau”. Dia menjerit kepada Mia Adelia yang sedang membasuh di dapur. Mia Adelia menjenguk ke ruang makan.
“Ada apa tuan?”
“Ish kau ni,pekak badak la. Esok siapkan baju aku okey?”. Dengusan dihamburkan.
Mia Adelia terdiam. “Tuan,boleh tanya sikit tak”.
“Tanya je lah. “. Dia meneguk minuman dihadapannya ini.
“Kenapa panggil saya bibik ea?”. Zafran memandangnya. Riak wajahnnya selamba.
“Habis tu,kau nak aku panggil apa?”. Tanpa nada dia bertanya.
“Panggil mia je lah. Tak suka lah tuan panggil macam tu, saya anak jati Malaysia tau”. Dia senyum tipis. Lelaki itu tidak memberi respon. Dia terus berlalu ke tingkat atas. Mia Adelia  melihat aneh. Kenapa pula ni. Aku buat salah ke. Mood dia ni bukan boleh kawal. Asyik berubah-ubah je. Dia menggeleng-geleng kepalanya.
                                               ************
“Mia!”. Keras dia memanggil nama gadis ini. Mia Adelia terus tersentak. Tudung dicapainya lalu dipakainya tanpa melihat cermin terlebih dahulu. Senget. Tidak sempat dibetulnya. “Ya tuan”. Malas-malas dia menjawab. Ada je nak buat hidup aku ni tak tenang. Lelaki itu memandangnya atas dan bawah sesampai saja dia disitu. Dengan senyum yang tertahan-tahan dia memarahi gadis ini.
“Eh kau ni, lembab lah. Boleh tak kalau aku panggil cepat-cepat datang”. Mia Adelia menunduk. Hatinya membentak. Geram betul dengan sikap Zafran ini. Tak gentleman lansung. Walaupun dia dilayan kasar,tetapi hatinya tetap gembira bila bersama majikannya ini. Tak semena-mena dia tercuit rasa bersalah.
“Yang engkau ni mengelamun apahal?”. Zafran terus menegur walaupun tadi dia mengambil kesempatan menatap wajah gadis dihadapannya. Tidak mahu terlalai.tengok sekali tidak mengapa. tengok dua kali dah dosa. Nasihat bapannya sering diingatinya. Mia Adelia terus tersentak.
“Sorry,Tuan nak apa?”. Dia bertanya perlahan.
Lelaki ini mendengus. “Baju aku mana”.
“Owh ada di bilik bacaan tuan”. Jarinya ditunjuk ke tingkat atas. Mata lelaki itu mencerlung kearahnya.
“Yang kau letak dekat sana tu,apa kes? Kau tak fikir ke, kenapa pula aku nak pergi sana pagi-pagi ni? Bila-bila letak lah dekat bilik aku. Susah lah hidup aku kalau ada isteri macam kau ni. Nasib baik kau bukan isteri aku”. Dia mahu berlalu ke tingkat atas. Mia Adelia terdiam seketika. Isteri?
“Erm tuan, sebab saya fikir lah saya tak letak baju tu di bilik tuan. Sebagai seorang wanita Islam, saya perlu jaga maruah saya. Kalau kita berdua je,yang ketiga tu syaitan. Sebab itu saya elakkan”. Mia Adelia terus berlalu kebiliknya. Takut dimarahi majikannya itu.
Muka Zafran naik merah. Malu dengan kekhilafan kata-katanya tadi. Memang betul kata-kata Mia Adelia tadi. Dia tersenyum sendiri. Gadis itu pandai menjaga maruah.
                                          ******************
Sudah genap dua bulan dia bekerja dibanglo mewah Dato’ Rashid ni. Banyak perkara yang diketahui mengenai keluarga ini. Memandangkan hubungannya dengan Zafran semakin baik. Banyak juga masalah syarikat yang dikongsi bersama. Walaupun kadang-kadang lelaki itu ada menyatakan keanehannya mengenai sikap Mia Adelia yang nampak berminat dengan urusan syarikat Megah holding dan selalu bertanyakan tentang syarikat ,dia tidak pernah meragukan gadis ini.
“Tuan,saya nak ambil cuti hujung minggu ni, memandangkan ayah tuan,Dato’ Rashid pulang cuti ini,saya nak minta cuti. Boleh tak?”. Dia menyatakan hasratnya pada petang itu ketika mereka sedang berehat di taman. Mak cik Esah dan kak nani  sedang berbual-bual di kawasan itu.
“Kenapa nak cuti?”lelaki itu masih leka mebelek majalah ditangannya. Entah apa yang dibacanya. Mia adelia terdiam seketika . Alasan apa yang mahu dibaginya.
“Macam ni Tuan,saya nak balik kampung, nak jumpa pak cik saya dekat sana. Kalau boleh petang ni saya nak packing”. Hanya alasaan itu yang terlintas di otaknya. Zafran cuma mengangguk. Biarlah. Sudah dua bulan dia disini,tak pernah minta cuti. Kali ni je kot. Lagipun, Mia Adelia cuma pembantu rumah sementara je. Fikirnya. Kontraknya hanya 6 bulan.
Mia Adelia sudah bersorak keriangan. Dia mahu berlalu kebiliknya untuk mengemas barang. “Kejap. Aku nak ingatkan kau. Aku rasa kau tak payah lah panggil aku tuan lagi. Naik berbulu telinga aku ni dengar lama-lama tau”. Mia Adelia buat muka.
“Bukan ke tuan yang suruh saya panggil macam tu. Saya ni orang miskin, saya tak nak dipotong gaji tuan”.
“Ish kau ni,tak faham bahasa betul lah. Kalau aku cakap macam tu,maknanya macam tu lah. Dah-dah sakit telinga aku tau”. Mia Adelia mengangguk. “Habis tu nak panggil apa”. Zafran senyum tipis.
“Kau boleh panggil aku zafran je. Dah tak payah menjawab. Pergi kemas barang kau tu. Aku pun akan panggi kau Mia je”. Zafran terfikirkan papanya pasti papanya marah kalau dia tidak bersopan dengan wanita. Dia mendengus. Dia mula meneliti majalah yang berada ditangannya. Mia Adelia cuma menuruti perintah lelaki itu. Namun hatinya tetap merasa gembira. Serta merta dia tersedar. Harapan yang baru tadi baru berputik. Dibuang jauh-jauh.
                                              ********************
Hari ni papanya pulang. Tetapi hatinya merasa sunyi. Sunyi tanpa kehadiran gadis itu. Dia tidak pernah bercinta. Jadi dia tidak tahu bagaimana mahu melayan perempuan. Kawan-kawannya semua pernah berkata dia anti perempuan kerana tidak pernah keluar bersama  bukan muhrim. Sebenarnya bukan begitu, dia tidak pernah sukakan mana-mana gadis. Mia Adelia merupakan wanita pertama dihatinya selepas ibunya.
“Zafran Irham! papa nak kamu teman papa pergi beli barang dapur. Kesian Mak cik Esah kamu tu. Dia demam. Dah lama kita tak keluar berdua. Marilah zaf ye?”. Wajah Dato’Rashid yang penuh mengharap tidak mampu dia tolak.
                                                             **********
“Mir, kenapa datang sini? Papa you nak tunggu kat mana. T-shirt labuh berwarna merah jambu dipakai dengan seluar slack hitam dipadankan pula dengan selendang putih bercorak bunga-bunga putih kecil menampakkan lagi keayuaannya. Dibibirnya dicalit gincu. Tidak terlalu terang.
“Cafe house? Kenapa nak jumpa kat sini?”. Amir tersenyum segaris. Gadis disebelahnya selalu membuat rasa hatinya berdegup pantas. Tetapi Mia Adelia hanya menganggapnya sebagai seorang sepupu dan kawan yang baik. Dia tidak mungkin menyerah. Papanya juga telah menrestui mereka berdua. Sekarang hanya menunggu persetujuan Mia Adelia sahaja.
“Jom”. Mia Adelia diajak ke tempat duduk yang terasing dari orang ramai. Dia berbual mesra bersama sepupunya ini. Hubungan mereka memang rapat. Perbualan mereka terganggu apabila Dato’ Rosdi menyapa. Terus Mia Adelia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bapa saudaranya itu. Amir memeluk papanya. Maklumlah seminggu lepas papanya berlepas ke Cairo atas urusan kerja. Mereka memesan beberapa makanan sebelum membincangkan persoalan yang lebih serius.
‘’Mia,macam mana perkembangan? Ada apa-apa maklumat?”. Dato’ Rosdi mula mebuka mulut kearah tujuan perbincangan mereka pagi ini. Amir mendengar penuh minat. Mia Adelia mengeluh.
“Uncle,apa yang kita buat ni tak salah ke. Mia rasa bersalah”. Wajahnya menampakkan riak bersalah. Amir terdiam disitu. Fikirnya pasti ada sesuatu yang membuat Mia Adelia berubah fikiran.
“Adel,apa yang kita buat ni tak salah. Uncle nak tolong adel dapat hak adel semula. Syarikat tu, milik papa adel, bukan Dato’ Rashid. Papa adel dah bersusah payah untuk bangunkan syarikat tu. 20 tahun dulu,masa tu,uncle perlu ke overseas atas urusan pejabat. Uncle ingat masa tu,nak gabungkan syarikat papa adel dan syarikat uncle,tapi bila uncle balik, papa adel sudah meninggal dunia, mama adel pula ada hubungan sulit degan Dato’Rashid. Semua harta syarikat jatuh ketangan lelaki tu. Nasib baik ketika tu, Adel dalam jagaan nenek. Jadi uncle putuskan untuk hantar Adel ke London, kawan uncle,aunty Emilia tak ada anak, jadi uncle minta dia jaga Adel. Walaupun mama Adel ada merayu uncle untuk jupa dengan Adel, uncle tak pernah kasi. Akhirnya dia juga meninggal dunia kerana terlalu sedih. Uncle bersimpati atas kematiannya,tapi bila memikirkan apa yang dia dah buat pada papa Adel, uncle jadi benci padanya”. Panjang lebar dato’ Rashid  memujuk mia adelia.
Mia Adelia terdiam. Dia mengakui kebenaran kata-kata unclenya. Dia teringat mummynya,aunty Emilia. Waniata itu sangat penyayang. Saat dia kehilangan kasih sayang ibu,wanita yang dianggap seperti ibunya sendiri itulah yang mencurahkan kasih sayang kepada dirinya. Mungkin betul kata unclenya. Haknya perlu dituntut kembali. Walaupun dengan cara kasar. Dia tersenyum. Kopi yang dihantar pelayan tadi dihirup perlahan. Mereka terus berbincang tanpa menyedari ada mata yang memerhati
 Zafran menegerutkan dahi. Mengapa mia adelia berada disini? Kenapa dia bersama musuh syarikat papanya. Cara permakaiannya juga berbeza. Nampak lebih berstail. Ketika masuk tadi dia terlihat kelibat mia adelia bersama Dato’ Rosdi dan Amir. Mulanya dia ragu-ragu. Takut tersalah orang,tapi bila diamati lebih lama, dia pasti itu mia adelia!
“Zaf,jom papa dah beli kek yang Mak Cik Esah suka tu. Kesian dia demam, kita kena lah buat dia gembira sikit”. Zafran tersentak. Dato’ Rashid menunjukkan plastik ditangannya. Dia terus bangun dari kerusi yang didudukinya tadi untuk menyaingi langkah papanya ynag sudah menapak ke pintu keluar.
                                                        **************
Petang itu,Mia Adelia kembali ke  rumah mewah Dato’ Rashid. Sampai-sampai je depan pintu, wajah Zafran Irham yang serius itu tegak depan pintu. Dia melemparkan senyuman manis kepada majikannya itu.
“Boleh tak Zaf tepi sikit, mia nak angkat barang ni, beratlah”. Dia menunjukkan beg yang dibimbitnya. Zafran masih tegak disitu. Adakah gadis semanis dan sesopan ini berniat buruk pada keluargannya? Itulah persoalan yang bermain dibenaknya sejak terserempak dengan mia adelia pagi tadi.
Mia adelia mengeluh. Dia terus mengangkat begnya, mahu ke pintu belakang. Zafran terus tersedar.
“Mia!”. Mia adelia berpaling semula. Zafran mendekatinya dan terus merampas beg yang dibimbitnya dan dibawa masuk ke dalam tanpa sepatah bicara. Mia Adelia tersenyum. Dia mengikuti langkah zafran.
“La,nia siapa pula”. Dato’ Rashid menegur. Mia Adelia menampal senyum plastik. Lesung pipit di kedua-dua pipinya untuk menmpakkan kemanisan wajahnya, walaupun senyuman yang dihadiahkan dipaksa. Hatinya pasti bahawa lelaki ini ialah Dato’ Rashid, lelaki yang mempunyai hubungan sulit bersama ibunya. Walaupun, hatinya tersa lumat apanila mengingati hakikat ibunya menikam papanya dari belakang demi lelaki ini, tetapi hatinya terasa tenang apabila bersua muka dengan lelaki ini.
“Pa, ini mia,pembantu rumah sementara. Zaf lupa papa belum jumpa dia”. Dato’ Rashid mengamati wajah gadis dihadapannya ini. Sangat mirip. Hatinya berdetik. Wajah gadis ini sangat mirip dengan wajah wanita yang sangat disayanginya hingga kini. Dato’ Rashid terus membuang jauh kesedihan yang baru mahu bertamu dijiwanya. Dato’ Rashid meleparkan senyuman kepada Mia Adelia. Gadis itu membalas seadanya.
                                                          ************
Zafran tidak lena tidur. Kejap ke kiri,kejap ke kanan. Hatinya resah. Wajah gadis itu selalu menjengah mimpi. Dia meraup mukanya. Terus dia ke tandas, mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Selepas  bersolat dia berdoa agar, keluargannya tidak ditimpa musibah sepintas lalu wajah gadis itu menganggu kembali. Hatinya sudah tetap. Dia pasti,dia jatuh cinta! Dia mahu melamar gadis itu, supaya tidak timbul fitnah diantara mereka. Takut dirinya tidak boleh mengawal diri. Malam itu dia dapat melelapkan mata dengan tenang.
                                                            ************
Matannya berair. Esakan kecil kedengaran. Tidak pernah dia merasa begini. Bawang yang perlu dihiris masih banyak. Mia Adelia mengeluh. Kenapa lah aku baik sangat nak tolong Mak cik Esah memasak. Mak cik Esah yang ketika itu sedang mengacau gulai diperiuk cuma tergeleng-geleng melihat tingkah laku gadis itu. Mia Adelia terus menadah tangan di pancutan air lalu disapu ke matannya. Ahh lega. Dia kembali senyum.
“Mia,tolong jaga gulai ni. Kalau dah mendidih. Boleh tutup. Mak Cik nak keluar kejap,beli ikan dekat pasar depan tu”. Mia Adelia mengangguk. Faham arahan dari Mak cik Esah. Dia mnejenguk –jenguk ke dalam periuk. Dia senyum sendiri.
“Masak apa tu, boleh tolong?”. Suara yang menyapa itu kedengaran sungguh mengada-ngada di pendengaran Mia Adelia. Zafran mendekati gadis itu. Mia Adelia berganjak sedikit. Senduk ditangannya dikacau ke dalam periuk.
“Nak tolong ea?”. Lelaki itu terdiam. Dia tersenyum.
“Tolong jauh sikit. Pergi sana-pergi sana”. Mia Adelia menunjuk kearah ruang tamu. Zafran senyum tipis. Dia bergerak mendekati bawang yang belum dihiris. Perlahan-lahan tangannya mula menghiris bawang-bawang yang masih ada disitu. Mia Adelia buat tidak tahu. Sukahati engkau lah..
Riak wajahnnya jelas kecewa. Keadaannya yang membelangkangi mia adelia membuatkan gadis itu tidak sedar akan perubahan lelaki itu. Tangannya ligat menghiris bawang. Kenapa dia tidak mampu menyuarakan rasa hatinya kepada gadis ini. Ini adalah masa yang sesuai!. Dia mengeluh.
“Ouch!”. Tangannya terluka. Mia Adelia terus panik. Dia mengambil tisu lalu mengelap darah yang keluar dari jari Zafran. Lelaki itu tetap membatu. Gadis itu mengambil kotak ubat dari salah satu laci yang berada disitu. Terus disapunya ke tempat yang terluka. Selepas disapu ubat dia membalutnya pula. Mata Zafran tajam memerhati tingkah gadis ini. Mia Adelia tergamam. Lelaki itu memandang tepat ke anak matanya. Mereka berpandangan seketika. Mujur dia cepat tersedar. Laju dia melarikan anak matanya. Zafran tersentak. Menyedari salahnya. Dia sempat beristigfar.
“Erm. Nah balut sendirilah”. Balutan yang belum kemas itu dilepaskan membiarkan lelaki itu membalutnya sendiri. Dia berlalu melihat gulai yang mendidih itu. Pipinya merah. Malunya. Dikacaunya gulai didapur kembali. Tarasa janggal. Selepas lelaki itu pergi dari dapur itu. Barulah hatinya yang tadi berdegup kencang kembali tenang. Dia melepaskan keluhan. Gulai sudah mendidih,terus dia menutup gas dapur. Mana Mak Cik Esah ni….
                                                        ***************
“Mir, kita dah ada cara untuk manawan Megah holding. Ketika itu mereka sedang berehat-rehat di anjung rumah. Jus manga yang disediakan pembantu rumah mereka, Laila untuk minum petang hari itu belum disentuh. Amir mula memberi perhatian terhadap perkara yang bakal dibincangkan mereka.
“Hari tu,tak silap papa mia ada cakap syarikat Megah holding akan berkerjasama dengan Normala enterprise kan?” amir hanya mengangguk
“Kalau macam tu, senang kerja kita.”
“Macam mana pa”. Anak lelakinya ini masih belum menangkap makna dari kata-kata papanya.
Dato’ Rashid senyum sinis. “Syarikat papa, Jaya Holdings merupakan salah satu pemegang saham syarikat Normala enterprise. Pemilik syarikat itu juga rapat dengan papa. Jadi kita boleh gunakan mereka untuk mebuat Syarikat Megah holding rugi berjuta-juta. Masa tu, mereka akan memerlukan bantuan. Kita akan menawarkan bantuan. Papa yakin tidak akan ada syarikat lain yang akan menolong mereka kerana kerugian yang akan berlaku amat besar. Syarikat Jaya holding merupakan antara syarikat terkuat,jadi tidak ada masalah untuk membangkitkan kembali megah holding bila berada didalam tangan kita nanti”.
“Pa,macam mana kalau kawan papa tidak mahu berkerjasama?’. Dato’ Rosdi terdiam seketika.
“Papa sudah lama memikirkannya. Kita akan memberi mereka 40% dari saham Megah Holding. Tentu mereka tidak akan menolak”. Dato’ Rosdi tersenyum. Dendamnya bagi pihak abangnnya akan terlerai suatu hari nanti. Amir mengangguk. Setuju dengan idea papanya.
                                                     ***********
Hari sabtu. Entah kenapa tiba-tiba majikannya mahu membawa dia keluar hari ini. Mia Adelia berhias sederhana. Dia tidak mahu kelihatan seperti gadis kota. Dia memakai t-shirt lengan panjang berwarna biru. Kain hitam pemberian unclenya dipakai dipadankan dengan tudung bawal putih. Unclenya pernah memberitahu. Kain itu pernah menjadi milik ibunya. Tanpa secalit mekat pun di wajahnya, dia masih kelihatan ayu. Dia terus melangkah ke ruang tamu. Mak cik Esah dan Kak Nani tidak habis-habis memujinya.
“Kak Nani tak pergi ke”. Dia bertanya apabila melihat Kak Nani dan Mak cik Esah tidak bersiap. Kan Nani terus menampar bahunya.
“Kau ni pun, tak kan lah orang dating,akak nak kacau pula”. Mia Adelia memandang pelik. Jadi aku dan dia je ke? Waa.. tak nak.
“Dah-dah. Buat apa tercegat dekat situ. Encik Zafran dah lama tunggu dalam kereta tu”. Perlahan-lahan dia menuju ke halaman rumah mewah itu.
“Masuklah,Mia nak duduk belakang pun tak apa”. Zafran membuka pintu dibahagian belakang buat gadis itu. Diam-diam Mia Amelia amat kagum dangan sikap lelaki ini yang menjaga maruah dan cara pergaulan antara mereka. Dia merasa selamat. Dia menuruti sahaja arahan majikannya itu.
Dalam perjalanan,masing-masing membisu. Suasana sunyi tanpa suara radio. Yang kedengaran hanya bunyi penghawa dingin yang dipasang kuat. Mia adelia mula rasa tak selesa.
“Jangan risaulah,Zaf tak akan bawa Mia tempat sunyi-sunyi. Hari ni kebetulan Zaf kena beli barang sikit. Lepas tu kita pergi lunch. Kalau Mia nak pergi mana-mana Zaf bawakan”. Mia Adelia mengangkat kening. Kalau nak pergi beli barang je,kenapa perlu bawa dirinya? Zafran memikirkan barang yang akan dibelinya nanti. Dia sememangnya tiada barang untuk dibeli. Hanya itu saja alasan terbaik yang boleh difikirkan saat ini. Dia menekan punat on untuk memasang radio.
                                              

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Gadis Mystery