This Is My Story... The Life Pattern Of Gadis Mystery: CERPEN: Fantasi Cinta Kruseldia

CERPEN: Fantasi Cinta Kruseldia

 
dunia akan lebih indah,
jikalau kita melihatnya dari
dasar hati...
 
Hai readers,
WARNING: mende kat atas tu tak dek kena-mengena langsung pun dengan cerpen ke-4 aq,
 saje je merapu di tengah hari..hehe
oke,aq hapy sebab dapat juga siapkan cerpen terbaru ni..
semua watak,jalan cerita dan sebagainya 
hanyalah rekaan dan penipuan sahaja..
harap boleh terima dan enjoys cerpen ni..
segala kesilapan tu,maknanya aq tak perasan..
sorry!

 
 
                                     FANTASI CINTA KRUSELDIA..

Kruseldia merupakan salah satu Negeri yang berlainan dimensi dan antara dimensi termoden yang terdapat di planet bumi. Negeri kami tidak diperintah oleh Raja ataupun sesiapa. Rakyat Kruseldia memiliki paras rupa yang sangat menarik berbanding makhluk lain.
 Di sini, seorang gadis akan dipilih oleh permata sakti untuk menjadi seorang puteri,lambang kruseldia. Walaupun begitu,seorang puteri tidak dibenarkan memerintah berkahwin seinggan puetri baru dilantik. Dan aku lah puteri yang terpilih itu. Hanya menjadi seperti patung cantik dalam sangkar emas,tidak mampu melakukan apa-apa pun.
Malah,nyawa seorang puteri akan sentiasa terancam,kerana terdapat sesetengah rakyat Kruseldia percaya bahawa darah seorang puteri,adalah suci. Sesiapa yang berjaya membunuh puteri Kruseldia,dia akan menjadi sakti,tetapi tentulah ada keburukannya,jika darah puteri Kruseldia menyimbah tanah Kruseldia,maka Kruseldia akan hancur. Jadi apa kebaikkannya?
Kerana itu lah,seorang puteri sentiasa dilindungi. Selama ni aku tak pernah terfikir pun,terdapat rakyat Kruseldia akan tergamak menghancurkan dimensi sendiri demi kesaktian yang entah betul atau tidak itu. Tetapi itulah hakikatnya.
 Aku memandang kosong makanan dihadapanku ini. Tidak langsung bersentuh.
“Meylia,kau ni kenapa? Kalau kau tak nak ayam tu,aku ambil”. Gadis itu tersengih sengih.
Aku membalas sengihannya. “Ambillah kalau kau tak malu”. Dia mencebik. Inilah sepupuku, Zania. Orangnya sangat cantik,selalu menang pertandingan ratu cantik. Kenapa ea? Sebab aku tak masuk! Kalau aku dibenarkan masuk pertandingan ni,dah lama aku menang.
“Woi,berangan”. Dia menampar bahuku. Aku menjeling geram kepadanya.
“Nia,apasal aku tak boleh keluar dari istana ni. Bosan sangat lah asyik terkurung dekat sini. Nasib baik kau selalu datang teman aku kat sini?”. Aku tersengih. Dia terdiam seketika.
“Hmmm,sebab kau puterilah”. Aku menunjukkan buku limaku padanya, dia hanya mencebik,tak takut.. Apasal lah sepupu aku sorang ni susah sangat nak faham keadaan aku sekarang ni. Aku tak suka dipanggil puteri. Bagi aku untuk menerima jawatan ni amatlah payah. Papa yang memujukku itu pun kerana aku memikirkan nasib Kruseldia.
“Nia,kau tak pelik ke,apasal Negara kita ta diperintah oleh Raja?”. Aku mula mencapai seketul ayam.
Dengan suara diperlahankan,bibirnya mula mendekati telingaku. “Mey,ini rahsia tau,atuk pernah cerita kat aku,dulu Negara Kruseldia ni diperintah oleh keturunan diraja, tetapi entah dimana silapnya,keturunan raja tu hilang sekelip mata. Tak siapa tahu”. Kepalanya mula menjauhiku.
Aku mencebik. Mungkin cerita rekaan.. fikirku..
“Dulu,,dulu tu bila?”. Aku memperlinya.
Dia memandang aku semacam. “Alah,suatu masa yang sangat lama dulu lah. Mungkin moyang kepada moyang atuk kot”. Dia melawak. Tak kelakar pun..
“Oit,apasal atuk tak cerita kat aku pun?”. Aku sengaja menyoal. Best jugak soal sepupu aku yang lurus dan luhur ni..
“Sebab kau puteri lah”. Sekali lagi dia mengeluarkan ayat tu. Aku mahu mencubit lengannya,pantas dia mengelak dan menyambung ayatnya tadi.” Kalau kau nak tahu, aku pernah tanya atuk,kenapa kau yang jadi puteri? Kan kita sama darah? Lagipun,bukankah aku lagi cantik?”. Aku membeliakkan mata. Dia tersengih.
“Pastu atuk cerita lah pasal Raja tu,dan dia cakap,semuanya takdir,kalau kau nak tahu sebenarnya kau dipilih oleh permata tu untuk menjadi seorang permaisuri,bukannya puteri..”. aku langsung tidak memahami maksud sepupuku ini.
“Permaisuri? Boyfriend pun tak ada,inikah pula suami..”. aku memandang tajam wajah sepupuku itu.
“Hei,kau janganlah pandang macam tu,takut tau tak”. Dia mencubit lenganku perlahan.
Aku mengeluh. Menarik juga cerita rekaan atuk ni.”Hah,apa lagi,sambung lah”. Aku menyergahnya.
“Yelah,yelah..kau tahu,permaisuri mesti ada Rajanya kan? Atuk cakap macam ni, sampai sekarang pihak istana masih belum mengetahui, kenapa permata itu masih berfungsi dan masih memilih gadis-gadis Kruseldia ini untuk ditabalkan. Tak silap aku kau puteri yang ke enam dipilih.”
“So,maksud kau,sepatutnya aku menjadi permaisuri kepada Raja lah ye?”. Dia mengangguk. “Mengarut.. dah lah, kalau kau dah siap makan tu,pergi balik,aku nak masuk bilik dah”. Zania mencebik. Sampai hati halau sepupu sendiri..
                                                        ********

Aku melangkah ke katil dan merebahkan badan disitu. Selesanya… aku masih memikirkan cerita-cerita Zania yang disampaikan kepadaku. Tak sangka  terasuk juga fikiranku dengan cerita-cerita karut dia tu.. aku mengetuk-ngetuk kepalaku. Tanganku pantas memeluk teddyku. Patung beruangku yang aku namakan Teddy.
“Hurm,nasib baik juga keturunan raja tu hilang,nanti tak pasal-pasal aku kena nikah paksa. Mahunya nangis 24 jam,sehari semalam”. Aku  tersenyum sendiri. Rasanya otak ku dah tak betul. Aku menhampiri lukisan disebalik dinding yang tersorok itu. Tak perasan pula terdapat lukisan dia sini.
Tanganku mula memegang lukisan itu. Sangat cantik. Lukisan permandangan sebuah taman. Mungkin salah satu tempat di Kruseldia. Tapi yang pasti dilukis penuh penghayatan. Siapa agaknya pelukis lukisan ini.. aku dengan tidak sengaja telah terputarkan bingkai lukisan itu.
Dengan tidak semena-mena di sebelah lukisan itu terdapat sebuah pintu. Aku teragak-agak. Aku melihat  lukisan itu kembali. Ia bertukar! Sebuah rumah agam terlukis di atas kanvas lukisan itu tadi. Rasanya ini lah istana yang aku tengah diduduki sekarang!
Aku mula berlari perlahan mencapai pelan istana di dalam laci. Nampaknya bilik rahsia di sebalik pintu ini,tidak terdapat didalam pelan! Hatiku bertekad, untuk mengetahui kebenaran,aku sanggup menaggung Risiko!
Dengan berbekalkan lampu suluh dan teddy bear kesayanganku,perlahan kakiku melangkah menuju pintu itu..
Aku melihat sekeliling. Gelap.. aku meng’on’kan lampu suluh ditangan. Teddy masih ku pegang erat. Aku rasa macam nak sampai ke penghujung lorong dah ni. Sekarang baru rasa macam nak patah balik.. seram..
Dihadapan ku kini sebuah pintu lagi. Pintu ini Nampak macam dilindungi peralatan keselamatan. Apa agaknya didalamnya ya.. aku terlihat sebuat ukiran berbentuk cincin bertahtakan berlian. Aku melihat ke jari manis ku. Cincin berlian permata biru. Nampak sama.
Aku mengeluarkan cincin itu dari jari manis ku dan aku masukkan kedalam ukiran itu. Muat.. pintu terus terbuka,dan aku apa lagi terus meluru masuk ke dalam.. nanti bolehlah aku meluangkan masa di sini. Aku tersenyum sendiri..
Sebuah bilik yang dilengkapi dengan pelbagai alatan canggih,sebuah meja kecil menarik aku untuk mendekati meja itu. Selembar surat terdapat di atas meja itu. Tangan ku ringan membuka helaian itu. Sebentuk kunci jatuh ke lantai. Aku memungutnya semula.
“Terima kerana berjaya menemui tempat ini,
Tentu anakanda seorang puteri yang telah ditakdirkan untuk
Mencari bakal suamimu,,Hah!”. Tak sampai setengah perenggang pun aku dah terkejut beruk. Apa kaitan plak ni?
“oke..oke sambung.. sebenarnya Beta adalah Raja Kruseldia yang terakhir..
Permaisuri beta telah terkorban kerana baginda mempunyai darah suci..
Sebelum dirinya menyembah bumi, darahnya sendiri sempat diracun,
Dengan kebijaksanaannya,maka pembunuhnya tidak memperolah kesaktian,
Tetapi Kruseldia telah hancur!
Wanita yang beta cintai juga sudah tiada,
Beta kecewa,kerana itulah Beta tidak sanggup lagi di kruseldia.
Mungkin Beta pengecut..
Tetapi Kruseldia tetap setia diingatan Beta..
Beta pasti,tentu Kruseldia sudah pulih sekarang..
Beta mohon kepada anakanda,,
Carilah puteramu di
Dimensi manusia..
Beta tidak berlaku adil kepada keturunan Beta..
Bantulah Beta untuk meletakkan semuanya kembali ke asalnya..
Biarlah puteramu mengenali Kruseldia..
Disini beta sediakan kunci untuk ke dimensi manusia..
Mungkin di sekelilingmu terdapat satu alat berbentuk sebuah pintu” aku melihat sekeliling, mataku tertacap pada sebuah alat yang berselerakan dengan wayar dan ia memang berbentuk sebuah pintu! Aku meneruskan bacaan.
 “Masukkan kunci itu kedalamnya,,
Dan anakanda akan menjumpai jalan keluar dari Kruseldia..
Moga Takdir akan menyatukan kalian..”. Surat itu berakhir disitu.. aku mengeluh. Jadi,cerita Zania bukan rekaan! Apa patut aku buat? Aku yang menjumpai tempat ini. Aku perlu membantu Raja Kruseldia..
Tetapi macam mana pula dengan aku nanti. Tak nak nikah lagi.. Mama…
Fikiranku bercelaru. Nasib lah. Aku rasa lepas aku bawa balik bakal suami aku tu, aku suruh dia nikah dengan orang lain. Sekarang ni,aku rasa kena tolong raja kruseldia tu!
Oke cuma ayat terakhirnya menganggu fikiranku.. Moga takdir akan menyatukan kalian.. nak satukan siapa ni?? Oh ya macam mana nak cari putera aku ni.. putera aku? Alamak tersalah sebut plak..
Malas lah fikir lagi, dengan fikiran bercelaru,aku mendekati alat dimensi dan menghidupkannya,aku masukkan kunci sebagaimana yang disuruh Raja Kruseldia yang terakhir! Kenapa lah raja tu tak tulis nama dia?
Cahaya dari pintu itu menyilaukan aku.. dan selepas itu aku tak tahu apa yang berlaku…
 
                                                            ***********
“Hazrul Hazim!”. Panggilan dari tingkat atas itu membingitkan telinga.
Dia memaniskan wajah yang sedia manis itu. “Ya,ma”. Selembut boleh dia bercakap. Mahunya tidak,melihat wajah mamanya yang macam singa tu pun dah menakutkannya.
“Apa nak jadi dengan kamu ni,muka hensem,perangai punya lah malas. Bila kamu nak kerja dengan papa ni Rul?”. Datin Nafsah cuba berlembut. Dengan anak tunggalnya sorang  ni,mana boleh marah-marah sangat. Nanti merajuk pula dia.
“Ma,yang part muka hensem tu,Rul setuju,tapi part yang malas tu,Rul Bangkang sangat-sangat.. Relaks lah Ma,nanti Rul Kerja lah. Rul kan baru habis belajar dekat Australia tu, baru sebulan kot. Bagilah Rul rehat lama sikit”. Matanya tidak lepas mengadap tv..
Datin Nafsah menutup televisyen. “alah ma,”. Suaranya dibuat-buat.
“Sebulan tu dah lama tau. Kamu nak rehat berapa lama,satu tahun,baru nak kerja? Ni lagi satu Kamu tu dah 25 tahun Rul,dah besar panjang,perempuan keliling pinggang,bilalah kamu nak buat salah sorang tu bini Rul Oi… jangan suka sangat main-mainkan anak dara orang”.
Ingat dah sudah bebelan mamanya ini, rupanya belum. “Ma, you know what,anak mama ni kan hensem,Rul tak ngorat diaorang pu ma,dia orang yang ngorat Rul ma”. Datin Nafsah tergeleng-geleng. Tak tahu lagi nak cakap macam mana. Dia terpandangkan suaminya,Datuk Rizman.
“Abangnya,saya tak tahu lagi nak buat macam mana dengan anak awak sorang ni. Degilnya mengalahkan abang dulu”. Datuk Rizman yang baru balik kerja tu,belum sempat duduk pun,dah ditarik isterinya. Hazrul hanya tersengih.
“Kenapa pula ni”. Datuk Rizman bertanya kepada isterinya.
“Ni ha,perangai malas. Saya rasa kan bang,kena kahwinkan dia dulu kot,baru berubah sikit”. Hazrul hanya diam,tak memberi respon. Diam maknanya setuju.. sebenarnya dia tak pernah kisah pun, tentang bakal isterinya. Kalau pilihan orang tua,lebih baik kot.
Dia dah bosan dengan perangai perempuan-perempuan yang mendekatinya hanya kerana harta dan wajahnya yang dianugerahkan sebagai idaman setiap wanita… ni dah lebih ni.. dia melihat wajah papanya. Walau menginjak 50-an,tapi masih berseri-seri. Dulu papa juga sepertinya,idaman  setiap wanita,mungkin wajahnya mendapat gen dari papanya kot.. rambutnya juga berwarna violet. Sama dengan rambut papa.
“Hah,Rul,kamu setuju tak?”. Papanya bertanya.
“Rul oke je”. Dia menjawab sepatah.
“Eh kamu ni betul tak Rul? Kenpa tak cakap awal-awal. Kalau macam ni,nanti mama cari”. Datin Nafsah sudah berkira-kira dalam hati. Hazrul tersengih.
“Pa,esok Rul masuk Office”. Hazrul sudah mengangkat punggung menuju ke biliknya. “Anak awak”. Datuk Rizman ketawa. Datin Nafsah mencebik.
                      
                                                                **********
Cuaca hujan lebat di tengah jalan Raya, membataskan sedikit penglihatannya.
“Samad,menyesal pula saya pergi perjumpaan hari ni. Kalau tahu hujan lebat hari ni,baik saya duduk rumah je”. Datin Nafsah mengomel kepada pemandu peribadinya itu.. Samad hanya tersegih.
Tiba-tiba,brek ditekan mengejut. Datin Nafsah hampir-hampit terdorong ke depan.
“Kenapa ni mad?”. Dia bertanya geram.
“Datin,ada perempuan atas jalan tu Datin”.
“Hah,Ya Allah,pregi selamat kan dia mad”. Samad terus keluar dari kereta dan mengangkat gadis tersebut ke bahagia hadapan.
“Mad,letak dia dekat belakang. Kesian dia”. Samad mangangguk. Dia meletakkan gadis itu  diatas pangkuan Datin Nafsah. Samad mengutip patung beruang yang dibasahi hujan itu. fikirnya tentulah milik gadis itu.
“Datin,kita pergi Klinik dulu ke?”. Datin Nafsah hanya mengangguk. Dia memerhati wajah gadis  di pangkuannya. Hanya dua patah perkataan. Sangat cantik..
                                                      *********
Aku memerhati sekeliling. Satu tempat yang asing. Rasanya ini lah dimensi manusia.. kunci yang diikatku menjadi loket dipengang erat. Sekarang baru rasa nak tanya diri sendiri. Macam mana nak balik ni!!!! Nia tolong aku!!!
Nasib baik ada orang jumpa aku kat sini. Datin Nafsah. Dia suruh aku panggil dia mama. Orangnya cantik dan baik hati. Yang peliknya suaminya,Datuk Rizman. Rambutnya berwarna violet.  Sama dengan rambut setiap rakyat kruseldia! Tidak lah aku rasa terasing sangat.
“Meylia, makan ubat nak,”. Mama mendekati katil ku, aku manghadiahkan senyuman buat wanita ini.
“Terima kasih ma,tapi mama belum cerita,meylia kat mana sekarang?”. Aku menyoalnya. Belum masuk dua hari aku disini,tapi aku sangat sukakan kemesraannya. Aku langsung tidak kekok memanggilnya mama. Waa..aku rindu mama aku!!
“Meylia di rumah mama sayang, kamu berehat dulu ya”. Aku  terus berbaring selepas menelan dua buti ubat yang diberikan mama. Wanita itu melangkah keluar.
Pintu ditutupnya rapat. “Hah,macam mana keadaan budak tu Sah?”. Datuk Rizman menegur.
Isterinya tersenyum.”Dah baik dah tu”.
“Awak,dah tekad nak bela budak tu? Macam mana dengan Rul tu. Bahaya sah kalau perempuan dan lelaki yang tak ada kaitan darah duduk satu rumah.”. Datuk Rizman mengingatkan isterinya. Sekarang ni,nasib baik Hazrul tengah pergi kurus seminggu di Johor Bharu.
“Inilah saya nak cakap dengan awak,saya dah berkenan dengan Meylia tu, kita kahwinkan diaorang lah bang”. .pinta Datin Nafsah penuh mengharap.
“Ish,kamu ni,sah. Macam mana kalau Meylia tu dah ada pilihan?”.
“Kalau macam tu,kita suruh Rul, pindah apartmen dia tu, saya suka budak Meylia tu bang”.
“Suka hati awak lah. Kalau tiada halangan,saya tak akan halang”. Datuk Rizman memberi persetujuan. Dia pun merasakan gadis yang dibawa balik isterinya beberapa hari lalu sangat sesuai dengan anaknya. Gadis itu istimewa.
                                                       *********
Kini dah seminggu aku duduk dekat rumah papa dan mama angkat aku. Aku tengok satu bilik tu,tak ada orang guna pun,teringin lah nak masuk dalam tu, tapi rasa cam tak elok plak.Hurm.. sekarang ni, tengah fikir cara untuk cari putera kesayangan aku tu..
Patut ke,aku terima perlawaan papa untuk bekerja dengan dia di office tu,mungkin dengan cara ni,aku boleh jumpa putera? I need some more time..
Boring plak hari ni. Papa pergi kerja, Mama ada perjumpaan persatuan. Kak melah,entah kemana.. Oh ya rasanya inilah masa sesuai nak masuk bilik tu..senyuman jahat mula terukir di bibirku.
Tanganku mudah memulas tombol pintu. Hatiku terpaku. Besarnya bilik tidur ni. Nampak macam bilik seorang lelaki. Dengan gambar kereta skyline bertampal-tampal di dinding bilik. Siapa agaknya pemilik bilik ni. Mata ku tertancap pada potret seorang lelaki. Seorang lelaki yang manis. Berambut violet! Senyumannya tampak ikhlas. Tapi gambar boleh menipu. Aku mencebik.
Mataku terpaku pula pada sebuah bingkai gambar,rasanya pernah aku melihat gambar permandangan taman seperti ini. Mungkin sebab dah terhantuk ke jalan raya hari tu,jadi pelupa kot..
“Hey,awak siapa?”. Suara yang menyergahku hampir-hampir meluruhkan jantungku. Aku menjeling kepada empunya suara eh macam pernah nampak. Aku memandang potret tadi. Ya memang orang yang sama.
Tanganku ditariknya keluar.
“Woi,apa ni?” aku merentap tanganku kembali.
“Awak ni siapa? Pencuri ea? Apasal awak masuk bilik saya?”. Lelaki itu menyerangku dengan bertubi-tubi pertanyaan. Malas lah aku melayan pertanyaannya. Aku menuju ke tingkat bawah.
“0it,baik awak keluar dari rumah ni! Kalau masa saya turun nanti awak still ada kat sini. saya tampar-tampar muka kau!”. Dia menghempas pintu. Aku memandang tajam pintu yang dihempasnya tadi bagai mahu tembus. Amboi,nak tampar-tampar muka aku plak. Banyak cantik..
“Teringin juga nak makan penampar. Lama dah tak makan teringin plak. Dah lupa macam mana rasa dia.”. Aku melaung kuat. Laju kakiku menuruni tangga. Aku masih terdengar pintu dibuka.
Hazrul mengambil t-shirt lalu disarung ke badannya. Siapa agaknya perempuan tadi tu ea. Maid baru ke? Berani betul dia. Dia tersengih-sengih mengingatkan jawapan gadis itu. Amaranya dijawab dengan cabaran pulak. Kang aku tampar betul-betul,dayus plak.. dia  meyembur minyak wangi ke badannya. Malas mandi.
Badannya pun masih terasa letih. Tak sangka tak ada meeting pagi ni. Dia yang pelupa. Sebab tu,balik terus,tak sempat call mama  lagi. Dia membetul-betul rambutnya sedikit,now perfect.. senyuman menawan dihadiahkan kepada diri sendiri.
Langkahnya menuju ke ruang makan. Dia membuka saji. Hah! Tak ada makanan pun. Kejamnya.. hatinya merungut. Dia melihat gadis yang pecah masuk ke biliknya tadi di ruang santai. Seronoknya dia. Mentang-mentang mama dan papa tak ada. Seronok je dia tengok tv tu. Dia tak tahu ke,aku ni, majikan dia juga.
“Woi,minah. Awak  tak reti-reti ke masak untuk saya?”. Aku mempekakkan telinga. Sukahati je nak suruh aku buat macam macam. Dia ni siapa kat rumah ni? Tapi kalau lah tekaan aku betul,dia ah putera rumah ni kan? Arhh.. ada aku kisah. Sebab aku kan puteri..
“Kang saya tampar awak kan”. Aku berdiri mengadapnya. Terus berubah wajahnya.
“Tamparlah”. Aku membisik kepadanya. Mata kami berpandangan. Tiada bicara. Dia menunduk. Waahh,,aku suka putera aku ini.. aku senyum kepadanya.
“Apa kata awak masak untuk saya”. Dengan suara manja yang dibuat-buat aku memerlinya. Aku senyum sinis. Ish..ini dah lebih ni.
“Pompuan ni..”. belum sempat lelaki itu mahu membalas kata-kataku ,Datin Nafsah sudah di muka pintu.
“Rul,dah balik. Dan kenal-kenal dengan Meylia”. Aku dan dia berpandangan. Apa kaitan pula kita orang ni?
“Hah,anak angkat mama? Perempuan ni?”. Dia mengeluh.
“Sampai hati mama,nak suruh Rul pindah apartmen”. Amboi manjanya dia. Dia memandang ku. Aku sengih kepadanya. Dia menjeling. Main mata nampak.. aku meneguk sedikit air ditanganku.
“Habis tu,tak kan Meylia yang kena duduk apartment tu sorang-sorang Rul?”. Dia mencebik.
“Lainlah kalau korang nak nikah dan duduk apartment tu sama-sama”. Terus tersembur air dimulut ku ini. Aku menjadi tumpuan mata.
“Ops sorry”. Aku termalu sendiri. Mama ni terus terang sungguh. Hazrul memandangku tajam . dia mengangkat kening. Reaksi yang mengecewakan.
“Mama sebenarnya,nak sangat Mey jadi menantu mama. Alang-alang perbincangan kita dah jadi macam ni, mama nak tanya korang setuju tak”. Senyuman mama amat mengharap kepadaku. Aku memandang Hazrul, memohonnya untuk kata tidak.
“Its okay for me,mama”.dia senyum padaku. Sengaja mahu menyusahkan aku.
“Baguslah Rul setuju,Meylia macam mana?”. Aku tahu mama amat berharap aku kata ya. Tapi.. aku perlu balik ke Kruseldia suatu hari nanti.
“Maaf,mama. Meylia tak mampu. Mey perlu cari putera”. Aku tak sanggup melihat kekecewaan di wajah mama. Terus aku berlalu ke halaman belakang.
 “Meylia,tak apa sayang,lagi pun mama faham Meylia kalau kamu nak cari pilihan hati sendiri atau kamu sudah ada pilihan sendiri”. Datin Nafsah memujukku
“Tak mama,cuma ianya terlalu sukar untuk Mey ceritakan.”. Wanita itu tersenyum.
“Tak apa. Mama tak kisah. Tapi,jika Meylia nak ceritakan apa-apa pada mama,mama sudi dengar”.
“Thanks ma”. Aku memeluknya erat. Dia membalas pelukanku.
                                                               *******
“Dah seminggu Hazrul pindah ke apartmennya. Hari ni,tiba-tiba plak mengigau nak jenguk rumah.
Papa dan mama tengah berbual-bual bersama anak lelaki mereka. Aku mahu berjalan-jalan ke taman halaman belakang. Malas mencampuri perbualan mereka.
“Ehem,tengah buat apa tu”. Lelaki itu menegur.
Meylia berpaling. Senyuman dihadiahkan.
“tengah jalan-jalan”. Aku mendekati tanaman mawar di taman ini. Di Kruseldia,kami tak ada pokok macam ni. Pokok-pokok di istana semua berbungakan permata. Disni pokoknya sangat aneh.
“Just one question”. Meylia mengangkat kening.
“orang yang macam mana awak cari untuk jadi putera awak tu?”. Aku ketawa mendengar soalannya. Apa punya soalan lah.
“Saya tak tahu dia macam mana,sebab saya tak pernah jumpa dia pun”. Aku ingin berlalu dari situ.
Dia menarik tanganku.
“Did I not good enough for that position?”. Dia bertanya perlahan. Aku melepaskan pegangan tangannya.
“Saya suka awak, tapi awak bukan putera”. Aku menyegih dihadapannya.
“So,saya kena jadi putera dulu lah,baru awak boleh kahwin dengan saya?”. Dia sengaja menyoalku. Dia mengeluh,selama ni tak pernah pula ada orang yang tak nak kahwin dengan dia.
“Tengoklah dulu…” aku terus meninggalkannya di situ.
Aku tercegat dihadapan biliknya. Sejak akhir-akhir ni,aku teringat lukisan permandangan sebuah taman. Rasanya macam pernah tengok. Nak masuk,tak nak masuk. Hatiku berkira-kira. Masuk jelah dia ada dekat bawah. Aku menyedapkan hatiku.
Aku memulas tombol pintu. Kakiku dengan tergesa-gesa menuju ke bingkai gambar itu. Lama aku menatap lukisan itu. Lantas jariku memegang anak loket ku, sebatang kunci. Oh ya.. memang ini lah gambar nya!. Aik? Apasal ada dekat sini plak? Aku cuba untuk memutarkan bingkai gambar ini. Mana tahu dapat balik. Malas lah aku fikir pasal putera tu lagi. Nasib engkaulah putera…
“Mey,apa awak buat kat sini. Dari mula-mula lagi saya Nampak awak,macam nil ah juga keadaan awak. Awak minat dengan potret saya tu ke”. Dia sengih nakal. Aku mencebik. Tak hingin…
“Kalau nak,boleh ambil”. Dia memerliku lagi.
“Tak. Saya nak tanya, betul ke,tempat asal awak di sini?”. Tanganku mengosok-ngosok lukisan itu.
“Di sini? Betullah. Dari saya baby lagi,saya memang duduk sini”. Dia menyegih. Ish,tak serius langsung.
Kalau betul lah apa yang aku rasa ni.. pantas tanganku memutarkan bingkai gambar itu. Aku memegang erat loketku. Sebuah pintu telah muncul! Betul-betul sama dengan yang sebelumnya. Aku melihat lukisan itu kembali, Ya,ia gambarsebuah istana. Istana Kruseldia..
“Meylia,apa ni?”. Tergagap-gagap dia menyoal kepadaku. Aku menyengih padanya. Terasa kiut lar pulak..
“Putera kalau Tuanku nak tahu dengan lebih lanjut,silalah ikut adinda ye”. Aku lihat dia mencebik. Alah kira okey lar tu.. nasib baik kau putera,tak de lah aku nak halang bermati-matian kalau kena nikah dengan kau nanti..
Kakiku melangkah masuk ke dalam pintu rahsia itu. Pannggilannya tidak ku endahkan. Aku dengar derap kakinya yang terpaksa mengikitiku dari belakang. best lar pulak main-mainkan orang ni..
                                                    *******
“Meylia,awak tak nak cerita apa-apa ke?”. Suaranya menghapus sepi di lorong gelap ini.
“Tak nak!”. Aku masih meneruskan langakah.
“Degil betul!”. Aku dengar dia merungut.
“Rul,kita dah sampai”. Aku memberhentikan langkah. Kini sebuah pintu sedang menghadang jalan kami. Aku mengeluarkan cincin dari jari manisku dan aku letakkannya di tempat ukiran. Tidak muat.
“Apa ni,apa yang tak kena?”. Aku melihat ukiran bentuk itu. Tidak sama! Mama macam mana ni,tak boleh balik….
Hazrul mengeluarkan cincin dari jarinya. “Nah,yang ni kot. Nampak sama je”. Dia menghulurkan cincin itu kepadaku. Aku memandang sekilas kepadanya. Terus aku mengambil cincin itu dan aku memasukkan cincin itu kedalam ukiran. Perfect. Dah pintu terbuka,apa lagi,masuk je lah.
Kami memerhati sekeliling. Yeay ada mesin dimensi! Aku terus mendapatkannya.
“Meylia apa ni? Rul tak faham lah”. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Let me explain. Firstly, cincin ni sape punya”. Aku menunjukkan cincin yang dibaginya tadi.
“Tadi kata nak explain,ni tanye soalan plak”. Dia merungut-rungut.
“Jawab je lah”. Aku mencebik.
“Rul punya lah. Cincin tu keturunan papa punya. papa cerita,masa umur 25 tahun,cincin ni kena bagi kepada anak teruna. Dulu papa pun pakai yang ni juga,sekarang Rul 25,so rul lah kena pakai”. Dia menyengih. Aku terangguk-angguk. Aku pun 25 tahun gak.
“Tengok ni”. Aku menunjukkan cincin di jaris manisku. “Sama kan?”. Dia mengangguk.
“Macam dibuat berpasangan”. Dia menambah sambil tersenyum macho.
“Memang pun. Kalau saya cerita ni,jangan cakap saya gila plak”. Riak wajahnya terkejut
Aku menyambung. “Sebenarnya,awak ialah putera Kruseldia,dan saya ialah bakal isteri awak, Puteri Meylia Eriana”. Aku menunggu reaksinya. Tiada reaksi..
“Raja Kruseldia yang terakhir,iaitu moyang kepada moyang awak,yang ni saya tak pasti,tapi cousin saya cakap macam tu, bina tempat ni dan mesin dimensi. Itulah yang membawa saya ke sini. Ni kuncinya.” Aku menunjukkan loketku kepadanya.
“Dan dia ada tinggalkan surat kepada sesiapa yang menjumpai bilik rahsia itu,iatu saya dan menyuruh saya mencari putera di dimensi manusia putera,awak lah tu. Tu je kot. Camne boleh terima?”. Naik lelah aku menerangkan kepadanya.
Dia tiba-tiba ketawa. Sakit hatiku melihatnya. “kelakarlah..”. itulah komennya. Malas aku memberi respon. Terus aku menghidupkan mesin dimensi. Kunci aku masukkan kedalam pintu mesin dimensi. Cahaya yang keluar dari mesin itu membuatkannya ternganga.
“Jom”. Bajunya aku tarik supaya dia mengikutiku.
“Wait,this is not a joke?”. Dengan muka poyonya dia bertanya.
“kalau nak tahu. Jomlah ke Kruseldia.”. hazrul masih teragak-agak.
“Jangan risau. Boleh balik sini semula punya”. Aku menyengih kepadanya.
“Kalau Rul tak boleh balik,Rul tampar Mey”. Dia memberi amara. Aku menjelirkan lidah,dan kami sama-sama masuk ke dalam cahaya itu.
                                                        *********
“Meylia!”. Panggilannya tidak bersahut. Pening masih dirasakannya. Dia memerhati sekeliling. Dia berada diatas lantai sebuah bilik besar. Dekorasinya semua pink. Erk.. dia memandang ke sebelah. Meylia..gadis itu masih tidak sedarkan diri. Dia mengetuk-ngetuk sedikit kepalanya yang dirasa peniang.
“Meylia,meylia”. Dia menampar-nampar pipiku beberapa kali. Tiada sahutan,lalu dia mengangkat tubuhku ke katil berdekatan.
Bunyi tolakan pada daun pintu mengejutkannya.
 “Hei,apa yang awak buat pada Puteri? Siapa awak. Apa awak buat disini”.
“Meylia..Meylia”. zania memanggil-manggil nama sepupunya itu. sungguh hatinya bimbang. Lelaki hensem disebelah sepupunyaitu ditolak kuat.
Hazrul terpinga-pinga. Siapa pula ni? Rasanya dia bertambahn pening.
Aku tersedar. Wajah pertama aku lihat ialah wajah sepupuku yang sedang menagis teresak-esak.
“Woi,apasal engaku ni,ingat aku dah tak de ke”. Aku menolak mukanya jauh dari wajahku. Aku sengih padanya. Dia memukul lenganku.
“Mey,kau dah sedar,Mey apa jadi dekat kau ni. Dia culik kau ke. Dah beberapa minggu kau hilang,pihak istana risau tau”.
“Meylia,awak dah sedar”. Wajah Hazrul menyapa pandanganku. Aku menghadiahkan senyuman kepadanya.
“Arrhhh”. Aku tiba-tiba menjerit.
Aku memandang sayu kearahnya. “lupa bawa balik teddy”. Hazrul mencebik. Minah ni selalu over.
“Hurm tak pe lah,nanti boleh ambil balik kan rul? Camne sekarang,dah percaya? We are in Kruseldia. Welcome to your homeland”. Dia mencemik. Dah lama percaya dah.. tak sangka..
“Mey,so,I’m prince here”. Dia mengangkat kening sebelah.
“Yup. And me was your future wife”. Aku tunjuk gigi kepadanya. Tak malu betul..
“Meylia,kejap. Kau kata dia putera? Tak faham-tak faham”. Zania tergeleng-geleng. Macam pening sangat. Terover lah tu.
 Aku mencapai tangannya. “Nia,kau ingat cerita atuk?”. Dia mengangguk. Macam mana boleh lupa,dia yang ceritakannya kepada Meylia.
“Inilah keturunan Raja Kruseldia,dia tunang aku”. Aku menunjukkan cincin ku dan cincin di jari Hazrul kepadanya. Bila dah dirapatkan bentuknya bergabung menjadi bentuk hati. Hazrul dah macam nyamuk lapar dah aku tengok. Sekejap-sekejap cubit lengan,cubit pipi. Tak percaya lagi lah tu..
“Tunang?”. Zania hampir-hampir bertempik. Mata lelaki itu terkedip-kedip tidak memahami.
“Kau kata tak nak kahwin lagi. Kau kan dah janji nak nikah lepas aku.” . Itu pula yang dirisaukannya. Dia buat muka.
“Nak buat macam mana ,permata dah pilih aku”. Aku menjelirkan lidah kepadanya.
“So,apa yang aku ceritakan tentang apa yang atuk ceritakan kat aku tu,betullah?”. Aku mengangguk menjawab soalannya.
“Dahlah,malas aku layan kau,jom kita jalan-jalan. Kita pergi rumah atuk”. Aku menyuruh Hazrul mengikutiku. Dia hanya mengikutku tanpa banyak soal. Habis tu nak buat macam mana lagi. Kang tak pasal-pasal sesat kat sini..
“Woi,mentang-mentang,tunang kau ada sini,aku kau tak layan ea?”. Zania memandang tajam kami berdua.
“Oi,aku cakap pihak istana kau keluar senyap-senyap”. Melihat amarannya tidak diendahkan Zania memuncung.
“Oi,tunggu,nak ikut”. Dia berlari-lari mengikut kami. Aku hanya tersenyum mengingati perangainya yang macam budak-budak itu.
Nasib baik lah aku hilang beberapa minggu ni.. berapa hari ea? Tak adalah kawalan istana ketat sangat.
                                                         *********
“Atuk!”. Aku memeluk atuk. Zania tiba-tiba menolak tubuhku,dia lantas memeluk atuk. Aku mencebik pdanya. Ngada-ngada..
Atuk menghadiahkan senyuman kepada kami. Wajahnya tidak nampak bimbang,tak kan tak takut kot,aku hilang beberapa minggu ni? Zania mengenyit matanya kepadaku. apahal plak ni.. tak puas hati ke. Dia membisik di telingaku.
“Mey,yang tahu kau hilangkan diri tucCuma pihak istana dan aku je. Orang lain tak tahu. Pihak istana suruh rahsiakan”.  Aku senyum lega. Nasib baik.. lagi mudahlah kerja aku..
“Hah,kamu berdua ni,kenapa bisik-bisik tu?buat apa kat sini? Nak apa?  Yang budak lelaki sorang ni anak sapew? Meylia,apasal keluar istana? Pihak istana tak marah ke?”. Aku buat muka. Dah start dah bebelan atuk tu.. zania sengih kepadaku. hazrul menghulur tangannya kepada atuk.
“Tuk,nama saya Hazrul,atuk boleh panggil Rul. Meylia cakap saya tunang dia”. Amboi berterus terang sungguh budak ni. Atuk memandang aku tajam. Ala relaks lar tuk,tak citer lagi kan ni..
“Tuk,sabar tuk. Mey nak cerita tu”. Zania menyabarkan atuk.
“Meylia,kamu tak boleh berkahwin sebelum puteri baru dilantik”. Muka atuk tegang. Kali pertama aku tengok atuk macam ni. Separuh hatiku lega mengetahui hakikat Hazrul adalah keturunan Raja Kruseldia. Kalau tidak, sampai tua aku tak kahwin.
“Tuk,dengar dulu,sebab tu lah,Meylia jumpa atuk. Zania cakap,atuk ada cerita kat dia tentang kewujudan institusi diraja Kruseldia”. Zania terangguk-angguk. Lelaki 60-an itu  mengerutkan sedikit keningnya.
“Rul,ialah keturunan diraja Kruseldia. Ni buktinya”. Aku menunjukkan surat yang aku jumpa,amanat Raja Kruseldia terakhir,cincin kami, dan kunci dimensi manusia. Atuk termenung seketika. Dia mengeluh.
“Tak sangka,apa yang diwarisi oleh keluarga kita benar-benar belaka”. Bibir tuanya mengukir senyuman.
“Mungkin dah sampai masanya. Inilah amanat yang dipegang oleh keluarga kita sejak berzaman lamanya. Abah atuk dulu pernah menyuruh atuk untuk ceritakan kebenaran tentang Kruseldia kepada kamu semua dan keturunan kita yang seterusnya. Tak sangka,sudah tiba masanya”. Hazrul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku hanya berpandangan sesama sendiri dengan Zania.
“Tuanku,adakah tuanku berhajat untuk memerintah Kruseldia?”. Atuk berpaling kepada Hazrul.
“Hah?”. Hazrul jelas terkejut. Aku tersenyum-senyum sendiri. Kalua dia jadi raja,so,aku permasuri lah? Oh bahagianya.. zania mencubit pahanku. Aku menjeling kepadanya. Sibuk je..
“Maaf atuk,saya tak boleh terima jawatan tu. Macam mana ibu bapa saya kat sana? Lagipun,saya tak tahu apa-apa tentang Kruseldia”. Hazrul menunduk. Aku terkedu. Jika dia menolak kedudukan itu,maknanya dia menolak aku juga. Sampai hati.. Rasa macam nak angkat kaki je.
“Atuk,boleh tak,saya mahu diisytiharkan kepada seluruh rakyat Kruseldia bahawa saya ialah raja mereka,tetapi saya tak mahu memerintah Kruseldia. Saya mahu hidup di dimensi manusia. Cuma satu saya minta,tolong lepaskan Meylia untuk saya”. Aku sudah mengangkat muka.
“Tak,Mey tak nak. Atuk,Mey sayangkan Kruseldia,Mey tak sanggup meninggalkan family. Kalau awak tak nak tinggal sini. Lupakan saya. Saya lebih rela tak kahwin dengan awak!”. Aku menjerit padanya,walau hatiku terasa dicucuk sembilu mengungkapkan kata perpisahan padanya. Haiyah budak ni,tadi nak sangat,sekarang tak nak pula.. dia mengeluh. Habis macam mana. Hati kata mahu,dua-dua pun muka tak malu,so tunggu apa lagi..
“Atuk,atuk tak rasa ke,dia orang ni over react sangat”. Zania membisik ke telinga atuk. Pantas jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya.
“Rasanya kita kena berbincang dengan seluruh ahli keluarga dan pihak istana. Hazrul,kamu balik dulu ke dunia manusia,dan bawalah ibu-bapa kamu ke Kruseldia”. Hazrul menagguk,dia memandang ke arahku. Yelah,cuma aku je yang ada kunci dimensi.
                                                     *******
“Rul,Mey fikir kalau Rul,tak datang balik ke Kruseldia,maknanya kita tak ada jodoh,tapi Mey harap sangat Rul akan datang balik”. Dia menghadiahkan senyuman kepadaku. aku membalasnya. Aku menyerahkan kunci dimensi kepadanya. Harap ini buka pertemuan terakhir kami.
Itulah pesanan terakhirku kepadanya sebelum dia memasuki mesin dimensi. Dan sekarang sudah seminggu sejak kejadian itu tetapi,Hazrul masih belum muncul di Kruseldia. Hatiku menangis,tetapi tiada apa yang boleh aku lakukan kerana kunci ke dunia manusia,telah aku berikan kepadanya.
Atuk sudah ceritakan perkara sebenar kepada seluruh pihak istana,dan ibu bapaku. Ya,tentulah mereka terkejuat,tetapi tiada bukti yang membuktikan Hazrul itu Keturunan Raja Kruseldia,kerana dia belum memunculkan diri! Inilah yang merisaukan aku. Bagaimana dengan amanat yang dipikulku?
                                                              *********
Dia meramas-ramas kunci ditangannya. Macam mana ni. Tangannya mencapai teddy,hati sudah rindu,tapi dia tidak mahu memberi harapan palsu. Semuanya sudah diceritakan kepada Datuk Rizman dan Datin Nafsah. Memang pada mulanya mereka kurang percaya,tetapi apabila ditunjukkan bilik rahsia itu,mereka diam tanpa kata.
Kata mamanya,pergilah ke Kruseldia,menunaikan tanggungjawabnya,tetapi macam mana dengan syarikat papa? Di dunia manusia juga ada tanggungjawabnya. Papa dan mama hanya akan menurut kehendaknya,apa yang terbaik untuknya tentulah terbaik untuk mereka.
Dia masih buntu,wajah gadis itu sentiasa terlayar ke mindanya. Memang dia pasti,dia ingin bersama gadis itu. tapi bukan di Kruseldia,alangkah bagusnya kalau Meylia setuju tinggal di dunia manusia bersamanya.
“Rul,papa tahu ini keputusan berat untuk kamu,tapi kamu lihat lah diri kamu dan papa. Kita berbeza berbanding manusia,kita mempunyai darah Kruseldia. Rul,masa yang kamu ambil sudah cukup lama, rasanya Meylia pun dah tunggu lama.”. Datin rizmam menghadiahkan senyuman buatnya. Entah bila papanya ini memerhatikannya.
“Betul tu Rul,kami tak kisah jika kamu tinggal di Kruseldia sekalipun,kamu masih boleh melawat kami disini kan?”. Datin Nafsah menepuk bahu anaknya. Memang sukar untunya kalau anak tuinggalnya ini ke Kruseldia tetapi,inilah tanggunjawab Hazrul mereka tida sepatutnya memandang rendah.
“Papa..Mama”. dia memeluk papa dan amanya. Ini memang keputusan yang berat.
“Esok kita ke Kruseldia”. Dia berbisik perlahan. Datuk Rizaman dan isterinya hanya terangguk-angguk faham.
                                                       *********
“Puteri,adakah semua yang puteri ceritaka semuanya pengbohongan supaya dilucutkan  jawatan yang tuanku sandang sekarang hanya kerana puteri jatuh cinta kepada seorang rakyat biasa? Dengan ini tuankutidak perlu balik ke istana?”. Bendahara istana menuduh melulu. Aku diam tanpa kata. Malas aku bertekak dengannya.
Kini di Kruseldia sudah kecoh mengenai berita puteri Meylia mahu berundur dari istana kerana telah jatuh cinta kepada seorang pemuda. Semua rakyat Kruseldia tidak mempercayainya,memang dia jatuh cinta tetapi perasaan itu tidak salah. Kerana pemilik hati ini adalah putera Kruseldia sendiri.
Hanya keluarga terdekatku yang masih setia disisiku,mempercayaiku. “Maaf Bendahara,tetapi Meylia tidak akan berbuat begitu”. Papa membelaku.
“Tapi itulah yang sedang hangat diperkatakan di seluruh Kruseldia ini. Sudahlah tu tuanku,jika hati tuanku sudah dimiliki atau tidak,lupakan saja siapa yang telah mencurinya. Kembalilah ke istana. Kembali menjadi Puteri kepada Kruseldia.
Aku hanya akan mengikuti saranan bendahara. Kalau inilah yang terbaik untuk Kruseldia. Aku bersetuju kerana harapan terhadap Hazrul sudah hilang. Biarlah dia dengan hidupnya didinia manusia. Hatiku telah aku benarkan untuk bersamanya disana. Aku akan sentiasa menjadi perindu yang setia kepadanya. Zania memandangku. Aku hadiahkan senyuman kepadanya. Aku sudah bangun mahu mengikuti langkah bendahara. Keluargaku hanya mampu memandang.
“Maaf,saya tak benarkan” Tuan  suara yang tegas menyampuk perbualan kami berdiri betul-betul dihadapanku. Aku terkedu. Hazrul..
“Meylia,” suara yang memanggil lembut namaku tiba-tiba memeluk ku kejap.
“Mama”. Aku membalas pelukan Datin Nafsah. Datuk Rizman memandang sayu kepadaku.
“Maaf,siapa kamu semua? Apa kaitan kamu dengan Tuan puteri?”. Bendahara bertanya tegas.
“Saya dalah bakal suami Puteri Meylia Putera Hazrul Hazim datuk Rizman yang kacak bergaya,”. Dia mengeyitkan matanmya kepadaku.erkk..
“Lambat”. Aku menjeling kepadanya. Dai hanya tersengih kepadaku tanpa mempeduli kami menjadi tontonan.
“Jadi,inilah pemuda yang mencuri hati Puteri kami. Maaf kamu semua sepatutnya sudah tahu,puteri Kruseldia tidak boleh dimiliki oleh sesiapa sehinggalah puteri atau putera baru dilantik. Ini adalah undang-undang Kruseldia. Kamu boleh dipenjarakan”. Bendahara istana memberi amaran.
“Saya tak akan dipenjarakan. Puteri kamu tak akan benarkan. Lagipun,saya adalah putera Kruseldia”. Hazrul memberitahu yakin.
“Bendahara,saya pernah ceritakan tentang putera Kruseldia kepada pihak istanakan? Dia lah saya cakapkan tu. Saya mencarinya ke dunia manusia atas amanat Raja Kruseldia terakhir”. Aku menyampuk. Siapalah yang nak percaya..
“Puteri,tuanku sudah keterlaluan. Tuanku tidak sepatutnya bermain dengan  sejarah silam Kruseldia”.
“Kami ada bukti”. Zania menyampuk. Sibuk je pompuan ni.
“Baiklah,jika kamu semua berbohong,puteri harus tinggal di istana,dan tiada sesiapa pun yang dibenarkan menjenguknya”. Amaran sudah diberi. Aku memandang wajah Hazrul,dia mengangguk.
                                                          *****
Inilah bilik rahsia Raja Kruseldia terakhir. Aku telah membawa pihak istana,dan seluruh keluargaku ke sini. Dengan bukti yang kami ada. Pihak istana hanya bolehh menerima kebenarannya. Pengisytiharan Hazrul sebagai putera akan dilakukan serentak dengan pernikahan kami.
Dan aku terpaksa mengalah dengannya. Aku akan tinggal bersamanya di dunia manusia,dengan syarat kami akan sentiasa melawat Kruseldia. Mama dan papa merestui keputusanku. Mereka amat memahami.
Hazrul sudah mengambil keputusan,agar biarlah Kruseldia tidak diperintah olehnya asal seluruh rakyat Kruseldia tahu bahawa mereka mempunya Raja,seperti yang diamanatkan Raja Kruseldia terakhir. Dan syarat yang terpenting baginya adalah kewujudan mesin dimensi haruslah dirahsiakan kerana dia bimbang akan ada rakyat Kruseldia kan menceroboh ke dimensi-dimensi lain.
Dan akhirnya aku dan Hazrul sudah berjanji untuk sentiasa bersama. Saling melengkapi kerana aku dan dia sudah ditakdirkan untuk bersama dalam fantasi cinta kami.

                                                        ###TAMAT###
 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

3 comments:

ArifahLee said...

Jauhnya awk berimaginasi. Nice story. Suka baca.

Unknown said...

Hi GM,

Boleh contact Kak N missynovelle@gmail.com

akak berminat nak diskus pasal cerpen ni.

thanks

Anonymous said...

Best nye cerpen awk ne.Saya suka3x.Tpikn kruseldia ne mcm mirip nma sa jer.Cuma kru tue xde arh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by Gadis Mystery