This Is My Story... The Life Pattern Of Gadis Mystery: CERPEN: 3 lamaran

CERPEN: 3 lamaran



                           
“Hoi bibik!”. Mia adelia mengangkat wajah. Hai mamat ni. Muka aku yang cun melecun ni nampak macam orang Indonesia ke? Suka sangat mengacau aku. Tak boleh ke bagi kehidupan aku ni tenang sikit? Dia tampal sengih diwajahnya. Kalau tidak kerana pak longnya. Tidak mungkin dia disini. Dan tidak perlulah dia berpura-pura baik dengan semua orang dalam keluarga ni. Lagipun di rumah ini,dia rasa terkurung. Boring.. empat orang je tinggal sini, tiga pembantu rumah,termasuk aku.. dan.. anak kepada pemilik rumah ini. Mak cik Esah masak, aku kemas rumah. Dan kak Nani datang sebelah petang sebab kerja dia laundry je.
Zafran senyum sinis. Suka betul hatinya dapat mengenakan gadis ini. Mia Adelia tidak pernah melawan kehendaknya. Dengan orang gaji lain dirumah ini,dia tidak pernah sekejam ini. Tetapi bila berhadapan dengan gadis ini. Kehidupan sunyinya bagai diserikan semula. Dan cara untuk menyerikan lagi hari-harinya adalah dengan melihat wajah gadis lurus ini yang menurut segala kata-katanya.
“Tuan nak apa?”. Dengan selemah dan selembutnya dia bertanya. Peraturan yang ditetapkan oleh lelaki ini. Ingat lagi ketika hari pertama terserempak dengan lelaki ini. Dengan rambut kusut masainya, jambang tidak dicukur. Langsung tidak kemas dan memang aku tak sangka dia tuan muda kat rumah ni. Ingat ke pemandu peribadi datuk. Aku suruh dia cuci kereta. Boleh je dia gelak,lepas tu blah macam tu je. Nasib baik aku tak ‘sound’ dia, nanti tak pasal-pasal kena buang kerja . Mak cik Esah yang beritahu aku masa tu.
Esoknya, memang aku kena dengan dia. Banyak betul peraturan yang mamat ni bagi. Aku panggil dia ‘awak’ pun, kena potong gaji. Apa jenis peraturan la..tapi aku masa tu terkejut juga lah. Sebab masa dia bagi tugasan kat aku. Semua jambang-jambang dah cukur. Rambut pun dah potong sikit bagi kemas. Terpegunlah juga aku seminit dua. Hensem juga rupa-rupanya dia ni. Aku tersenyum sendiri.
“Hoi! Mengelamun ea?”. Lelaki itu menggeleng-geleng. Kau dengan tak aku cakap tadi bibik oi?”.
‘’Hah?”. Mia adelia tersentak. Dia kurang jelas dengan arahan lelaki itu tadi. Lagipun, perasaannya juga tercuit dengan rasa pelik. Kenapa lelaki ini memanggilnya bibik? Nak kata muka aku macam muka orang Indonesia,aku cakap melayu apa. Dengan Mak cik Esah tu,elok je dipanggil mak cik. Tapi, kalau dia tak panggil aku bibik,tak kan nak panggil aku mak cik kut. Lantaklah.
“Engkau ni, bila-bila, kalau aku tengah cakap,bagi perhatian,jangan  mnegelamun je. Aku nak kau masak empat jenis lauk hari ni. Masakan kampung tau.. aku tak nak western.”
‘’Tuan,kalau tuan lupa saya nak cakap sikit. Kerja masak memasak  ni bukan kerja saya. Kerja saya mengemas je. Nanti saya suruh Mak cik Esah masak ye”. Sehabis mungkin dia cuba berlembut dengan lelaki ini.
“Aku bagi dia cuti hari ni, so kau jelah yang masak. Cepatlah aku dah lapar ni. Pukul 1 nanti aku nak makan.” Dia terus beredar dari situ dengan senyuman yang ditahan-tahan. Kali pertama dia berasa sangat gembira. Ibunya dah lama meninggal. Manakala, papanya pula selalu sibuk ulang alik ke luar negara atas urusan kerja. Jarang-jarang sekali papanya menjenguknya disini.
Mia adelia masih membatu disitu. Jari-jarinya dinaikan satu persatu sehingga dia berhenti di jari keempat. Dia terkedu. Banyaknya .Aku nak masak apa? Dia tak cakap pun nak suruh masak apa. Dia mengeluh. Apasal pula Mak cik Esah cuti hari ni? Kak Nani petang nanti baru sampai, macam mana ni?
                                                    ************
“Hai adel, kenapa call I ni? Ada masalah dekat sana ke?”. Suara di sebelah corong telefon kedengaran bimbang. Mia Adelia mengeluh.
“Tak ada apa-apa lah mir. Cuma ada masalah sikit je.”
“Apa?”. Suara lelaki ini masih kedengaran risau.
“Anak Dato’ Rashid ni, nak makan masakan kampung. You pun tahu kan, I tak pandai masak”. Amir sudah terletus tawanya.
“You nak I buat apa?”. Senada dia bertanya. Senyuman lucu masih tersungging dibibirnya.
Mia adelia tersenyum segaris. Dia tahu lelaki ini tidak akan mengecewakannya. “ You suruh Laila masak masakan kampung lepas tu, you hantar dekat kedai mamak depan Taman Seri Wijaya ni. You tahu dekat mana tempat ni kan?”
Amir senyum nipis. Pembantu rumahnya,laila memang pandai masak masakan kampung. Permintaan Mia adelia itu sangat mudah untuknya. Dia akan tetap membantu gadis itu sehingga semuanya selesai.
“Easy sayang”.
“Mir,kan I dah cakap,I tak suka you panggil I macam tu”. Mukanya bertukar kelat.
“Adel. So sorry ok. Walaupun I tak salah. You bakal isteri I juga kan?”. Selepas mengungkapkan itu. Talian terus diputuskan. Mia Adelia mengeluh. Amir..
                                                     *************
“ Wow, tak sangka kau pandai masak masakan kampung”. Dia terkedu. Ini kali pertama Zafran Irham  memuji dirinya, walaupun bukan dia yang berjasa.
‘’Erm, biasalah tuan, saya orang kampung,dah biasa dengan masakan macam ni”. Sekali lagi dia menipu. Zafran terangguk-angguk. Dia makan dengan berselera sekali.
“Tuan, boleh saya tanya sikit?”. Lelaki itu mengengkat muka. “Huh?”. Keningnya diangkat sedikit.
“Tuan tak kerja ke?”. Dengan berhati-hati dia bertanya. Takut menyinggung perasaan lelaki ini.
“Kenapa? Kau rasa semak ke tengok muka aku kat rumah hari-hari?”. Lelaki itu kembali meneruskan suapan.
“Tak adalah tuan,saya cuma pelik sikit. Kenapa tuan tak kerja?”. Dia masih meneruskan pertanyaan. Rasa ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Zafran  tersenyum sinis.
“Kau pandang rendah atas kebolehan aku ke? For your information, aku sekarang ni dalam cuti sebulan. Malas pergi kerja. Aku dah letih pening-pening dengan masalah syarikat. So, aku berehat lah sebulan. Syarikat tu, milik papa aku juga kan? Sukahati aku lah nak buat apa-apa pun. Tak ada sesiapa yang nak marah.”
“Tuan memang tak bertanggungjawab”. Spontan komen itui tetluncur laju dari bibirnya. Terus dia menekup mulut gatalnya itu.
“Apa? Aku macam dengar sesuatu tadi”. Dia berpura-pura tidak mendengar, walaupun jelas di perdengaran lubang telinga lagi perkataan tu disebut orang gajinya. Jauh di sudut hatinya mengakui kebenaran kata-kata Mia Adelia. Sebenarnya bukan dia yang mahu bercuti. Papanya yang arahkan. Sebab kata Dato’ Rashid anak tunggalnya ini tidak henti-henti berkerja dari pagi hingga ke malam.
“Esok aku dah nak mula kerja balik”. Perlahan dia menyambung tapi masih jelas di pendengaran orang-orang normal macam Mia Adelia. “Baguslah tu”. Dia mengambil pinggan-pinggan kosong terus dibawa ke singki dapur untuk dibasuh.
“Woi bibik,esok siapkan baju aku tau”. Dia menjerit kepada Mia Adelia yang sedang membasuh di dapur. Mia Adelia menjenguk ke ruang makan.
“Ada apa tuan?”
“Ish kau ni,pekak badak la. Esok siapkan baju aku okey?”. Dengusan dihamburkan.
Mia Adelia terdiam. “Tuan,boleh tanya sikit tak”.
“Tanya je lah. “. Dia meneguk minuman dihadapannya ini.
“Kenapa panggil saya bibik ea?”. Zafran memandangnya. Riak wajahnnya selamba.
“Habis tu,kau nak aku panggil apa?”. Tanpa nada dia bertanya.
“Panggil mia je lah. Tak suka lah tuan panggil macam tu, saya anak jati Malaysia tau”. Dia senyum tipis. Lelaki itu tidak memberi respon. Dia terus berlalu ke tingkat atas. Mia Adelia  melihat aneh. Kenapa pula ni. Aku buat salah ke. Mood dia ni bukan boleh kawal. Asyik berubah-ubah je. Dia menggeleng-geleng kepalanya.
                                               ************
“Mia!”. Keras dia memanggil nama gadis ini. Mia Adelia terus tersentak. Tudung dicapainya lalu dipakainya tanpa melihat cermin terlebih dahulu. Senget. Tidak sempat dibetulnya. “Ya tuan”. Malas-malas dia menjawab. Ada je nak buat hidup aku ni tak tenang. Lelaki itu memandangnya atas dan bawah sesampai saja dia disitu. Dengan senyum yang tertahan-tahan dia memarahi gadis ini.
“Eh kau ni, lembab lah. Boleh tak kalau aku panggil cepat-cepat datang”. Mia Adelia menunduk. Hatinya membentak. Geram betul dengan sikap Zafran ini. Tak gentleman lansung. Walaupun dia dilayan kasar,tetapi hatinya tetap gembira bila bersama majikannya ini. Tak semena-mena dia tercuit rasa bersalah.
“Yang engkau ni mengelamun apahal?”. Zafran terus menegur walaupun tadi dia mengambil kesempatan menatap wajah gadis dihadapannya. Tidak mahu terlalai.tengok sekali tidak mengapa. tengok dua kali dah dosa. Nasihat bapannya sering diingatinya. Mia Adelia terus tersentak.
“Sorry,Tuan nak apa?”. Dia bertanya perlahan.
Lelaki ini mendengus. “Baju aku mana”.
“Owh ada di bilik bacaan tuan”. Jarinya ditunjuk ke tingkat atas. Mata lelaki itu mencerlung kearahnya.
“Yang kau letak dekat sana tu,apa kes? Kau tak fikir ke, kenapa pula aku nak pergi sana pagi-pagi ni? Bila-bila letak lah dekat bilik aku. Susah lah hidup aku kalau ada isteri macam kau ni. Nasib baik kau bukan isteri aku”. Dia mahu berlalu ke tingkat atas. Mia Adelia terdiam seketika. Isteri?
“Erm tuan, sebab saya fikir lah saya tak letak baju tu di bilik tuan. Sebagai seorang wanita Islam, saya perlu jaga maruah saya. Kalau kita berdua je,yang ketiga tu syaitan. Sebab itu saya elakkan”. Mia Adelia terus berlalu kebiliknya. Takut dimarahi majikannya itu.
Muka Zafran naik merah. Malu dengan kekhilafan kata-katanya tadi. Memang betul kata-kata Mia Adelia tadi. Dia tersenyum sendiri. Gadis itu pandai menjaga maruah.
                                          ******************
Sudah genap dua bulan dia bekerja dibanglo mewah Dato’ Rashid ni. Banyak perkara yang diketahui mengenai keluarga ini. Memandangkan hubungannya dengan Zafran semakin baik. Banyak juga masalah syarikat yang dikongsi bersama. Walaupun kadang-kadang lelaki itu ada menyatakan keanehannya mengenai sikap Mia Adelia yang nampak berminat dengan urusan syarikat Megah holding dan selalu bertanyakan tentang syarikat ,dia tidak pernah meragukan gadis ini.
“Tuan,saya nak ambil cuti hujung minggu ni, memandangkan ayah tuan,Dato’ Rashid pulang cuti ini,saya nak minta cuti. Boleh tak?”. Dia menyatakan hasratnya pada petang itu ketika mereka sedang berehat di taman. Mak cik Esah dan kak nani  sedang berbual-bual di kawasan itu.
“Kenapa nak cuti?”lelaki itu masih leka mebelek majalah ditangannya. Entah apa yang dibacanya. Mia adelia terdiam seketika . Alasan apa yang mahu dibaginya.
“Macam ni Tuan,saya nak balik kampung, nak jumpa pak cik saya dekat sana. Kalau boleh petang ni saya nak packing”. Hanya alasaan itu yang terlintas di otaknya. Zafran cuma mengangguk. Biarlah. Sudah dua bulan dia disini,tak pernah minta cuti. Kali ni je kot. Lagipun, Mia Adelia cuma pembantu rumah sementara je. Fikirnya. Kontraknya hanya 6 bulan.
Mia Adelia sudah bersorak keriangan. Dia mahu berlalu kebiliknya untuk mengemas barang. “Kejap. Aku nak ingatkan kau. Aku rasa kau tak payah lah panggil aku tuan lagi. Naik berbulu telinga aku ni dengar lama-lama tau”. Mia Adelia buat muka.
“Bukan ke tuan yang suruh saya panggil macam tu. Saya ni orang miskin, saya tak nak dipotong gaji tuan”.
“Ish kau ni,tak faham bahasa betul lah. Kalau aku cakap macam tu,maknanya macam tu lah. Dah-dah sakit telinga aku tau”. Mia Adelia mengangguk. “Habis tu nak panggil apa”. Zafran senyum tipis.
“Kau boleh panggil aku zafran je. Dah tak payah menjawab. Pergi kemas barang kau tu. Aku pun akan panggi kau Mia je”. Zafran terfikirkan papanya pasti papanya marah kalau dia tidak bersopan dengan wanita. Dia mendengus. Dia mula meneliti majalah yang berada ditangannya. Mia Adelia cuma menuruti perintah lelaki itu. Namun hatinya tetap merasa gembira. Serta merta dia tersedar. Harapan yang baru tadi baru berputik. Dibuang jauh-jauh.
                                              ********************
Hari ni papanya pulang. Tetapi hatinya merasa sunyi. Sunyi tanpa kehadiran gadis itu. Dia tidak pernah bercinta. Jadi dia tidak tahu bagaimana mahu melayan perempuan. Kawan-kawannya semua pernah berkata dia anti perempuan kerana tidak pernah keluar bersama  bukan muhrim. Sebenarnya bukan begitu, dia tidak pernah sukakan mana-mana gadis. Mia Adelia merupakan wanita pertama dihatinya selepas ibunya.
“Zafran Irham! papa nak kamu teman papa pergi beli barang dapur. Kesian Mak cik Esah kamu tu. Dia demam. Dah lama kita tak keluar berdua. Marilah zaf ye?”. Wajah Dato’Rashid yang penuh mengharap tidak mampu dia tolak.
                                                             **********
“Mir, kenapa datang sini? Papa you nak tunggu kat mana. T-shirt labuh berwarna merah jambu dipakai dengan seluar slack hitam dipadankan pula dengan selendang putih bercorak bunga-bunga putih kecil menampakkan lagi keayuaannya. Dibibirnya dicalit gincu. Tidak terlalu terang.
“Cafe house? Kenapa nak jumpa kat sini?”. Amir tersenyum segaris. Gadis disebelahnya selalu membuat rasa hatinya berdegup pantas. Tetapi Mia Adelia hanya menganggapnya sebagai seorang sepupu dan kawan yang baik. Dia tidak mungkin menyerah. Papanya juga telah menrestui mereka berdua. Sekarang hanya menunggu persetujuan Mia Adelia sahaja.
“Jom”. Mia Adelia diajak ke tempat duduk yang terasing dari orang ramai. Dia berbual mesra bersama sepupunya ini. Hubungan mereka memang rapat. Perbualan mereka terganggu apabila Dato’ Rosdi menyapa. Terus Mia Adelia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bapa saudaranya itu. Amir memeluk papanya. Maklumlah seminggu lepas papanya berlepas ke Cairo atas urusan kerja. Mereka memesan beberapa makanan sebelum membincangkan persoalan yang lebih serius.
‘’Mia,macam mana perkembangan? Ada apa-apa maklumat?”. Dato’ Rosdi mula mebuka mulut kearah tujuan perbincangan mereka pagi ini. Amir mendengar penuh minat. Mia Adelia mengeluh.
“Uncle,apa yang kita buat ni tak salah ke. Mia rasa bersalah”. Wajahnya menampakkan riak bersalah. Amir terdiam disitu. Fikirnya pasti ada sesuatu yang membuat Mia Adelia berubah fikiran.
“Adel,apa yang kita buat ni tak salah. Uncle nak tolong adel dapat hak adel semula. Syarikat tu, milik papa adel, bukan Dato’ Rashid. Papa adel dah bersusah payah untuk bangunkan syarikat tu. 20 tahun dulu,masa tu,uncle perlu ke overseas atas urusan pejabat. Uncle ingat masa tu,nak gabungkan syarikat papa adel dan syarikat uncle,tapi bila uncle balik, papa adel sudah meninggal dunia, mama adel pula ada hubungan sulit degan Dato’Rashid. Semua harta syarikat jatuh ketangan lelaki tu. Nasib baik ketika tu, Adel dalam jagaan nenek. Jadi uncle putuskan untuk hantar Adel ke London, kawan uncle,aunty Emilia tak ada anak, jadi uncle minta dia jaga Adel. Walaupun mama Adel ada merayu uncle untuk jupa dengan Adel, uncle tak pernah kasi. Akhirnya dia juga meninggal dunia kerana terlalu sedih. Uncle bersimpati atas kematiannya,tapi bila memikirkan apa yang dia dah buat pada papa Adel, uncle jadi benci padanya”. Panjang lebar dato’ Rashid  memujuk mia adelia.
Mia Adelia terdiam. Dia mengakui kebenaran kata-kata unclenya. Dia teringat mummynya,aunty Emilia. Waniata itu sangat penyayang. Saat dia kehilangan kasih sayang ibu,wanita yang dianggap seperti ibunya sendiri itulah yang mencurahkan kasih sayang kepada dirinya. Mungkin betul kata unclenya. Haknya perlu dituntut kembali. Walaupun dengan cara kasar. Dia tersenyum. Kopi yang dihantar pelayan tadi dihirup perlahan. Mereka terus berbincang tanpa menyedari ada mata yang memerhati
 Zafran menegerutkan dahi. Mengapa mia adelia berada disini? Kenapa dia bersama musuh syarikat papanya. Cara permakaiannya juga berbeza. Nampak lebih berstail. Ketika masuk tadi dia terlihat kelibat mia adelia bersama Dato’ Rosdi dan Amir. Mulanya dia ragu-ragu. Takut tersalah orang,tapi bila diamati lebih lama, dia pasti itu mia adelia!
“Zaf,jom papa dah beli kek yang Mak Cik Esah suka tu. Kesian dia demam, kita kena lah buat dia gembira sikit”. Zafran tersentak. Dato’ Rashid menunjukkan plastik ditangannya. Dia terus bangun dari kerusi yang didudukinya tadi untuk menyaingi langkah papanya ynag sudah menapak ke pintu keluar.
                                                        **************
Petang itu,Mia Adelia kembali ke  rumah mewah Dato’ Rashid. Sampai-sampai je depan pintu, wajah Zafran Irham yang serius itu tegak depan pintu. Dia melemparkan senyuman manis kepada majikannya itu.
“Boleh tak Zaf tepi sikit, mia nak angkat barang ni, beratlah”. Dia menunjukkan beg yang dibimbitnya. Zafran masih tegak disitu. Adakah gadis semanis dan sesopan ini berniat buruk pada keluargannya? Itulah persoalan yang bermain dibenaknya sejak terserempak dengan mia adelia pagi tadi.
Mia adelia mengeluh. Dia terus mengangkat begnya, mahu ke pintu belakang. Zafran terus tersedar.
“Mia!”. Mia adelia berpaling semula. Zafran mendekatinya dan terus merampas beg yang dibimbitnya dan dibawa masuk ke dalam tanpa sepatah bicara. Mia Adelia tersenyum. Dia mengikuti langkah zafran.
“La,nia siapa pula”. Dato’ Rashid menegur. Mia Adelia menampal senyum plastik. Lesung pipit di kedua-dua pipinya untuk menmpakkan kemanisan wajahnya, walaupun senyuman yang dihadiahkan dipaksa. Hatinya pasti bahawa lelaki ini ialah Dato’ Rashid, lelaki yang mempunyai hubungan sulit bersama ibunya. Walaupun, hatinya tersa lumat apanila mengingati hakikat ibunya menikam papanya dari belakang demi lelaki ini, tetapi hatinya terasa tenang apabila bersua muka dengan lelaki ini.
“Pa, ini mia,pembantu rumah sementara. Zaf lupa papa belum jumpa dia”. Dato’ Rashid mengamati wajah gadis dihadapannya ini. Sangat mirip. Hatinya berdetik. Wajah gadis ini sangat mirip dengan wajah wanita yang sangat disayanginya hingga kini. Dato’ Rashid terus membuang jauh kesedihan yang baru mahu bertamu dijiwanya. Dato’ Rashid meleparkan senyuman kepada Mia Adelia. Gadis itu membalas seadanya.
                                                          ************
Zafran tidak lena tidur. Kejap ke kiri,kejap ke kanan. Hatinya resah. Wajah gadis itu selalu menjengah mimpi. Dia meraup mukanya. Terus dia ke tandas, mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Selepas  bersolat dia berdoa agar, keluargannya tidak ditimpa musibah sepintas lalu wajah gadis itu menganggu kembali. Hatinya sudah tetap. Dia pasti,dia jatuh cinta! Dia mahu melamar gadis itu, supaya tidak timbul fitnah diantara mereka. Takut dirinya tidak boleh mengawal diri. Malam itu dia dapat melelapkan mata dengan tenang.
                                                            ************
Matannya berair. Esakan kecil kedengaran. Tidak pernah dia merasa begini. Bawang yang perlu dihiris masih banyak. Mia Adelia mengeluh. Kenapa lah aku baik sangat nak tolong Mak cik Esah memasak. Mak cik Esah yang ketika itu sedang mengacau gulai diperiuk cuma tergeleng-geleng melihat tingkah laku gadis itu. Mia Adelia terus menadah tangan di pancutan air lalu disapu ke matannya. Ahh lega. Dia kembali senyum.
“Mia,tolong jaga gulai ni. Kalau dah mendidih. Boleh tutup. Mak Cik nak keluar kejap,beli ikan dekat pasar depan tu”. Mia Adelia mengangguk. Faham arahan dari Mak cik Esah. Dia mnejenguk –jenguk ke dalam periuk. Dia senyum sendiri.
“Masak apa tu, boleh tolong?”. Suara yang menyapa itu kedengaran sungguh mengada-ngada di pendengaran Mia Adelia. Zafran mendekati gadis itu. Mia Adelia berganjak sedikit. Senduk ditangannya dikacau ke dalam periuk.
“Nak tolong ea?”. Lelaki itu terdiam. Dia tersenyum.
“Tolong jauh sikit. Pergi sana-pergi sana”. Mia Adelia menunjuk kearah ruang tamu. Zafran senyum tipis. Dia bergerak mendekati bawang yang belum dihiris. Perlahan-lahan tangannya mula menghiris bawang-bawang yang masih ada disitu. Mia Adelia buat tidak tahu. Sukahati engkau lah..
Riak wajahnnya jelas kecewa. Keadaannya yang membelangkangi mia adelia membuatkan gadis itu tidak sedar akan perubahan lelaki itu. Tangannya ligat menghiris bawang. Kenapa dia tidak mampu menyuarakan rasa hatinya kepada gadis ini. Ini adalah masa yang sesuai!. Dia mengeluh.
“Ouch!”. Tangannya terluka. Mia Adelia terus panik. Dia mengambil tisu lalu mengelap darah yang keluar dari jari Zafran. Lelaki itu tetap membatu. Gadis itu mengambil kotak ubat dari salah satu laci yang berada disitu. Terus disapunya ke tempat yang terluka. Selepas disapu ubat dia membalutnya pula. Mata Zafran tajam memerhati tingkah gadis ini. Mia Adelia tergamam. Lelaki itu memandang tepat ke anak matanya. Mereka berpandangan seketika. Mujur dia cepat tersedar. Laju dia melarikan anak matanya. Zafran tersentak. Menyedari salahnya. Dia sempat beristigfar.
“Erm. Nah balut sendirilah”. Balutan yang belum kemas itu dilepaskan membiarkan lelaki itu membalutnya sendiri. Dia berlalu melihat gulai yang mendidih itu. Pipinya merah. Malunya. Dikacaunya gulai didapur kembali. Tarasa janggal. Selepas lelaki itu pergi dari dapur itu. Barulah hatinya yang tadi berdegup kencang kembali tenang. Dia melepaskan keluhan. Gulai sudah mendidih,terus dia menutup gas dapur. Mana Mak Cik Esah ni….
                                                        ***************
“Mir, kita dah ada cara untuk manawan Megah holding. Ketika itu mereka sedang berehat-rehat di anjung rumah. Jus manga yang disediakan pembantu rumah mereka, Laila untuk minum petang hari itu belum disentuh. Amir mula memberi perhatian terhadap perkara yang bakal dibincangkan mereka.
“Hari tu,tak silap papa mia ada cakap syarikat Megah holding akan berkerjasama dengan Normala enterprise kan?” amir hanya mengangguk
“Kalau macam tu, senang kerja kita.”
“Macam mana pa”. Anak lelakinya ini masih belum menangkap makna dari kata-kata papanya.
Dato’ Rashid senyum sinis. “Syarikat papa, Jaya Holdings merupakan salah satu pemegang saham syarikat Normala enterprise. Pemilik syarikat itu juga rapat dengan papa. Jadi kita boleh gunakan mereka untuk mebuat Syarikat Megah holding rugi berjuta-juta. Masa tu, mereka akan memerlukan bantuan. Kita akan menawarkan bantuan. Papa yakin tidak akan ada syarikat lain yang akan menolong mereka kerana kerugian yang akan berlaku amat besar. Syarikat Jaya holding merupakan antara syarikat terkuat,jadi tidak ada masalah untuk membangkitkan kembali megah holding bila berada didalam tangan kita nanti”.
“Pa,macam mana kalau kawan papa tidak mahu berkerjasama?’. Dato’ Rosdi terdiam seketika.
“Papa sudah lama memikirkannya. Kita akan memberi mereka 40% dari saham Megah Holding. Tentu mereka tidak akan menolak”. Dato’ Rosdi tersenyum. Dendamnya bagi pihak abangnnya akan terlerai suatu hari nanti. Amir mengangguk. Setuju dengan idea papanya.
                                                     ***********
Hari sabtu. Entah kenapa tiba-tiba majikannya mahu membawa dia keluar hari ini. Mia Adelia berhias sederhana. Dia tidak mahu kelihatan seperti gadis kota. Dia memakai t-shirt lengan panjang berwarna biru. Kain hitam pemberian unclenya dipakai dipadankan dengan tudung bawal putih. Unclenya pernah memberitahu. Kain itu pernah menjadi milik ibunya. Tanpa secalit mekat pun di wajahnya, dia masih kelihatan ayu. Dia terus melangkah ke ruang tamu. Mak cik Esah dan Kak Nani tidak habis-habis memujinya.
“Kak Nani tak pergi ke”. Dia bertanya apabila melihat Kak Nani dan Mak cik Esah tidak bersiap. Kan Nani terus menampar bahunya.
“Kau ni pun, tak kan lah orang dating,akak nak kacau pula”. Mia Adelia memandang pelik. Jadi aku dan dia je ke? Waa.. tak nak.
“Dah-dah. Buat apa tercegat dekat situ. Encik Zafran dah lama tunggu dalam kereta tu”. Perlahan-lahan dia menuju ke halaman rumah mewah itu.
“Masuklah,Mia nak duduk belakang pun tak apa”. Zafran membuka pintu dibahagian belakang buat gadis itu. Diam-diam Mia Amelia amat kagum dangan sikap lelaki ini yang menjaga maruah dan cara pergaulan antara mereka. Dia merasa selamat. Dia menuruti sahaja arahan majikannya itu.
Dalam perjalanan,masing-masing membisu. Suasana sunyi tanpa suara radio. Yang kedengaran hanya bunyi penghawa dingin yang dipasang kuat. Mia adelia mula rasa tak selesa.
“Jangan risaulah,Zaf tak akan bawa Mia tempat sunyi-sunyi. Hari ni kebetulan Zaf kena beli barang sikit. Lepas tu kita pergi lunch. Kalau Mia nak pergi mana-mana Zaf bawakan”. Mia Adelia mengangkat kening. Kalau nak pergi beli barang je,kenapa perlu bawa dirinya? Zafran memikirkan barang yang akan dibelinya nanti. Dia sememangnya tiada barang untuk dibeli. Hanya itu saja alasan terbaik yang boleh difikirkan saat ini. Dia menekan punat on untuk memasang radio.
                                                                                                                **************
Mereka sampai ke Restoran Haji Latip. Restoran ini amat terkenal dengan masakan kampung yang sedap-sedap. Mereka menuju ke sebuah meja yang sudah sedia kosong. Suasana antara mereka tidak lagi kekok seperti tadi. Mia Adelia tersenyum. Dia memesan makanan untuk mereka. Maklumlah dia sudah arif benar dengan kegemaran majikannya. Mereka berbual-bual kosong sehinggalah pelayan menghantar pesanan ke meja makan mereka. Mereka sama-sama memulakan suapan pertama.
“Zaf,Mia ada satu tempat nak pergi”. Dia menyuarakan hasratnya dengan tiba-tiba.
“Mia nak pergi mana?”. Zafran terus bertanya ketika melihat wajah ceria gadis itu menjadi redup seketika. Pasti ada kenangan disebaliknya.
“Tempat ni,mia selalu pergi dengan ibu. Zaf pandu je nanti Mia tunjuk arah”. Mia Adelia melemparkan senyuman manis buat lelaki itu. Zafran menangguk saja.
Zafran memandang sekeliling. Sungguh, dia kagum. Sebuah padang yang besar. Bunga-bunga berwarna warni memekar indah. Dia merasa sangat tenang. Mia Adelia mula melangkah keluar dari kereta. Dia menghirup udara segar dengan sepuas-puasnya. Zafran cuba menyaingi langkah gadis itu.
Mia Adelia memetik kelopak bunga. Inilah perkara wajib yang selalu dilakukannya ketika singgah ni sini suatu masa dulu. Kenangan kembali terimbau di ingatannya. Waktu dirinya masih kecil,mereka sekeluarga pasti selalu ke sini. Dia mengeluh. Kadang-kadang dia berasa aneh. Dulu baginya,cinta ibu dan papanya tidak dapat dipisahkan. Walaupun masih kecil dia tidak pernah lupa kasih sayang yang pernah terjalin antara mereka. Tetapi, adakaah kerana papa jatuh sakit,ibu berubah hati?
Zafran memerhati aneh tingkah gadis itu. Apa yang sedang difikirnya? Merera bergerak ke kawasan bukit. Berada dipuncak bukit amat menenangkan perasaan.
“Zaf,jom duduk sini”. Mia Adelia mengambil tempat duduk diatas rumput yang menghijau di perbukitan itu. Lelaki itu hanya menurut. Dia melabuhkan punggung disebelah gadis manis itu. Dibawah mereka,pelbagai jenis bunga yang berwarna warni.
“Best kan dekat sini?”. Mia Adelia membuka bicara. Lelaki itu mengangguk.
“Zaf rasa tenang je”. Dia menyambung. Mia Adelia tersenyum.
“Mia, Zaf rasa sekaranglah masa yang sesuai itu Zaf jujur dengan hati sendiri kan?”. Mia adelia mengangkat keningnya sedikit. Zafran senyum segaris. Dia mengambil nafas panjang.
“Mia, actually,Zaf suka mia. Zaf tahu,mungkin cara Zaf tak romantik. Selama ni pun Zaf kasar dengan Mia, tapi Zaf buat semua tu sebab Zaf sayang mia. Boleh Mia kahwin dengan Zaf?”. Senafas dia mengungkapkannya. Dia memerhati reaksi gadis itu. Tiada reaksi…
                                                         *************
Mia Adelia memeluk bantal kesayangannya. Dia tersenyum sendiri. Tidak sangka majikannya yang hati batu itu boleh mengatakan sayang kepadanya. Dia ketawa sendiri.
“Ya Allah,Mia. Kenapa ketawa sorang-sorang ni. Tak baik anak dara macam tu”. Kak Nani yang baru masuk kebilik menegur. Aneh dia dengan sikap Mia Adelia ini. Ini kali pertama gadis itu bersikap sebegini. Mia Adelia masih senyum sendiri. Terlepas juga tawa dari mulutnya. Kak Nani mengeleng-gelengkan kepalanya. Biarlah dia. Itulah fikirnya.
                                                  *********
Dia melihat ke cermin. Bengkak sedikit matanya. Ini semua gara-gara tidak dapat melelapkan mata malam semalam. Dia mengeluh. Dalam hatinya bimbang. Apa keputusan Mia Adelia nanti. Macam mana kalau dirinya ditolak? Dia benar-benar cintakan gadis itu.
Zafran turun menuju ke meja makan. Nasib baiklah bengkaknya tidak ketara sangat. Mia Adelia menghidangkan sarapan buatnya. Gadis itu menghadiahkan senyuman manis. Lelaki itu tidak mengendahkannya. Fikirnya mungkin Zafran malu. Dia memerhati sekeliling Mak cik Esah pergi pasar. Kak Nani belum datang. Dato’ Rashid pagi-pagi dan pergi keluar. Jumpa rakan bisnes katanya. Mia Adelia tersenyum. Time is gold mia. Say it. Just go! Itulah bentak hatinya.
“Zaf”. Lelaki itu masih tidak mengendahkannya. “Zaf!”. Dia memanggil untuk kali kedua. Kali ini sedikit keras. Mia Adelia mendengus. Kalau macam ni, baik aku merajuk. Dia mahu berlalu dari situ.
“Eh Mia, ada apa?”. Zafran bertanya lembut apabila melihat gadis itu bagai mahu meninggalkan dia. Ingin tahu juga dirinya apa yang mahu gadis itu katakan. Mia Adelia tersenyum. Nampaknya taktiknya menjadi. Tahu takut..
“Mia nak jadi isteri Zaf”. Tanpa nada, dia terus berlalu. Lelaki itu terkedu.  Terlepas sudu yang dipegangnya. Mia Adelia meraup mukannya di depan sinki. Dia berpura-pura membasuh pinggan. Sungguh dia malu!
“Mia, mia serius ke?”. Suara Zafran menerjah pendengarannya. Dia masih belum berani memandang wajah lelaki itu. Mia Adelia mengangguk. Dia benar serius. Tujuan sebenar ke rumah ini juga dilupakannya. Zafran tersenyum. Dia terus berlalu ke tingkat atas. Mia Adelia menghembus nafas lega. Dia benar-benar gembira.
                                                   ******
Handphone yang berdering diangkatnya. ‘’Hello Mia, I dah jumpa cara untuk ambil balik hak you”. Suara di sebelah corong amat dikenalinya. Amir. Panggilan telefon inilah yang menyedarkannya dari fantasi. Dia dan Zafran. Mereka tidak boleh bersatu.
“Amir,boleh tak you text me this night. I tengah sibuk sekarang”. Bergetar suarannya. Amir mahu membalas,tetapi mia adelia sudah meng’off’kan telefonnya. Gadis itu menangis sendiri. Kini dia tersepit. Antara dendam dan cinta!
Pintu diketuk. Dia mengesat manik-manik jernih dibirai matannya.
“Siapa?”
“Mia,encik Zafran cakap dia nak bincang sesuatu dengan kamu. Pergilah jupa dia di taman belakang tu. Dia dah ada dekat sana”. Wajah Mak Cik Esah terjenggul disebalik pintu. Selama ni dia memang boleh agak akan perasaan tuannya terhadap Mia Adelia. Tapi kebelakangan ini,sikap prihatin majikannya terhadap gadis itu bertambah. Mak Cik Esah tersenyum. Budak muda sekarang..
‘’Zaf?’’. Mia Adelia memanggil. Tiada yang menyahut. Dia lihat tiada sesiapa pun disitu. Dia mahu melangkah pergi.
Jambangan bunga dihulur. Mawar merah itu disusun rapi didalam jambangannya. Mia Adelia terharu. Zafran menghulurkan jambangan itu kepadanya. Dia menyambut huluran itu.
“Will you marry me”. Bicaranya romantis sekali. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Don’t you dare to say no”. Sambungnya. Mereka sama-sama ketawa.
“Mia,untuk kali kedua Zaf tanya perkara ni. Zaf tak main-main. Zaf berlatih sebab nak cakap benda ni dah nak dekat seminggu tau. Harap mia beri keputusan yang terbaik untuk kita dan untuk diri mia terutamanya. Zaf tak nak Mia kecewa atau terpaksa kalau plih Zaf”. Zafran masih tersenyum.
Mia Adelia mengangguk setuju. Biarlah syarikat itu dimiliki oleh Dato’ Rashid. Dia tidak peduli lagi. Cinta memang butakan seseorang. Tapi ia berbaloi apabila dapat bersama dengan orang yang kita sukai. Malam ini dia akan menelefon Amir untuk membatalkan rancangan mereka merampas syarikat Megah Holding. Dia akan berterus-terang dengan lelaki ini akan hakikat sebenar siapa dirinya yang sebenar. Zafran tersenyum bahagia. Akhirnya akan ada ikatan sah yang akan menyatukan mereka. Dia amat bersyukur kerana dapat memiliki hati gadis sebaik Mia Adelia.
                                                              *********
Mia Adelia mengemas dapur. Zafran yang kebetulan melalui pintu bilik gadis itu ,mendengar bunyi deringan telefon seperti ada mesej masuk. Dia berasa aneh. Telefonnya ada didalam bilik. Tidak mungkin para pembantu rumahnnya mempunyai telefon bimbit? Tidak mungkin mereka mengambil barang dirumah ini. Fikirnya. Dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
Dia menggeledah di seluruh ruang bilik itu. Dia perlu cepat sebelum mana-mana pembantu rumahnya masuk kebilik ini.dia teragak-agak ketika membuka laci milik Mia Adelia. Tetapi demi mahu mengetahui kebenaran ditarik juga laci itu.
Dia menarik isi laci itu ke meja. Fail-fail mengenai syarikat papanya dibelek-belek. Ia mengenai kerjasama dengan Normala Enterprise. Mengapa Mia  ada semua ni? Kenapa sewaktu bersamanya gadis itu selalu bertanya pasal syarikat? Siapa sebenarnya gadis ini? Dia teringat peristiwa di cafe house. Gadis itu bersama anak musuh syarikat papanya,Amir! Apa hubungan mereka? Satu persatu persoalan yang tiada jawapan menerjah ke fikirannya.
Zafran mumbuka laci yang berada dia atas sekali. Sebuah telefon bimbit. Setahunya Mia Adelia seorang gadis kampung yang hidup sederhana bersama neneknya. Tapai mengapa dia boleh memiliki telefon bimbit yang secanggih ini? Dia memandang ke skrin. 1 message from Amir. Dia terus menekan punat read.
‘Adel,you akan dapat hak you sayang. Kita sudah ada cara untuk merampas syarikat Megah Holding …”. dia membaca sehinga mesej itu tamat. Hatinya tiba-tiba menjadi sakit. Jadi selama ini dia dipergunakan oleh gadis itu?
“Zaf”. Suara Mia Adelia bergetar. “Zaf, Mia boleh terangkan..”
“Diam kau perempuan murahan. Selama ni aku fikir kau perempuan yang baik-baik, rupanya kau lebih berbisa dari ular. Kalau tidak kerana kau perempuan,sekarang juga aku halau kau pergi dari sini. Pagi-pagi esok,aku dah tak nak tengok muka kau dekat sini. Aku muak tengok muka kau!”. Telefon bimbit yang berada ditangannya dihempas ke lantai bilik. Zafran terus pergi dari bilik itu. Hatinya sangat terluka dek perbuatan Mia Adelia terhadapnya. Dia fikir gadis itu benar-benar cintakan dirinya, tetapi Mia Adelia sudah menjadi milik Amir. Mereka hanya berpakat selama ini untuk menghancurkan Syarikat papanya. Pasti selama ini mereka sering mentertawakan dia.
Mia Adelia jatuh terduduk. Air mata yang cuba ditahannya gugur jua. Mungkin lelaki itu sedang marah. Sebab itu zafran sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu kepadanya. Dia memujuk dirinya sendiri. Mungkin benar,mereka memang tidak boleh bersama. Aku yang tidak layak untuk lelaki sepertinya. Seperti yang disebutkan lelaki itu tadi. Dia hanya perempuan murah! Hatinya lebih tergores apabila menyebut perkataan itu. Tidak sanggup rasanya memegang gelaran itu.
“Mia,” Kak Nani memeluk gadis itu. Semakin kuat esakan Mia Adelia. Buat seketika dia merasa dirinya disayangi. “Mia boleh peluk akak selama mana Mia nak”. Selembut mungkin dia menenangkan gadis itu.
Setelah tenang,Mia Adelia menyapu kesan-kesan ai mata di tubir matannya. Dia tidak mahu sesiapa melihatnnya dalam keadaan sebegitu lagi. Dia akan kembali menjadi mia Adelia yang dulu. Sunyi tanpa kasih sayang dan keras seperti batu. Hidup tanpa perasaan tidak akan menyakitkan. Itulah pegangannnya untuk hidup selama ini. Dia senyum sinis. Rasanya ini kali terakhir dia menangis. Dia mula menyimpan pakaiannya ke dalam beg.
“Mia, Mia nak pergi mana. Sekarang dah gelap mia. Tunggu lah pagi esok”. Kak Nani cuba memujuk gadis itu.
“Mia, tak akan apa-apa kak, Mia bukan gadis lemah”. Dia terus keluar dari bilik itu setelah selesai mengemas barang-barangnya. Kak Nani sudah tidak mampu membuat apa-apa. Di muka pintu dia terserempak dengan lelaki itu. Lelaki yang sudah melumatkan hatinya. Zafran nampak terkejut apabila melihat Mia Adlia yang membawa beg besar. Mereka saling berbalas pandangan sekejap. Pandangan Mia Adelia kosong. Dia menghadiahkan senyuman buat lelaki itu. Sinis. Rasanya itu yang terakhir!
                                                            *******
Dato’ Rashid bersyukur. Sudah lebih 20 tahu dia menjejak anak gadis kakaknya. Rupanya gadis itu sangat dekat dengan keluarganya. Allah telah mempermudahkan urusan untuknya. Dia berusaha keras untuk mendapatkan maklumat tentang gadis itu! Mia Adelia ialah anak kepada kakak yang amat disayanginya.
Zafran termenung dimuka pintu. Dia menyesal sebenarnya melakukan gadis itu sebegitu. Kalau lah dia tidak ego, tentu Mia Adelia tidak akan pergi begitu sahaja.
Kereta papanya tiba di perkarangan rumah. Wajah Dato’ Rashid berseri-seri. Sampai dipintu rumah, dia terus bertanyakan Mia Adelia. Dia mahu menjalankan permintaan terakhir arwah kakaknya. Zafran terkedu.
                                                             ********
“Shid, kau tolonglah kakak ya. Tolong cari anak akak. Merayu kepada mereka untuk bagi balik anak akak. Akak rasa dah tak lama, kau ambillah syarikat kami. Akak dan abang ipar kamu bersusah payah membangunkan syarikat tu. Akak harap kau boleh jaganya dengan baik. Bila anak akak dah besar nanti. Kau bagilah segala harta akak kepada mia…” nafas Rohaya tersekat-sekat. Dia dapat rasakan hayat kakaknya dah tak panjang. Kesian kakaknya keluarga suaminya menuduh dirinya sebagai perempuan curang. Suaminya yang koma,sudah meninggal, tidak lama lagi kakaknya bakal menyusul. Dia hanya mampu mengangguk. Barulah kakaknya boleh tersenyum. Dia membisikkan kalimah syahadah di telingan wanita itu. Sejak itu, dia bertekad untuk memenuhi permintaan kakaknya itu.
Kisah silam itu terimbau kembali di ingatannya. Kisah itu diceritakan kepada anak lelakinya, Zafran. Lelaki itu hanya diam tanpa kata. Itulah yang disebutkan sebagai ‘hak’ Mia Adelia oleh amir rupanya. Gadis itu memang berhak atas segala-galanya. Rumah yang mereka duduki juga milik gadis itu sebenarnya. Dato’ Rashid mengeleng-geleng kepalannya. Dimana lagi dia mahu mencari gadis itu.
“Pa, amir tahu macam mana nak cari Mia..”
                                                               ******
Amir membaca kembali apa yang ditulis Mia adelia.
‘Mir,tolong biarkan syarikat Megah Holding terus ditangan mereka, I dah tak kisah pasal syarikat tu lagi. Mir kalau you masih anggap I sebagai sepupu atau kawan baik you selama ni, please stop everything. Kalau you masih bertindak,I tak akan maafkan you’.
 Amir menunjukkan mesej itu kepada papanya. Dato’Rosdi tidak sangka Mia Adelia akan berubah fikiran. Dia hanya akur akan permintaan anak saudarannya yang dianggap sebagai anaknya sendiri itu. Kalau itu memang kemahuan gadis itu. Dia akan menurutnya selagi anak kepada abang sulungnya itu gembira.
Petang itu,dato’ Rosdi menerima jemputan dari Dato’ Rashid. Amir dan Zafran juga turut serta dalam perjumpaan itu . Mereka berjumpa di retoran Mawar. Disitu Dato’ Rashid menjelaskan segalanya. Tentang Rohaya,isteri kepada abang Dato’ Rosdi merupakan kakaknya yang selama ini disisih keluarga kerana tidak mengikuti nasihat bapanya yang mahu dia berkahwin dengan piliha keluarga,tetapi Rohaya lebih memilih lelaki yang dicintainya sehingga dia dibuang keluarga danentang permintaan arwah.
Setelah mendegar segalannya. Dato’Rosdi hanya boleh mengelengkan kepala. Begitu sekali lamanya segala kekusutan dan salah faham antara mereka berlarutan.
“Shid,aku memang tak tahu adel ada dekat mana sekarang ni. Aku fikir dia masih di rumah engkau. Mia tak pernah cakap apa-apa pun”. Dato’Rosdi buntu memikirakan dimana anak saudarannya itu akan pergi.
“Pa, sebenarnya Adel minta tolong amir untuk tempah tiket kapal terbang. Dia cakap dia nak balik Landon esok. Adel minta amir sorokkan dari papa,tapi amir tak sanggup”. Selesai saja amir menghabiskan ayatnya, Zafran sudah bangun meninggalkan meja mereka. Dia yakin hanya suatu tempat je Mia Adelia akan pergi diwaktu yang macam ni.
                                                          ********
Mia Adelia memetik beberapa kuntum bunga yang berwarna warni untuk dibawa pulang ke landon. Tidak semena air matannya bercucuran. Memori bersama Zafran terlayar diminda. Sebanyak mana dia cuba melupakan lelaki itu. Semakin dia terus menyayangi lelaki itu. Sakit sungguh rasa hatinya. Bagai dicucuk berjuta-juta sembilu. Hanya cara ini difirkannya untuk merawat hatinya. Dia akan berjumpa kembalai dengan mummynya kembali. Hanya kepada wanita itu, dia bergantung kasih seorang ibu. Di waktu sekarang dia amat merindui ibunya. Dia duduk disitu melayan perasaan. Dibiarkan air mata keluar sepenuhnnya. Sejak dia tinggalkan rumah mewah itu,fikirnya itu kali terakhir dirinya menangis,tetapi air mata ini terus menerus jatuh bagai tiada penghujung.
“Please, jangan menagis, mia Buat Zaf lebih terluka. Setiap air mata Mia yang jatuh merupakan hati Zaf yang ditoreh-toreh”. Mia Adelia tergamam. Zafran! Lelaki yang dirinduinnya kini didepan mata.
“Zaf minta maaf, apa yang zaf pernah cakap dekat mia malam tu, semua tipu. Mia gadis paling berharga pernah Zaf jumpa. Zaf memang bodoh kalau lepaskan Mia Adelia”. Mia adelia terus menitiskan air mata. Dia mengeleng-geleng.
“Mia tak boleh terima Zaf, Mia tak layak untuk lelaki macam zaf. Ramai yang lebih baik daripada mia zaf. Mia tahu Zaf boleh dapat yang lebih baik. Yang paling layak untu Zaf”. Sayu Mia Adlia berkata. Kakinya melangkah meninggalkan tempat itu. Kuntuman bunga yang dipegangnya sudah jatuh ke tebing bukit,ibarat cintanya yang sudah hancur itu.
Zafran terus turun ke tebing bukit itu. Dia cuba mencapai kuntuman bunga yang terlepas dari genggaman gadis itu tadi.
“Zaf!!!!! Don’t be so stupid”. Dia menjerit marah. Lelaki itu tersenyum. Dia menunjukkan kuntuman bunga ditangannya. Air mata jatuh kepipinya. Dia takut kehilangan lelaki itu.
“Mia,jangan tipu hati sendiri. Mia risaukan Zaf kan?”. Gais itu mengangguk. “Mia rindukan Zaf kan”. Juga anggukan yang diterimanya. “Mia tak nak kehilangan Zaf kan?”. Angguk lagi. “Mia cintakan Zaf kan?’’ gadis itu tetap mengangguk. Kalau Mia tanyakan semua tu pada Zaf balik. Jawapannya Zaf pun sama. Zaf sayang Mia sangat.
“Mia,Zaf nak mia jadi yang halal buat zaf. Buat kali ketiga Zaf inginkan kepastian, Mia sudi jadi isteri Zaf?”. Mia Adelia mengangguk. Hanya itu yang boleh dilakukannya. Dia memang tidak boleh menipu dirinya. Dia tidak mahu kehilangan lelaki ini. Dia tersenyum. Mereka berbalas senyuman. Walau beribu kali ditanya. Jawapannya tetap sama. Semoga cinta mereka tidak akan goyah sampai bila-bila.
                                                             ##########
                                                        TAMAT..THE ENDS..

 Assalamualaikum :)
Hyep!!..

            Firstly aq hepy sngt sebab aq dpat siapkan cerpen '3 lamaran' nie lam mse seminggu je.. ><
tak sangka gak sebenarnya..

Ada sape-II tak faham citer ni tak?
aq buat konklusi sikit..
k,citer ni actually dia orang salah faham je..
ibu pompuan tu (Mia Adelia) bukan curang,tpi Encik Rashid tu adik dia..
keluarga suami ibu dia tu yg tersalah anggap..
tpi korang tak rasa pelik ke..
apsal ibu dia tak cakap yg Encik Rashid tu adik dia..
Tak pelik(2X????)
hehe..aq p0m xdek penjelasan sal hal ni..
kalau korang nak tau..
korang tanyer lah ibu mia adelia sendiri..kua-II
aq rse yg tu je kot.. 
kalau korang nak tanyer apa-II lgi..sila lah tnyer..
6ti aq jwb dng jujur sejujur- jujurnya..hehe

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Gadis Mystery